Isnin, Mac 13, 2006

SEKUEL DONGENG

Entri hari ini aku dedikasikan untuk guru-guru bahasa dan sastera seluruh dunia. Simpan buku teks dan perancangan pelajaran kalian dalam laci bilik guru. Gunakan aktiviti berikut untuk minggu depan.

1. Bahagikan pelajar kepada 10 orang dalam satu kumpulan.
2. Dalam masa 1 jam, setiap kumpulan mestilah merancang sebuah drama pendek/ sketsa.
3. Sketsa itu mestilah tidak melebihi 7 minit ketika dipersembahkan.
4. Tajuk sketsa adalah sambungan cerita-cerita dongeng terpilih. Contoh: Cinderella II, Red Riding Hood II, Mat Jenin II dan Pak Pandir II.

Guru mundar-mandir sekitar kelas ketika pelajar seronok berbincang merancang plot dan watak selama 1 jam. Bila masa tamat, persembahan dimulakan. Jangan benarkan pelajar bawa kertas skrip atau nota ke 'pentas.' Persembahan secara spontan berdasarkan plot yang longgar adalah lebih menarik. Selamat mencuba.

----------
Contoh plot dari Darjah 3 Hitam:

Snow White II
Salah satu dari tujuh orang kerdil telah mengambil biji epal dari sisa epal beracun yang dimakan oleh Snow White. Epal itu disemai dan berbuah lebat kemudiannya. Epal itu diberinya kepada enam orang kerdil lain. Tertidurlah semuanya dalam tidur yang tidak berpenghujung. Tinggal satu orang kerdil sahaja. Dia sangat jahat. Dia memohon dari cermin ajaib agar menjadi tinggi dan kacak. Cermin ajaib makbulkan satu permintaan sahaja. Dia menjadi kacak tetapi tidak tinggi. Cermin ajaib mengarahkan dia untuk berdiri di atas kerusi jika masih mahu tinggi.

Malangnya ketika dia membuat cubaan mengorat Snow White, Putera Charming telah memecahkan cermin ajaib. Orang kerdil itu kembali tidak kacak dan mati tanpa sempat mengucap.

Pun begitu, suasana di istana masih panik kerana enam orang kerdil lain masih belum dirawat. Snow White cuba menyelamatkan orang kerdil yang enam dengan mengucup mereka tetapi kucupan Snow White tidak ajaib. Justeru, Putera Charming juga terpaksa melakukan rawatan tradisional itu. Ha ha ha Uwekkkkk. Geli oiii. Mereka sembuh semula. Kini Snow White bersendirian di istana dan Putera Charming tinggal bersama 6 orang kerdil bahagia ke akhir hayatnya.*


Apa pengajaran yang kalian boleh buat dari cerita ini?
..................

*Abaikan perenggan akhir contoh. Langsung tidak selari dengan dasar pendidikan negara.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

twist.

aku terkenang sketsa kumpulan aku di kld, basah 2. jiwa kacau. kah kah kah

tiba-tiba aku terbayang putera superdiman. tak tau kenapa ahahahahah

-basri

Tanpa Nama berkata...

putera charming GAY.
snow white puteri Jiwa Kacau.
yang pendek jangan disangka baik.

dan...
Tok Rimau mampu menulis cerita kanak-kanak. wow... satu lagi cabang seni/kerjaya Tok.

mo tat

sinaganaga berkata...

"Bilakang masok! Bilakang masokk!!!" Kata Cina konduktor bas itu.

Ha ha.

Tanpa Nama berkata...

tahniah tok, fantasi kanak kanak cuti sekolah, orang kerdil tu area mana tu?

Pegawai Khalwat berkata...

Pengalaman aku dengan sketsa bebudak ni, nasibla kalau dapat budak yang kreatif dan berani dan sporting.

Kalau dapat yang tak berani. Maka sketsa kau akan jadi teori semata-mata. Masing-masing tolak menolak.

Kalau ada ganjaran atau hukuman mungkin berbeza sedikit.

Tanpa Nama berkata...

putera charming makan petai, nafas berbau pekat mengucup 6 orang kerdil yang sebetulnya gay. tulah pasal.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...