Baca karangan di bawah dan jawab soalan berikutnya:
Aku nampak pelampung di atas tilam sebelah Afimon. Di sebelah bedak dan bungkusan lampin.
"Nak bawa budak ni pergi piknik ke? Kan kecil lagi budak tu untuk dibawa masuk ke dalam laut."
"Ini petualah. Untuk ibu-ibu yang sakit punggung selepas melahirkan, amalkan duduk atas pelampung," kata minah cun yang mengorat aku. Dia senyum sambil melabuhkan punggungnya di atas pelampung.
"Brilliant! Siapa yang mula terfikir petua ini agaknya? Abang fikir petua ini juga bagus untuk orang yang ada bisul bontot, ada buasir kronik dan sakit pinggang dimamah usia."
"1 April nanti abang nak ke Kuala Lumpur, letak la satu atas seat driver. Pilih pelampung yang ada gambar Pooh the Bear."
Aku menggaru kepala. Menimbang cadangan minah cun yang mengorat aku.
"Malu la. Nanti ditanya polis di road-block. Apa helah bela diri abang?"
"Kuala Lumpur sekarang selalu banjir kilat. Sedia pelampung sebelum hujan." Kata minah cun melengkapkan hujahnya. Dia membetulkan kedudukan lalu mengangkat Afimon ke riba untuk disusukan.
Aku pun masuk ke stor mencari pelampung Pooh the Bear.
Soalan Kefahaman:
Apakah penyakit yang dihidapi oleh Tok Rimau?
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Aku bukan penulis generasi baru dengan angst yang membuak. Mungkin mereka ini iya.
Launching Suarasuara
Venue: Dewan Tun Razak, Putra World Trade Center (PWTC)Date: March 28, 2006
Day: TuesdayTime: 2:30pm
Read more.
Ahad, Mac 26, 2006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
-
Banyak yang tidak dicatatkan. Kenapa? Adakah aku rasa hidup ini tidak penting lagi untuk dicatatkan? Mmm... tidak. I suka hidup dan menjalan...
25 ulasan:
hehe ..ok ar tuh pooh the bear..kurang2 ade 'brand' ..tak der ar pakai pelampung tayar hitam je..
sakit pinggang kerana mengangkat tiga buah buku AKB. hek eleh..
siap brand Pooh tu tak tahannnn....
aaa... buasir?
>>Apakah penyakit yang dihidapi oleh Tok Rimau?
Buah kerandut terlalu besar?
benjolan pada pangkal rahim?
eh.pangkal jubur?
media anti rogol.
bawahahahahahahah...
penyakit yang dihidapi oleh Tok Rimau ialah_________
alamak pen saya kehabisan dakwatlah!
tok:
ape la penyakit tok ni. itu pun nak btau aku. btw, tok dah hasut member aku beli buku tok? ugut die beli 2. lontarkan satu utk aku di sini.
Sakit.... sakit....
Err...cari penyakit kot.....
Anon,
Mungkin Tok perlu tiub tayar lori.
Gitar,
Kau hampir tepat tapi bukan angkat buku. Itu Naga punya kerja.
Chikadior,
Mungkin brand Mickey tak berapa mujarab.
MJ,
Belum lagi. Tiada simtom buasir.
Naga,
Choiii... mencarut la kau ni.
Semut,
Tiada benjolan. Tolak 5 markah.
Tuan Tanah,
Beli pen baru.
Book,
Kau bagi la upah pada dia untuk bersusah payah.
pipi cepat kebas?
sakit pinggang kerana overdose kot Tok
...tok tidak sakit apa-apa. tok cuma sedang 'berpantang'. jadi barang apa yang lebih afdal dibawa ketika bermusafir selain sesuatu yang juga barangan yang rapat dengan sang isteri - pelampung.
oit oit.. sapa yg sebut2 nama aku nie haa?? ;p
selsema burung kot....hehehehe...
aku rasa..masin la.ada kelat-kelat sikit.tak sedap lansung.haha
penyakit kent*t busuk.
kan?
di gunakan utk mendapatkan pemandangan yang luas. duduknya biar tinggi sedikit.
betul ke tok?
bontot panas nak jual buku yang banyak tu kut hehe.
kenapa tok perlu melecehkan diri cari tayar lori..tayar kereta tok kan ada
sakit lepas 'buka posa'
hahahahha
tok,
time kasih. die talah memberi maklum balas. itu tandenye tok telah menjalankan tugas dgn efisien. aha. aku buleh je kontek die sdr. tp mcm beselah. aku tak buleh tgk org senang! aku kan melayu!
tak sabar ni.. tak sabar ni..
(gosok-gosok tangan)
uh.. saya pun suka pelampung pooh the bear.. warna kuning.
Catat Ulasan