Selasa, September 07, 2010

BUKAN NAK BERNIAGA, CUMA NAK MENGGODA 2

Penulis dengan Ujang #1 1994
Masa darjah empat, gua balik sekolah dan mendapati mak tidak membeli suratkhabar. Gua punya la kecewa dan patah hati, gua nangis guling-guling atas simen. Mak gua tak layan pun sebab mak tau, gua bukan nak baca laporan BSKL atau muka depan pun, mak tau gua nak baca komik je.

Setiap kali nangis, abah akan pujuk gua dengan Gila-gila, Bujal dan Gelihati. Oleh itu, lepas cabut gigi gua dapat komik. Lepas sunat gua dapat komik. Terus, gua ada ketagihan baca komik. Bila makwe tinggalkan gua pun, gua baca komik. Terubat hati.

Nak baca kenalah beli dulu.
Varia Lawak #1 1997

Masa gua mula simpan komik, gua bukan fikir nak berniaga pun. Gua cuma simpan sebab gua cintakan seni itu.

Gua beli macam-macam komik tapi gua tak layan set-set Pedang Setiawan dan komik-komik Hong Kong. Masa Pedang Setiawan menaik, gua kat El Paso. Gua dah naik satu level layan novel grafik pula.

Pun begitu, banjir besar berlaku. Wabak anai-anai melanda. Gempa bumi. Gunung berapi. Raksasa biawak keluar dari perut bumi. Gua berpindah-randah. Banyak juga komik-komik gua yang musnah dan hilang.

Kini, sudah tiba masanya gua berpisah dengan komik-komik gua. Gua nak wariskan komik-komik ini kepada orang yang menghargainya seperti mana gua menghargainya. Mencintainya seperti mana gua mencintainya.
Jimbo ada sound gua, "lu simpan beg kat Puduraya satu hari berapa lu bayar?" Betul kata Jimbo. Kalau simpan beg di Puduraya bayar RM5 sehari, bayangkan kos gua simpan komik dari 1985. Berapa kos storage tu? Ada makan juta-juta. Ini akan gua ambil kira dalam menentukan harga.

Lagi satu hal, gua takkan jual kepada orang hanya kerana dia ada duit. Gua tak mahu nanti ada anak jutawan beli stok gua  dan baca dalam tandas. Tak ada respek langsung. Gua memilih pelanggan gua. Gua akan interview dulu. Kalau belum kahwin, gua bagi diskaun.

Satu hari tu di Paso Bumbong, gua dah buat ujian pasaran. Memang meleleh air liur peminat-peminat komik tengok koleksi gua. Terus mengimbau masa silam. Ada satu brader belek komik gua dan letak semula kat lapis bawah. Dia bajet, sekejap lagi nak buat loan KWSP dan datang sambar komik tu. Sayang sekali, ada pelanggan lain dah sapu.

Sebenarnya, kalau tak terjual dagangan malam itu pun tak mengapa. Tujuan utama gua di Paso Bumbong adalah nak pamerkan koleksi dan jumpa kawan-kawan. Ada orang beli dagangan tu, kira bonus.

Sekarang gua akan mula simpan stok komik gua dalam plastik. Gua akan jual secara lelong bagi komik yang langka (rare). Siapa tawarkan harga tertinggi, gua lepaskan. Dan bagi komik yang tak berapa langka, jual borong je.

Tak lama lagi gua akan buka satu blog lagi dengan nama, jualbelikomik.com. Berapa banyak blog la gua ada?

4 ulasan:

spyz berkata...

Kalau ujang #1 boleh tolak ribu-riban, wa nak tumpang kedai lu boleh? wa ada 2 copies ujang #1. ke kalau jual pakai set #1 - #10 boleh untung jota-jota? komisen lu 10% je bleh? haha..

Bukan Sepet berkata...

tak naklah tok. toksah kata ujang, komik wak dojer dan bujal pun aku tak nak tok.. masa kecik kecik dulu aku banyak diupah kalkatos. kira best ler jaman tu.

Selamat hari raya tok! maaf zahir batin.

Amiene Rev berkata...

banyak buku diserang anai-anai.

nabihah berkata...

mak saye kate dulu saye blaja bace gila-gila,sbb abah rajin bli gila-gila...
gila-gila byk membntu saye,hahaha

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...