Khamis, Mac 09, 2006
AKU NAK DUIT AKU BALIK
"Polisi syarikat kami tidak membenarkan penukaran barang dengan wang. Encik boleh tukar kasut ini dengan kasut lain." Dia menutup pintu perbincangan.
"Engkau dah jual kasut kokak pada aku, sekarang engkau nak suruh aku ambil barang kokak lain pulak. Kasut ini tidak sempat tengok gelanggang lagi tau. Baru nak sarung, dah ternganga tapaknya. Pakai gam kanji gamaknya kasut ini." Aku meninggi suara.
"Polisi syarikat kami tidak membenarkan penukaran barang dengan wang. Encik boleh tukar kasut ini dengan barangan lain." Dia ulang sekali lagi.
"Aku bukan kerja dengan syarikat engkau. Aku peduli apa dengan polisi syarikat engkau. Cis! Jual kasut pirate tapi pamerkan sebagai original. 50% off konon."
"Polisi syarikat kami tidak membenarkan penukaran barang dengan wang. Encik boleh tukar kasut ini dengan barangan lain." Kali ini lebih tegas.
"Engkau dengar sini polisi aku pulak. Kalau engkau tidak pulangkan duit aku, gambar kedai engkau, gambar kasut ini dan engkau-engkau sekali akan keluar dalam Internet. Biar orang boikot syarikat engkau dan 20 lagi cawangan engkau serata Malaysia."
"Kita boleh bincang encik. Ini saya kembalikan duit encik, RM129." Dia menjadi sopan secara mengejut.
"Huh." Aku mendengus.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
-
Banyak yang tidak dicatatkan. Kenapa? Adakah aku rasa hidup ini tidak penting lagi untuk dicatatkan? Mmm... tidak. I suka hidup dan menjalan...
23 ulasan:
alar Tok, kasut tu cuma tengah menguap panjang ajer......
hah sekalai harimau mengaum, baru dier tahu langit tinggi rendah...bagus bagus...katner kedai tu eh...
mak ai 129 tuuuuuuu!
RM129 ya? Agak murahlah bagi kasut yang ada 3 jalur tu..
Dia tolak harga gam, kot?
Koyak tu sebab Tok tak kerat kuku. Kena sedar kuku rimau memang panjang. Yelah... selalu dok simpan kuku.
kasut harga rm129 ternganga sebelum pakai? mmg patut kena pulangkan duit.
aku lagi suka kasut rait dari yg tiga jalur.
Aku nak kena main volleyball gak april ni. Pinjam kasut, dude!
exc : RM 129 agak murah utk 3 jalur tu?.
kira mahal ler tu oiii!.
mmg patut pun mintak duit balik tok.giler babs belum pakai dah koyak.
kalau gua pun angin satu badan!.
puma lagi best dan selesa utk pakai.
buku baru, kasut baru...
rimau baru!
:)
-basri
ni kena tuntut ilmu hak-hak pelanggan dengan tok rimau...
agaknya kalau cendawan atas pizza tak cukup bilangan, macam dalam iklan, boleh ke tuntut yang lain?
hmm..
ramai dah blogger menggunakan internet sebagai ugutan.
hari cik easy.
hahaha
RON97
http://ron97.mygj.net
hidup pengguna!
(cik easy guna taktik yang sama masa kami claim duit parking dari tauke wayang sebab filem Rock rosak separuh jalan. cik easy bawa kamera muncung panjang.)
jangan main-main dengan tok. dulu kawamichi dah kena.
kamu rase peniage sini takut tak kalai aku ugut mcm ni gak?
"exc : RM 129 agak murah utk 3 jalur tu?.
kira mahal ler tu oiii!."
ayobkelubi: Maaflah, aku salah fakta mungkin. Cuma seingat aku, kasut 3 jalur yang aku selalu usya, harganya lebih RM200.
Disclaimer: Tak, tak. Aku tak bermaksud disebabkan ia murah (berbanding yang sejenama), maka tak mengapalah kalau dia dijual tanpa gam.
eh...
di sini kita boleh saja minta refund selagi bawa resit dan tidak lebih drpd 30 hari.
tapi, hari itu, masa saya terbeli kasut berlining tiga titik itu saya was-was betulkah ini kulit babi, lalu tempoh 30 hari pun tamat. dan kasut cantik itu pun disedeqahkan ke charity shop (tanpa sempat dirasmi)
ahhh... kasut cantik berwarna merah tommy hilfiger. berapa harga agaknya orang charity jualkannya ye?
aku hairan lah kat malaysia ni... kebanyakan pengguna tak implementasikan hak pengguna mereka.. maka para peniaga dah naik minyak dan ingat emreka semua adalah di kalangan yang benar belaka... Padan muka itu panggung wayang bila kita ugut nak dedahkan kebobrokan diorang di laman web kahbar kita hehehhehehhe... (btw, kita adalah laman web akhbar ke? mat jan? ron?)
Kalau dah RM129.00.. sah bukan kasut 'cap ayam' la ni....hehehe...
Dia belum tau rimau punya mengaum...
aku mmg setuju dgn cara tok nie.kdng2 kite kena ajar peniaga macm tue. aku pun pnah kena jgak, beli handset baru 1 hari dah rosak screen.mau tak angin....
aku ugut nak report KPDN..baru dia ganti dgn yg ori....
"Jadilah Pengguna Bijak...Beli Yang Ori"
akan ku praktikkan semua tips2 hangpa suma tu.tq
waaa.... aku rasa kasut tu tetap ada gunanya walaupun ia dah terkopak... ia sangat sesuai digunakan untuk membaling hanjing
Catat Ulasan