Rabu, April 04, 2007

ASPURA

Naufal memilih-milih baju dari dalam gerobok (locker) dan memasukkan baju itu ke dalam baldi. Naufal bergerak di antara katil dua tingkat. Naufal keluar dari dorm. Dua meter dari pintu dorm, satu suara menjerit.

Suara: Naufalllllllll!

Naufal: Saya bang.

Suara: Kau nak ke mana?

Naufal: Bilik basuh.

Suara: Tolong basuh ini sekali.

Sehelai baju sekolah yang digumpal dibaling ke luar pintu jatuh di kaki Naufal.

Naufal ambil. Naufal kutip.

Kemudian, sepasang seluar sekolah hijau terbang keluar. Diikuti dengan dua helai jeans. Dua t-shirt. Satu track bottom.

Suara: Ha ha ha ha ha.

Muka Naufal kelat bertopeng sabar. Dia kutip semua. Dia melangkah menuruni tangga ke bilik basuh di tingkat bawah. Setibanya di pintu bilik basuh, suara tadi menjerit lagi.

Suara: Naufalllllllll!

Naufal mendongak.

Suara: Ini satu lagi.

Sepasang kasut kanvas putih jenis warrior terbang dari tingkat dua jatuh di kaki Naufal.

Cikgu Sujak, warden asrama melintas depan Naufal. Dia sedang meronda kawasan aspura.

Cikgu Sujak: Ada masalah ke Naufal?

Naufal: Tidak ada Cikgu (Naufal berbohong).

12 ulasan:

ayobkelubi berkata...

hhhhmm,story board kah ini?

irdhi_hayati berkata...

cite br?

Tok Rimau berkata...

Ayob,
Bukan soryboard. Soryboard ada gambar.

Yati,
Cerita lama. Tok cuba memahami perasaan budak yang tok buli dulu.

rasso berkata...

jahat!

JBM8141 berkata...

dulu aku tak penah duk asrama. jadi bila start masuk tahun satu kat universiti paling selatan dalam malaya, aku dah berazam nak bakar pakaian2 senior yg cuba buli aku suruh basuh. rupa2 nya para senior semua baik hati. aku yang bersangka jahat...

Roti Kacang Merah berkata...

ooo. ingatkan watak "Cikgu Sujak" tu adalah Tok. Rupanya, "Suara" tu Tok punya suara, ya.

Jahat.

Najmuddin Yusoff berkata...

hehheh.. asrama mana tok?

Samurai berkata...

Suara2 tu sedang rekrut apprentice. Selang setahun dua, Naufal pulak jadik pembuli.

Unknown berkata...

Naufal? Sedara Mukhsin ke?

~inilah saya~ berkata...

Aduhh...tok buat aku terkenang memori lama yang dah bersawang....

Unknown berkata...

dulu, masa baru masuk asrama, terpikir, kenapa budak-budak pandai perangai macam tut..tu..tut...buli org macam *&%@.

sampai sekarang tak bole accept. i wsih i could take my revenge. *erm, kalo naufal tu jadi cerita pun best gak.

~nanina~ berkata...

terbayang hero kecil saya kat umah tu bila watak diberi nama NAUFAL..

hari tu jumpa kak tin kat kursus..pagi aje ada, petang dah hilang..hehehe

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...