Isnin, Julai 14, 2008

AKU BUKAN AKU

Aku bangun pagi dan rasa macam James Dean. Aku mengenakan jeans biru dan tee putih. Lantas pergi ke tempat kerja.

Sesuatu yang tidak diduga timbul. Aku kena pergi pejabat am markas. Ada dokumen yang mesti dihantar. Mesti bos marah kalau nampak aku santai memakai busana musim rebel, jeans biru dan tee putih. Kalau ikut dia, aku mesti berkemeja batik belia 4B 24/7.

Aku singgah jumpa Syed di Lab sebelum ke pejabat am markas. Pinjam jaket lab dia untuk tutup kesantaian aku. Dalam jaket lab, aku kelihatan seperti seorang pekerja yang sibuk.

Atas dada jaket lab itu tersulam nama Syed.

"Sejak bila pulak engkau tukar nama jadi Syed?" tanya orang di pejabat am markas. Percaya atau tidak, tiga orang tanya soalan yang sama. Termasuklah bos.

Aku pasang muka James Dean tidak jumpa rokok seminggu. Untuk soalan yang sama, aku bagi jawapan yang sama, "I am not myself today." Mereka tidak berani tanya soalan lanjut.

39 ulasan:

jagoan berkata...

Di dunia boleh tok.

Di kubur tak boleh.

Hehehe...

Amiene Rev berkata...

Patutlah En. Syed kehilangan sesuatu. (sambil mengangguk-angguk Sin Chan).

Lily Abdullah berkata...

Woo..Tok macam James Dean.

Aku kagum!

budakbarublaja berkata...

language games in classroom...language camp felda adela...group yang bagi ilham utk sir tulis one of the entries dalam ayah kite boss...nak cantik tak perlu mandi.

Aku berkata...

wah yeke??

PUKUL BERAPA TOK HARIMAU??


love la..~~ lm tak jumpe..

garb_ina berkata...

tok, nati kem salam kat james dean ek? eh, kat syed le? eh....eh...tetiba tersangap laks. Ahakzzz...

thedreamer berkata...

james dean tak isap rokok seminggu...hehe..nak try imagine muka tok ala2 james dean.. :)

p/s : kadang-kadang org lebih suka kita jadi org lain, dr jadi diri sendiri.

tasekM berkata...

syed harimau?

BuRuuj berkata...

tapi kalau dalam baris, mesti xleh lepas dari kene punishment. huhu...teringat lak kenangan pinjam nametag kawan..

Tok Rimau berkata...

Buruj,
Tok nak kena pumping ke ni?

Tasik,
Mana Syarifahnya?

Fazlina,
Aku bukan aku, setiap kali melihat kamu.

Garb,
Memang musim sangap.

Popnina,
Lama sekali. Berabad lamanya.

Budak baru belaja,
kamu si cantik yang tidak mandi tu?

Waterlily,
Daki dunia semuanya ini.

Amiene,
Syed kehilangan identiti.

Ahtok,
Kau buat aku terkasima.

dugongsenyum berkata...

Pinjam nametag kawan, lepas tu perkenalakan diri kat cikgu baru, "Nama saya Farouk cikgu",

Satu kelas gelak nak mati, sebab nama dia bukan Farouk, tapi Nasir.

Amyz! berkata...

James Dean??

Mesti hensemm.. Ohhh!!

dugongsenyum berkata...

Lain kali pinjam jaket Nurul.

"Nurul, sejak bila kau botak?" haha

ckLah @xiiinam berkata...

Salam,
Pernah terpakai name tag suami,masuk kelas student berguling2 ketawakan akak!!

DeeN berkata...

Hahahaaa...
Strategi melepaskan diri yg sangat strategik dan tragik!

BuRuuj berkata...

tok, kalau kat padang kawad, punishment nyer 2 papan(2x keliling padang kawad)
hah, ape lagi?? =)

Danielle_Corleone berkata...

hmm... nak berpakaian pun kena ada aturan kan tok. huhu.

Chika Chika berkata...

seb baik bukan jacket nama CHIKA.
apakah???

tumismenumis berkata...

Ya. James Dean dan rebel.
Tapi berada dikalangan mereka yg berbaju batik 24/7.
"This is so not me."

SHIMI berkata...

Kalau macam James Dean tak pe la, takut jadi macam James Bean plak

spyz berkata...

james dean?

bawak kereta baik2..

:-)

saudagar gaRAM.. berkata...

pengetua gua : sape nama garam?dia lompat pagar sekolah malam tadi.

gua dan kawan gua hampir serentak : DIAAAAA!!!!!!!



gua dikenakan dua pertuduhan kemudiannya

Yana Ismail berkata...

Kan bagus tidak merokok Tok:)?Bertahan ok!huhuhu..

Err, Syed Ghazali. Menarik juga bunyinya:)

Tok Rimau berkata...

Liyana,
Tok risau dengan nasib petani tembakau negara.

Garam,
Orang kena tuduh masuk mahkamah tutup muka.

Spyz,
Jangan risau. Gua terjun sebelum kereta masuk gaung.

Shimi,
james bond boleh?

Mazudi,
Agak-agak kerjaan Hawaii wajibkan pekerja pakai baju Hawaii hari khamis tak?

Chika,
Idaknya Tok nak pakai jaket pink kamu tu.

Dan,
Kau tahu, Iron Lady Datuk Maznah pernah komplen tentang pakaian Tok. Dan Tok juga komplen tentang pakaian dia.

Buruj,
Tengah lari la ni. Fuh! Fuh!

Deen,
Nak hidup dude.

Nam751,
Memang kelakar. Nak panggil Puan atau Encik ni?

Dugong,
Jangan terpakai name tag ustazah sudah la.

Amyz,
Ianya macam jampi. Yang penting yakin hensem.

azie berkata...

owh, encik syed lab tu ek?dia suka tengok kami buat presentation,ahaha

tok, be urself tok. kancil klan missed u tau.

Kaktiny berkata...

bagitau boss.. "saya baru tahu susur galur keturunan saya ada darah syed.. jadi hari ni saya mengistiharkan sayalah SYED HARIMAU...heheh"

sinaganaga berkata...

Lu memang legend!!!! 16 wo! 16!!!!

rasso berkata...

Demam seminggu boleh bikin sesiapa berubah...


ha ha ha...

may_sfa berkata...

haha...

Chika Chika berkata...

kalau saya kasi hadaiah, tok pakailah eh. okek? hahhahaha. warna pink tapi dun worry. tag tu nama tok la

kasut-gombak berkata...

"I am not myself today."

hmm, xberani gak nk tegur lebih2. sy chow dlu la ye tok..

Tok Rimau berkata...

Kasut,
maybe I'm a better off being somebody else.

Chika,
kecil tapak tangan. internet tok tadahkan. tok tak kisah jalur horizontal atau vertikal. ha ha ah.

May,
masih dengan tajuk lama?

Rasso,
masa utk hijrah.

Naga,
Shhhhhhhhhh!

Kak Tiny,
saya mencari syarifah rimau.

Azie,
Break a leg!

A t i Q a h berkata...

Kelakar je tok pakai baju encik Syed tu. Tak besar ke? Rindu la plak kat encik Syed itu. Wakakakaka.

Rajuna berkata...

tok.
u r so punk and anti protokol.
haha

OP Zaharin berkata...

depa takut tok amok la tu
ha ha ha

artsoul berkata...

james dean hensem what...

Tok Rimau berkata...

Atiqah,
Besar la sikit. Al maklumlah, badan saya ni fit.

Juna,
Bukan apa. Malas nak gosok kemeja.

Op,
Mereka tahu sangat. Kalau marah pun, Tok diam.

Art,
Samalah seperti orang yg berlagak James dean.

Jane Nab berkata...

wish my dad has a blog at blogspot! nak tau jugak apa aktiviti dia hari2 kat tempat kerja tu. dia tu berat mulut la.. tapi dengar cerita, dia seorang yang happening!

tok rimau, you're verrry cool eventhough you're 50 y/o already! haha!

S.YanaZ berkata...

Harus mereka btanya,
James Dean ber'nametag'kan
SYED.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...