Selasa, Februari 05, 2008

MASKARA 6 A



Antara perkara yang ingin aku buat sebelum aku mati adalah persembahan komedi berdiri. Aku hasut Dean Sham. Misery loves company. Dia pun setuju untuk bersama-sama buat komedi berdiri.

Lagi pun kehidupan kami memang macam Sitcom Seinfeld. A Story About Nothing. Hidup kami pula slogannya Major in Minor Things. Memang macam cakrawala selari (parallel universe) antara hidup kami dengan sitcom Seinfeld ni. Cuma kami belum diTVkan sahaja.

Sebenarnya, kami berdua sudah biasa berdepan dengan khalayak. Komedi kami sudah diuji pun. Cuma, pembolehubah (variable) khalayak Maskara bukan khalayak biasa kami. Itu yang merisaukan.

Dean Sham tambah perkataan "CUBAAN KOMEDI BERDIRI BERANI MATI" sebagai escape clause atau disclaimer. Just in case. Kami tidak mahu harapan yang tinggi dibebankan kepada kami.

Secara amnya, komedi berdiri eksklusif dalam dunia Melayu amat jarang. Melayu tidak biasa dengan solo comic dengan serial one liners atau punchlines yang memerlukan khalayak selangkah ke depan bila mendengar. Engkau tengok Raja Lawak sudah cukup bercerita tentang komedi Melayu. Reaksi audien kepada komedi berdiri sulung ini akan kami jadikan kajian kes.

Pun begitu, disaat-saat akhir, aku curang terhadap pakatan berani mati komedi berdiri ini. Hos Maskara 6, Saudara Samurai, ambil cuti kecemasan. Ada urusan lenggang perut. Kepada yang tidak kenal Samurai, dia memang kerja sambilan sebagai bidan urut. Kepada yang kenal pula, kalian tahu sendiri tanggungjawab dia.

Dean Sham terus cari material untuk rutin komedinya. Aku pula mula semak semula material aku untuk sesuaikan dengan tugas hos/mc/pengacara/pengerusi. Yang seronok jadi pengerusi adalah kuasa mengawal mood majlis. Dan mana-mana majlis pun, tetamu kena hormat pengerusi dulu. Hatta jika ada Tan Sri pun, mesti sebut Tan Sri selepas sebut, "Yang dihormati Tuan Pengerusi."

Terus zoom ke Planet Pena. Aku panggil para hadirin, "Majlis akan bermula 5 minit lagi."

"3 minit lagi."

"1 minit lagi."

Hadirin mula memenuhkan dewan. Daun kata, "Macam exam la pulak."

"Dalam rumah ini ada undang-undang. Semua telefon mesti dibisukan sebelum majlis bermula."

Semua bisukan henpon masing-masing. Ada orang tu, dia ada tiga henpon dalam saku. Aku paksa bisukan semua ketiga-tiga telefon. Kalau henpon tidak cukup canggih dan tidak ada mode mute, cabut bateri henpon tu.

(Sepatutnya khalayak ketawa tetapi mereka tidak ketawa, tough crowd)

"Jika saya dengar bunyi dering," aku bagi amaran, "saya akan rampas dan jawab telefon itu..."

Khalayak menumpukan kepada apa yang hendak aku kata.

"Dia tidak suka you lagi, Dia sayang Tok Rimau. Jangan telefon lagi," kalau aku rampas henpon wanita.

"Dia tidak suka you lagi, Dia sayang Tok Rimau. Jangan telefon lagi," kalau aku rampas henpon lelaki.

(Sepatutnya khalayak ketawa tetapi mereka tidak ketawa (kecuali Mat Jan), tough crowd.)

Hujan-hujan ini mungkin orang rasa sejuk nak terkencing. Sebagai hos yang baik aku bagi plan macamana mahu menuju ke tandas di tingkat atas.

"Tandas unisex. Sila ketuk pintu sebelum guna."

(Sepatutnya khalayak ketawa tetapi mereka tidak ketawa, tough crowd)

Lampu dewan Planet Pena dipadam dan hanya spotlight pentas sahaja yang hidup. Menyinar atas kepala aku. Dan kepala aku memantulkan sinar itu.

Majlis pun bermula. Aku dapat rasakan mata khalayak menikam jatung aku dari kegelapan itu.

Kupu-kupu mula berterbangan dalam perut.



LAGI LAPORAN MASKARA 6
Atiqah Nasir
Jimjumanji
Nida Catering
Cik Daun
Zamri
Firdaus Ariff

23 ulasan:

rasso berkata...

tok... saya gelak dalam ati... hahaha... malam ittew... saya bawa 2 saja telepon genggam... yang satu lagi tinggal di BATC.... hahaha

فيصل berkata...

hua.. tapi tok. saya rasa saya sorang aje gelak kalo saya ada pada malam itu masa tok sound tentang hp..

tok kena cakap.. 'harap maaf.. orang yang anda panggil tidak dapat menjawab kerana menyaksikan Maskara.. terima kasih.. untuk pertanyaan lanjut sila tekan butang "merah" di handphone anda.'

blackpurple @ jowopinter berkata...

Sayang saya tak hadir......

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

gua dengar je arahan tok rimau..terus telan simkad..

sinaganaga berkata...

wa sampai sudah tak mute-kan handphone. lupa sebab sibuk sangat.

sori, Mau. ha ha.

DaRk AnGeL berkata...

walaupun saya blur dgn keadaan yg sebenarnye berlaku.. but nice...

nice blog~

saya tumpang lalu ye tok rimau~

Azhar Ahmad berkata...

Wahhhhh... seronok tok... Kalau saya pergi, kompom kepala saya jadi mentol plak... Hummm...

Ramainya tough crowd....

jagoan berkata...

kong
kongrate!

Ahsuez berkata...

maaf kerana terpaksa mencopet samurai. panggilan kampung.

kalau tok dah berbaju kot nak mempengerusikan majlis, samurai nak pakai apa nanti?? kalau tok dah berkupu-kupu di perut waktu nak mempengerusikan majlis, macam mana dengan samurai nanti??

aahh..!

jiGOMorrison berkata...

It's a tough crowd, dude! It's a rough night, but you survived! Hell yeah!!

Tok Rimau berkata...

Rasso,
Tok kena buat komedi dalam hati utk orang yg gelaknya dalam hati.

Pisal,
Tough crowd. Lawak begitu lagi diorang tak layan. Orang seni ni demand lebih.

Black,
Cheh... kau nak bersayang-sayang dgn aku pulak.

Pipi,
Rama-rama dalam perut lu dapat simkad free la.

Naga,
Besar kepala! Mentang-mentang lu ketua turus, arahan dari bawah lu tak mau dengar. Lu pening kepala sebab kepala lu besar sangat utk helmet tu.

Angel,
Terhina I, u kata ini nice blog. This is a bad blog. Badddd to the boneee! Lain kali datang Maskara ya.

Azhar,
Tok rasa crowd ni penalu sangat. Nak ketawa pun mereka malu. Takut hilang ilmu.

Ah Tok,
Gong Xi Fa Cai.

Husni,
Tapi tok tak serik. Tok akan terus perjuangkan seni komedi berdiri ini. Tok berhenti bila kena baling tomato je.

Ah Suez,
Maskara 7, Samurai tidak ada alasan lagi. Sebab nama dia samurai... dia kena pakai baju samurai la. Lengkap dgn pedang.

Tok Rimau berkata...

Jigo,
Things that don't kill me, will make me better.

Kau takkan dah serik? Bila nak naik pentas lagi?

Chika Chika berkata...

abes, bilanya dorang ketawa? ke penonton takot kat host. macam guru besar tengah cakap ar. semua diam dan dengar.

Haizir berkata...

Selamat bercuti, Tok. Gong xi fa cai. Shin ne kwai lek. Ta shia haw!

Amyz! berkata...

Saya rasa utk komedi stand-up dean sham kena berdiri. sebab dean sham duduk.. so, org akan tertanya-tanya, apa yang stand-up nya?

haha.

Alan berkata...

Gong Xi Fat Chai tok

DaRk AnGeL berkata...

datang maskara?
boleh..
ada karpet merah?

kongsi fat cincai.

elmi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
elmi berkata...

Semasa saya belajar di sekolah dan sebuah universiti di kota selatan saya tidak di ajar utk tertawa semasa arahan di berikan, saya rasa begitu juga dengan audien-audien tok semasa di maskara. Bukan salah mereka, mgkn salah pendidikan negara. Ya, mungkin.

dugongsenyum berkata...

maskara 6 banyak persembahan unplug, macam gig indi pulak aku rasa cumanya tak ramai awek tayang pusat dan lurah punggung hahaha

rasa nak berguru dengan pipiyapong sebab dia raja lawak pada malam tu.

A t i Q a h berkata...

bila?kat mana?
saya tak dengar pun tok buat lawak.

Tok Rimau berkata...

Chika,
Ada setengah orang, jadi penonton pun nervous. Maklumlah tak kenal orang. Pendiam. Kontrol ayu. Tak mahu ketawa.

Haizir,
Utk bahasa cina, tok tau ucap selamat, ni hao dan mencarut. Vocab mencarut lagi banyak kot.

Amyz,
Sayang hoi, kerusi cantik. Nak juga labuh punggung. Lupa stand upnya.

Alan,
Tok tak kesah diorang main mercun jam 12 tgh mlm. Tok enjoy je. Keliling tok rumah Cina. Macam 31 Ogos kat KLCC bunga api.

Angel,
Jangan kan carpet merah, bangla jual carpet pun Tok sediakan utk you.

Elmi,
Stand up comic adalah produk baru kat M'sia. Ambil masa untuk faham.

Dugong,
Ada objektif Maskara yang tidak tercapai. Hi hi hi. Lain kali kita cuba lagi.

Atiqah,
Ada orang kata humor tok, humor intelek. Mungkin orang intelek je faham. Hi hi hi. Kata orang la. Bukan tok.

Ngahaha berkata...

aku jugak mahu membuat komedi berdiri sebelum aku mati.. tapi aku selalu membuat komedi ketika seorang diri didalam jamban.. apakah itu boleh? tapi dalam jamban tak boleh berdiri.. nanti najis akan mengalir di paha dan kaki.. shittt.. sungguh lucah!!!

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...