Jumaat, April 27, 2007

MON-MON DAH BESAR

Afimon (1 tahun ++) tak pandai hulur tangan salam orang tapi dia suka gigit orang. Kawan-kawan dia di nursery selalu nangis sebab kena gigit.

Sekali tu, aku campak baju kotor dari tingkat atas ke tingkat bawah dan awek cun yang ngorat aku sambut dengan bakul dobi. Afimon nampak aku campak baju tapi dia tidak nampak mama sambut dengan bakul. Sekarang, bila ada baju bersepah, dia akan buang ke tingkat bawah juga. Habis baju, dia akan buang apa-apa sahaja yang bersepah termasuk botol susu, remote control dan mainan. Kalau sesiapa hilang barang di tingkat atas, aku suruh cari di tingkat bawah. Habis buang dia akan buat muka nakal macam muka Calvin (Calvin and Hobbes) setiap kali dia dapat idea sinister.

Tidak sabar tunggu dia besar. Aku nak pakaikan kopiah dan bawa pergi masjid untuk solat Jumaat.




LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Spreading Ideas

7 ulasan:

Roti Kacang Merah berkata...

HAHAHAHAHAHAHAHA!!!!

suka suka suka suka

abdullahjones berkata...

bawak hari-hari jali.

hakim dirani berkata...

Saya kagum dengan Tok yang tak sabar-sabar nak bawak anak ke masjid. Saya doakan anak tok jadi orang soleh kelak. insya-Allah.

Mat Jan berkata...

jangan dia gigit jemaah lain dan campak barang-barang masjid sudah la :)

tuan tanah berkata...

Comel :)

Samurai berkata...

Nanti dia boleh tlg kemas masjid. Mana yg bersepah, campak ke luar.

rasso berkata...

uhuhuhu....
sabar tok....


p/s: gambo dinner tu dah upload kat flickr... jemput jelajah :p

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...