Isnin, April 24, 2006

JURUJUAL

Lengan kiri aku menampung punggungnya dan lengan kanan aku pula menahan dadanya. Inilah pertama kali Afimon pergi ke pasar. Datang seorang jurujual susu tepung dalam paket kecil menghampiri aku yang sedang mendokong Afimon.

Bersungguh-sungguh dia memujuk aku. Bersungguh-sungguh pula Afimon ketawa.

Aku pun tidak tahu apa yang jenaka dalam pemujukkan jurujual itu. Mungkin Afimon menyangka jurujual itu mengagah dia.

Jurujual: Susu ini baik untuk otak.

Afimon: Keh! Keh! Keh!

Jurujual: Harganya cuma Rm5 sepaket.

Afimon: Keh! Keh! Keh!

Aku: Anak saya mendapati awak ini seorang yang lucu.

Akhirnya, jurujual itu berhenti menjual kerana dia tidak boleh memujuk dengan serius dalam keadaan setiap ayatnya diketawakan Afimon.

9 ulasan:

Unknown berkata...

hahaha!
agaknya jurujual itu terus berhenti kerja!

blackpurple @ jowopinter berkata...

hehehe.
afimon tu lelaki ke perempuan?

Tok Rimau berkata...

1. Jurual x berhenti kerja. Cuba cari pelanggan lain tanpa baby.

2. Afimon= Boy

Rie berkata...

muka jurujual melucukan. dia badut?

Pegawai Khalwat berkata...

Sebab tu lah aku tak nak jadi jurujual......

BooK berkata...

jurujual tu patut menghindari tok rimau sebenarnye. aha!

OP Zaharin berkata...

afimon dah boleh ke pangkor mungkin?

Romantis Selatan berkata...

wah... nampaknya anak pak rimau dah mewarisi auman ayahnya...

seingat saya bulan peperiksaan ni patut tidak ada salesman di sudut kampus... tapi ada juga... bila dia tahan,"Boleh encik luangkan masa selama..."

Cepat-cepat saya kata,"Saya ada peperiksaan ini!"

tuan tanah berkata...

saya juga ketawa keh!keh!keh! bila baca entri ini.

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...