Isnin, Oktober 08, 2007

KUBUR KATA MARI

Cari mim wau kaf ra ya.

Hari Raya sudah semakin hampir. Nanti 1 Syawal orang akan berpusu-pusu menziarah kubur. Parking untuk kereta pun susah mahu cari. Kita akan lihat orang berniaga bunga dan air mawar di kawasan kubur. Tidak kurang juga yang mengambil upah membersihkan kubur. Begitulah komersialnya Syawal.

Suatu hari nanti, akan ada pengkalan data yang boleh kalian google. Ada iklan lot kubur yang baik. Mungkin.

Yang jarang pergi akan tercari-cari kubur saudaranya. Masa kebumi dulu, kuburnya paling tepi sekali. Sekarang jirannya sudah banyak. Nombor kuburnya tiada yang catat pula. Tercari-cari. Terjenguk-jenguk. Terselak-selak kain pembungkus nesan. Tulisan jawi pula semuanya. Merangkak-merangkak membaca.

Cari mim wau kaf ra ya.

5 ulasan:

rasso berkata...

Sebab antara adab2 menziarahi kubur adalah apabila masuk ke tanah perkuburan... disunatkan mengucapkan salam... kemudian dibaca disisi mereka ayat2 al-quran... kemudian hendaklah mendoakan kebaikan utk mereka dan pahala bacaan dan sebagainya dihadiahkan kepada roh2 mereka...

artisticklytouch berkata...

patutlah cari mim wau kaf ra ya.. tapi jangan tunggu pagi raya dan tepi kubur baru nak doa pada si mati...

bluecherry @ fai berkata...

Tok, Selamat Hari Raya..

Bawak keta bebaik raya nih..

~inilah saya~ berkata...

Selamat Hari Raya tok,

Maaf Zahir & Batin

Amyz! berkata...

Selamat Hari Raya, Tok. Maaf Zahir Batin.

So far, saya tak pernah lagi pergi menziarah kubur di pagi Syawal. Mungkin tahun ini saya akan berbuat demikan.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...