Selasa, Oktober 23, 2007

TALI LEHER

Aku duduk sebelah menyebelah dengan Aim atas sofa. Kami menunggu nama dipanggil untuk sesi temuduga.

Datang calon lain mahu duduk atas sofa juga. Dia menegur kami, "korang dari jabatan yang sama, pakai tali leher pun sama."

Aku melihat tali leher Aim. Aim melihat tali leher aku.

Tanahnya kelabu dan coraknya jalur-jalur diagonal berwarna merah.

"Student aku, Si Nasrah yang hadiahkan tali leher ini kepada aku. Dia kata, dia bagi aku seorang sahaja. Maklumlah, fevret lecturer," kata Aim.

"Dia pun kata benda yang sama masa dia bagi aku tali leher ni," balas aku.

"Ha! Ha! Ha!" ketawa calon yang lagi satu sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa.

Cemburu la tu. Corak tali leher dia tidak diagonal macam kami.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Cheaper replacement for Nuri Helicopter
Kulaifornia World!

7 ulasan:

zakzak berkata...

alamak tak perasan pulak tie semalam.
hahaha
both are handsome though

rasso berkata...

Ooo...
nek tie hadiah... patutlah...
hihihik :p

sinaganaga berkata...

dah lama aku tak pakai tali leher.

spyz berkata...

"Ha! Ha! Ha!" ketawa calon yang lagi satu sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa.

- sebenarnya dia gelakkan korang sbb Nasrah bagi dia tie yg tak sama dgn korang n org2 lain. skrg siapa lagi fav. lecturer? ha ha ha..

azeel berkata...

sebenarnya, calun itu bersyukur panjang sebab tak pakai tali leher yg bercorak sama, yg dihadiahkan oleh si nasrah....

jika tidak, pasti sesiapa yang pandang akan kata, kamu semua adalah kumpulan boria yang nak buah persembahan kat pejabat tu ...

blackpurple @ jowopinter berkata...

Entah berapa banyaklah si Nasrah itu beli tali leher macam itu agaknya....

fajar berkata...

at least, Nasrah ni bagi gak sesuatu kat lecturer dia kan. dari student lain yang x bg apa2.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...