Jumaat, Mei 08, 2009

CINTA BUATAN MALAYSIA

Photo dari Glaringnotebook.com

"Engkau tidak mahu pergi tidak mengapa. Engkau bukan generasi Search. Engkau tunggu la 4U2C atau Elite atau Exist buat reunion. Ha ha ha!" kata kawan-kawan meracun aku. Dia hasut lagi, "Engkau,  kalau bergambar sebelah Amy Search mesti macam kembar. Sama botak macam Upin dan Ipin." Bisa-bisa. Bagai hiris kaca.

Aku kata dengan awek cun yang mengorat aku, aku nak gi tengok konsert Search dengan kawan-kawan. Dia diam. Bukan diam tanda setuju tapi diam seribu bahasa sarat dengan makna. Tidak setuju la tu. Diam bukan bererti aku tidak mengerti. Aku pun kata, "Okay la, I tidak pergi."

Tetapi di rumah aku pasang karaoke Search. Nyanyi kuat-kuat. Dalam kereta aku pasang lagu-lagu Search. Nyanyi kuat-kuat. Kepala goyang-goyang sambil mata aku menjeling matanya.

Sinaran matamu bak kejora di tengah malam menyuluh kedamaian hati.

Di saat-saat akhir dia pun jatuh kasihan, "You pergilah. I tak kisah. Tapi tiket konsert ada jual lagi ke?"

Aku keluarkan dua keping tiket dari poket. Aku dah titipkan kawan untuk beli awal-awal lagi. Baru 'chare' kata budak JB.

"I ada dua tiket ni. You nak ikut ke?"

Bulan madu di awan biru, tiada yang menganggu. Bulan madu di atas pelangi, hanya kita berdua. Amacam? Rimautik tak?

16 ulasan:

BuRuuj berkata...

awek cun yang mengorat tok nyanyi bersama-sama. siap jd judge lg betulkan pitching dan lirik yang terlupa. hahaha...

azie berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tok Rimau berkata...

Rujj,
Kami berduet.

Azie,
Ha ha ha. Syhhhh!

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Lepas gian nampak...hehehe...

Tanpa Nama berkata...

haha. ttiba dok menyanyi. dah tak mengaum dah. heh.

adie berkata...

satu provokasi yg menjadi. bleh aku tiru idea toq ni.aku pun nak jadi penyutik gak.hehe

Nazri berkata...

percintaan orang tua memang sukar hendak difahami

Tanpa Nama berkata...

ha..ha..macam upin ipin?tapi tak pe tok,still sweet and cute....

izzati fuad berkata...

haha...percintaan orang tua eh? hehe

Raja Fiqri Fauwaz berkata...

konsert reunion kat bandar jengka ke tok? wah.. aku nak pergi jua.. tpi mase tak mengizinkan

Tok Rimau berkata...

Abdullah,
Jom la hoiii. Rock n Roll.

Azwan,
Aku menyanyi bukan kerna nama. Kerna rasa kasih...

Penyu,
Good Luck. Share sini kalau sudah berjaya.

Nazri,
Kata pepatah Russia, Cinta tak mengenal usia.

Ijat,
Bukan tua. Antik.

Raja,
Sapa la nak buat konsert kat Jengka? Tour funfair ada la.

fazleena berkata...

kalau tok pakai contact lance, mmg saling tak tumpah mcm amy. :)

andai di pisah, laut dan pantai, musnahlah ilham, hilang pedoman...

Bungo Lale berkata...

tok memang sungguh rimautik !!!

tentangseseorang berkata...

keji sekali tektik mu itu tok! ahahaha

Amyz! berkata...

kejadian yang sebenar bukan la seperti di ceritakan di atas.

hahaha.

NONIE AZIZ berkata...

Saya pun ada kat Konsert ni!! malam tu mmg best!!!Orang JB mmg sporting abis!!!

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...