Rabu, Mac 22, 2006

MIMPI TOK RIMAU

Walaupun banyak buku hantu dalam pasaran, Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis tetap nombor satu bagi aku. Hampir semua generasi sezaman dengan aku kenal Bercakap Dengan Jin. Dalam mimpi aku, aku mahu Ayah Kita Bos memberi impak yang sama macam Bercakap Dengan Jin.

Aku juga bermimpi Ayah Kita Bos jadi macam buku Permata Yang Hilang. Naga kata kepada aku:

Kuala Lumpur. Permata Yang Hilang tidak dibeli orang lagi. Semua lelaki warga kota sudah memilikinya. Alahai. Kuala Lumpur.



Itu kata Naga kepada aku. Kalau dia tipu aku, aku pun tipu kalian.

12 ulasan:

tinidewi berkata...

Bercakap Dengan Jin. Terima kasih kepada abang yang gilakan cerita horror, adik perempuan yg lemah lembut sopan santun gemalai pon ikut gila juga.

Tak sesuai :-p

Tanpa Nama berkata...

tapi kata nak jual 500 copy jer?

blackpurple @ jowopinter berkata...

Pernah ikut koleksi 'Bercakap dengan Jin' masa kecik2 dulu.... agaknya kalaulah difilemkan boleh box office macam 'pontianak harum sundal malam'kot...

abdullahjones berkata...

jangan jadi buku mona gersang. tidak ada orang yang mengaku membelinya.

Tanpa Nama berkata...

seorang pondan mimpi dikejar ular...auuuuww penat tau...tak kuasa ahkak!

Tanpa Nama berkata...

haha.aku suka buku bercakap dengan jin itu.membuat aku ketawa tengah-tengah malam buta

jiGOMorrison berkata...

Jones,
Kalau kau tau 'Mona Gersang', kau memang otai la, dude! Buku 'Rama-rama Berterbangan' kau ada? Ha ha ha!!

Pegawai Khalwat berkata...

Bercakap Dengan Jin pada aku dah masuk status cult.

Seingat aku dah berapa kali ulang cetak dan dah berapa kali juga aku tak sempat nak beli. harap diulang cetak lagi termasuk siri terbaru.

Entah masih berjalan lagi siri Bercakap Dengan Jin di Variasari.

Err... variasari wujud lagi ka?

Tanpa Nama berkata...

Tabik Tamar Jalis.

Tok, nanti aku nak buat kertas kerja dan simposium pasal buku tok. mungkin di Sudan kah kah kah kah kah

-basri

Anonymous berkata...

Setuju Tok,

Tamar Jalis dan SBDJnya adalah merupakan yang terbaik suatu ketika dahulu.

Sebaris dengan Kuala Lumpur Semakin Panas, Mona, Permata Yang Hilang dan seangkatan.

Dulu, kita cuma ada buku dan itulah pusat segala imaginasi.

Kini, kita cuma perlu menekan butang dan mula berimaginasi.

Sama keadaannya ketika memikirkan betapa payahnya menyembunyikan sekeping pita video berbanding 10 DVD!.

Tanpa Nama berkata...

uih lama x singgah, modem molotup, hehehehe...wah tok mimpi AKB jd mcm SBDJ...impian yg bakal jd kenyataan..aku doakan tok, AKB berjaya...1 april eh jumpa disana...nie apa plak citer pasal mona gersang dgn kupu kupu plak nie...PYH pun nak selit gak...huhuuh...

Tanpa Nama berkata...

"aku ada buku..."

"buku apa yang abg ada tu bang?"

"tak! ni ha. buku sejarah ni. lama abg simpan nih..."

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...