Rabu, Februari 06, 2008

MASKARA 6 B



James Bond: Do you expect me to talk?
Auric Goldfinger: No, Mr. Bond. I expect you to die.
(Petikan filem Goldfinger: 1964)


Aku nekad. Semua kupu-kupu dalam perut akan aku jinakkan.

Aku switched off mode komedi. Tenangkan diri. Pusing stereng, duduk atas kerusi, masuk mode pengacara untuk majlis hari guru. Skema.

Assalamualaikum Salam Sejahtera Ni Mao Ma Vanakam Sawadikap!

A) Aku ceritakan apa itu Maskara?
B) Aku ceritakan siapa di belakang maskara?


Aku perkenalkan Nuras. Nuras naik pentas dan berlagu.

Nuras turun pentas.

Self-effacing humor is always safe territory because if you laugh at yourself, others will feel comfortable laughing at you too. Justeru, aku pun merendah diri.

Di karaoke, jika saya menyanyi orang ikut nyanyi bersama.
Mereka mahu pastikan saya tidak tercepat atau terlambat dari muzik.


Ada la orang senyum sedikit. Mmm... keadaan masih boleh diselamatkan.

Aku perkenalkan Sufian Abas.

Dalam blog Sufian tertulis biodatanya sebagai Kini Berperisa Keju. Kalian boleh jilat dia selepas ini.


Ada bunyi gelak. Mmm... cerah masa depan.

Sufian naik pentas. Auranya macam The Undertaker. Bawa misteri dalam mendung. Sumpah! Sepanjang malam aku tidak nampak biji matanya. Sentiasa terlindung dengan rambutnya yang berjurai ke depan.

Sufian baca Kasut Biru Rubina dan turun pentas. Pendeknya bacaan, aku tidak sempat merancang strategi lagi.

Aku perkenalkan Dean Sham sebagai drebar aku. Dari JB ke KL.

Kuala Lumpur tidak suka kami. Setiap kali kami datang Kuala Lumpur tutup jalan. Kalau mahu buat Hari Wilayah pun, tunggulah kami tidak ada di Kuala Lumpur.


Aku sudah janji dengan Dean Sham untuk warm up the audience untuk dia tetapi nampaknya cuma berjaya capai tahap suam-suam kuku sahaja.

Dean Sham naik pentas untuk komedi berdiri berani mati sulungnya. Bersedia untuk kamikaze.

Tough crowd. Tough crowd. Dean Sham buat pengakuan depan khalayak.

Pun begitu ada juga ledakan gelak sekejap-sekejap.

Dean turun pentas. Dia masih hidup. Dia lemaskan rasa kecewa dalam beer (tanpa alkohol) dan mengadu kepada telefon bimbitnya.

Kira okay la for a first timer. Tidak perlu letakkan piawai terlalu tinggi. Telefon bimbitnya pun setuju dengan aku. "At least U X kena boo," kata SMS.

Aku naik pentas dan perkenalkan Zaki Zainol. Aku masuk safe mode. Conventional. Skema. Macam hos dari RTM 1, rancangan Bersama Menteri.

Zaki Zainol naik pentas. Ini pun kali pertama dia baca naskah.

Khalayak masih suam-suam kuku. Zaki Zainol turun.

Tiba giliran untuk aku memperkenalkan Elizabeth Jothi dan Shashi Rekha.

Mereka akan membaca dalam bahasa Tamil.
Mereka akan mempersembahkan Kanmani Anbodu.
Saya percaya mereka juga tidak ada nombor telefon V.K. Linggam.


Meletup gelak dalam dewan. Inilah kali pertama khalayak gelak besar untuk frasa dari aku. Aku tidak melihat ke belakang lagi.

Elizabeth dan Shashi pun buat persembahan.

Bila usai persembahan mereka, Elizabeth dan Shashi turun pentas.

Masa untuk intermission. Separuh masa pertama yang agak tidak menentu. Pun begitu graf suhu khalayak mendaki ke atas. Dari sejuk ke suam, ke hangat. Belum mendidih lagi.

Aku jemput khalayak menikmati juadah yang disediakan.

Dean Sham hulurkan aku beer (tanpa alkohol). Aku menghirupnya.

Ruang hadapan pentas agak lenggang kerana khalayak sedang menjamu selera dan ada juga yang membeli belah buku-buku untuk jualan.

Tiba-tiba berdiri satu pari-pari di depan aku. Wajahnya berseri seperti kanak-kanak masuk Toy R Us atau seperti wanita masuk kedai Poh Kong. Ceria sekali. Sepertinya gembira sekali dapat berdepan dengan aku.

Siapakah ini? Begitu mesra tetapi namanya aku tidak ingat.

Dia bercerita tentang kesesatannya (dalam mencari Planet Pena yang tersorok). Dia minta maaf kerana datang lewat. Dia bercakap dengan aku seolah-olah dia kenal sangat dengan aku. Kami berbasa-basi. Kemudian dia ketawa.

Aku kenal ketawa itu. Aku kenal senyum itu.

Tiba-tiba segalanya fall into places. Aku tersenyum lebar.

Dia seseorang dari lipatan sejarah silam aku. Kami pernah bermain api. Dulu. 16 tahun dahulu.

Mmmm.. ini bukan entri romantik. Komedi romantik pun bukan. Tidak sesuai cerita ini di sini. Lagi pun api itu sudah lama terpadam. Jika ada baranya terbaki, simpan sahaja di dalam saku memori.

"I kenalkan you dengan suami I."

"I am dying to meet him."


Kami pun bergerak keluar dari Rumah Pena.



LAGI LAPORAN MASKARA 6
Bayan
Lan Rasso
Dingin
Mardhiah
OP
Didiz

11 ulasan:

rasso berkata...

Tetiba ati saya rendhu dengan Kuala Lumpur...

alahai~

Amyz! berkata...

yeap. tough crowd. ramai suka lawak-lawak sinis. :)

walaubagaimanapun, tok tetap menjadi mc pujaan~ hik hik

Lily Abdullah berkata...

Sayang sekali tak dapat tengok tok dan lelaki2 soljah minum beer tanpa alkohol :D

spyz berkata...

patutlah ko tak kenalkan kat kitorang..
:-)

A t i Q a h berkata...

sesat di kuala lumpur..owh

Kem Lambaian Danau berkata...

kata nak singgah kem masa raya cina, takder pun. tok dah tukar nombor, tak pakai yg 012 tuh ker ? no. kat name card tok tuh, jenuh call tak dapat !

kak g

Nazri berkata...

apakejadahnya yang ko tulis nih?

Nazri berkata...

Maaf, tadi split personaliti aku, maaf.

Nazri berkata...

Dua komen di atas dari gua, vovin. Yo! Yo!

Nazri berkata...

Maaf

Tok Rimau berkata...

Rasso,
Aku rindukan Puduraya. Dari dulu sampai sekarang, bunyi dan baunya tidak berubah.

Husni,
Yang liar tu lebih mencabar menangkapnya.

Amyz,
Kamu, penonton pujaan Tok.

Lily,
Botol bir itu hanya prop.

Spyz,
tempat jatuh lagi dikenang.

Atiqah,
mana foto pelamin angan ku musnah tu?

Ogy,
saya cuma derebar je kak, bos suruh melencong ke KL la pulak.

Nazri,
Aku tulis apa? Aku tulis manual panduan untuk Pengacara Maskara akan datang dan juga manual Mengunjung Maskara.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...