Isnin, Jun 12, 2006

HUJAN

Setiap kali hujan, adik jadi resah.

“ Hujan lebat ni. Alihkan kereta ke tempat tinggi.”

Aku alihkan Datsun 120Y (1) karat milik abah ke tanah tinggi. Jika air di sungai pasang dan hujan lebat melebihi 1 jam, air parit besar akan melimpah. Banjir kilat akan melanda.

Jika hujan cepat reda, hanya selipar yang akan hanyut. Jika lambat, bila matahari muncul nanti, kami kena basuh rumah yang dikotori lumpur.

Itu dulu. Masa menetap di rumah setinggan yang dindingnya macam reban ayam. Sekarang emak sudah duduk di lot bucu sebuah rumah teres di kawasan bukit.

Pun begitu, setiap kali hujan, adik masih resah.

“Hujan lebat ni. Sekejap lagi Astro(2) hilang.”



.......................
(1) Datsun 120Y: Sebuah kereta yang bagus enjinnya tetapi badannya senang karat. Biasa digunakan sekitar awal 90an dan sebelumnya sebagai kereta untuk ujian memandu. Abah kerja sambilan sebagai guru. Guru sekolah memandu.
(2) Astro: Khidmat TV satelit berbayar.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Hujan kilat sambar menyambar menghalang kamu menonton El Copa El Mundo? Klik GOLbLOG. Tiada gincu di sini.

16 ulasan:

Amyz! berkata...

ahaha.
tu la. astro selalu hilang dalam hujan.

Pegawai Khalwat berkata...

Aku suka hujan.

ontahsapo berkata...

hujan, tak payah siram pokok, tak payah basuh kereta dan tak payah berenti beli nasi lemak...

Rie berkata...

aku suka hujan. tapi kat kl ntah bila nak ujan. kat batu pahat selalu hujan. hehe

Rie berkata...

aku suka hujan. tapi kat kl ntah bila nak ujan. kat batu pahat selalu hujan. hehe

Rie berkata...

aku suka hujan. tapi kat kl ntah bila nak ujan. kat batu pahat selalu hujan. hehe

kingbinjai berkata...

tak astro ilang masa ujan, payung kan disc dia tu, elok la siarannya.... hahahahahhaa

Unknown berkata...

hujan tu rahmat tok!

mak saya pun guru juge tp dah pencen.

astro? mmg... asal hujan hilang la siaran dia.

rasso berkata...

ngak bisa nonton astro di rumah...
kedai mamak je..

OP Zaharin berkata...

aku suka hujan kalau aku ada di rumah.

Unknown berkata...

tok nak tengok bola ke? rtm dan ntv7 ada. tak perlu astro..

sinaganaga berkata...

Rimau,
Sudah kirimin AKB ke Dr. Rossa?

Sir Mute Key Chicks berkata...

wah.ayah aku ada toyots KE30. enjin dia senyap lagi.cuma body jer yang berkarat.hehe

Tanpa Nama berkata...

dulu pakai datsun.stereng dia berat giler.sekarang nie seme skolah memandu pakai kancil jer.seme orang bleh lulus.xyah susah cam org dulu2..

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Romantis Selatan berkata...

astro seperti cairan dakwat cina yang hitam pekat,
apabila terkena hutan turun bertitis-titisan,
hilanglah kesan yang penuh likat,
kabur dan hilang semua tulisan.

orang kata hujan itu rahmat pembawa berkat,
bila rambut basah kena hujan senanglah kita menyikat,
tetapi astro malu-malu dengan hujan,
agak-agak astro akan malu-malu tak dengan Mat Jan?

hehehe =p

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...