Khamis, Februari 28, 2008

FIGURA AKSI SOLJAH





Sarahmon jerit, "Mama! tengok Papa!"

Sabrinamon jerit juga, "Mama! Papa muntah!"

Afimon mahu jerit juga, "Eeeeeeeeeeeeee!"

Mamamon pun datang ke ruang tamu tengok Papamon.

"Itu la abang! Saya sudah pesan. Lepas makan jangan tengok Buletin Perdana."


Ya bapak-bapak dan ibu-ibu, tuan-tuan dan puan-puan, sekelian. Sejak berita tentang pilihanraya diuar-uarkan, berita TV jadi makin mengarut.

Retorik-retorik politik dijerit. Udara ditumbuk-tumbuk. Hujah-hujah senget sebelah.

Uwekkkkkkkk! Memualkan. Membolehkan kalian muntah.

Sebagai alternatif, keluarlah dari rumah. Mahu ke mana? Dinner di Hotel Good Hope bersama gadis-gadis comel? Ceramah politik Dacing, bulan, roket, mata atau kunci? Pening membuat pilihan? Apa kata kalian hadir ke:

MASKARA VII
Planet Pena
8.30 malam. 1 Mac 2008. Sabtu.


Majlis bapak segala alternatif ini diusahakan oleh Sindiket Sol-jah dan kawan-kawan yang kita suka.

Sementara stok masih ada! Bawa pulang Soljah kegemaran anda.


PERCUMA! Tanpa perlu beli hepi meal.


Pengunjung akan diberi figura aksi (action figure) seorang Soljah.


Apa tunggu lagi? Pergilah ke Maskara.


Ini satu perintah am!

10 ulasan:

Lily Abdullah berkata...

Muntah? Lelaki muntah2..er..tok mesti ada yang tak kena. Jumpa doktor kasi itu ubat tahan muntah.

ps: muntah - petanda awal kepada kepelbagaian penyakit( kata pakar yang bukan doktor)

Layla Haq berkata...

Ingatkan saya je kena simptom muntah-muntah begini.

Kumpulkan muntah-muntah yang ada. Beri makan kepada mereka yang bakal memimpin, supaya mereka sihat, tidak lelah, tidak tidur dan gagah macam badang.

Tok....[gaya agak manja]...nak toiiii....simpankan ek.

cik puan daun berkata...

mual.. lagi mual bila dengar lagu pilihanraya.. lebih-lebih lagi tivitiga punya..

azie berkata...

pening, mual, sakit kepala,sume ada.
rasenye lepas ni kne gi klinik mintak mc sampai 8hb.tv n radio pun takleh bukak, tu sume agen pnyebaran penyakit mual2 ni.

sinaganaga berkata...

Errr... ketua turus soljahs boleh dapat 2 action figure-kan?

dugongsenyum berkata...

aku nak Optimus Prime, yang tinggi dua belas inci punya tau lagi besar lagi bagusss.

HAHA

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

aku nak yang dressing rambo..

Pegawai Khalwat berkata...

Break a leg untuk malam esok.
Sayangnya aku tak boleh join sebab kat sini pun ada show yang perlu aku hadir.

Tanpa Nama berkata...

melihat gadis2 comel...ewwww sungguh kurang sesuai ayat itu..mak sabrinamon pernah baca blog ni tak agaknya..

Zamri Mohamad berkata...

Hahaha saya sudah ambil satu sol-jah. Sekarang dia sedang menimbus pasir di belakang rumah.


www.motivasimindamu.blogspot.com

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...