Ahad, November 21, 2010

BASIKAL POSMEN IDAMAN HATI

Semalam saya singgah Batu Pahat membeli basikal terpakai dari Jepun. Harga basikal terpakai di sana sekitar RM100 hingga RM200. Saya angkat 3 buah basikal.

Di depan kedai itu dipamerkan dua biji basikal posmen Jepun berwarna merah. Tempat duduk penunggang diperbuat dari kulit lembu. Tempat duduk pemboncengnya lebar. Di hadapan handle ada carrier untuk beg surat. Sungguh memikat hati. Harganya RM500. Kalaulah masih muat masuk kereta, aku dah sambar basikal posmen itu.



Terdetik sebuah cerita:
...........
Sang Posmen
Nordin adalah seorang posmen yang kerjanya menghantar surat di kawasan kampung di Pulau Tioman. Dia jatuh cinta dengan Maznah tetapi Maznah sudah bertunang. Tunang Maznah berkerja sebagai polis di Kuala Lumpur.

Nordin memendam rasa menahan cinta tidak kesampaian kerana saban hari dia terpaksa menghantar surat cinta sang tunang kepada Maznah.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, surat dari tunangnya semakin kurang. Akhirnya tidak ada langsung. Berpucuk surat sudah diutuskan, namun tiada balasan. Hari-hari Maznah menunggu Nordin, Sang Posmen, membawa khabar dari kota tetapi hampa belaka. Nordin singgah tetapi tidak membawa surat.

Ahhhh klise. Kau pasti tahu endingnya.

10 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

comelnya basikal tu!

batu pahat di kedai mana tok?

Bozu berkata...

ending mesti Nordin bawa diri ke airport..

Bukan Sepet berkata...

Pergh. Best gak beskal tu... Dtg sekali tak ngan getoh besor?

Ending: Nordin kena tangkap ler, sebab sorok surat tunang Maznah belakang rumah dia... Bodoh nyer nordin.

yied berkata...

pernah nampak posmen bawak basikal camni kat Dataran Merdeka, 2 tahun lepas..

rasa pelik, tapi kagum..

Amyz! berkata...

uniknya~

bulan depan, Tok sambar la satu. boleh pakai berkayuh dlm universiti. dari fakulti ke kelas.

haha.

ainfazrin berkata...

.....Tapi Nordin tak sempat cakap apa-apa, Maznah dah hulur kad jemputan. Maznah tekad kahwin dgn pemandu pelancong yang ramah tegur dia hari2 dekat jeti.

Nordin, action does speak louder than words tapi bersuara tu pun satu langkah yang bijak juga. Hehe.

Kemat berkata...

wah..dah lama cari basikal tua.. kat penang ada jual gak, nie kat batu pahat kedai mana tok..nak angkat satu laa...

Ahsuez berkata...

Ni sepupu cerita Uncle Naga pasal dating dulu-dulu, kot?

(Dating dulu-dulu, komunikasi melalui surat dulu-dulu, oleh orang dulu-dulu. Huhu..)

Tanpa Nama berkata...

Pulau Posmen Tioman, idea yang ideal.

SALLEH DERMAWAN berkata...

Saya dah sambar sebijik basikal tuh, memang power, direka khas untuk posmen, boleh bawa barang berat, kayuhannya sungguh sedap.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...