Jumaat, Mei 29, 2009

LELONG HILANG PUNCA #4 2003

Lelong! Lelong! Lelong!

Siapa Pipiyapong sebelum dia meletup jadi kutu paling kacip di blogspera? Dia hanya seorang penerbit zine indie yang bertajuk Hilang Punca. Gua sudah ramal bakat kutu ni sejak dulu lagi, itu pasal gua beli zine Hilang Punca tu sebagai saham hari tua gua. Hilang Punca kepada Pipiyapong samalah macam Malay Dilemma kepada Dr. Mahathir atau Asian Renaissance kepada Anwar Ibrahim.

Lelong! Lelong! Lelong!

Gua berkira-kira kalau dia gah nanti, gua akan jual balik zine itu dengan harga melambung. Strategi gua sebenarnya adalah tunggu Pipi mati dan pastinya zine ini jadi rebutan. Lama sangat tunggu. Gua ada juga terdetik nak upah ninja bunuh dia tetapi mahal sangat. Ninja kata, "minyak pun dah naik, saya terpaksa caj ikut harga minyak kapalterbang." Oleh kerana orang tamak selalu rugi, maka gua batalkan niat.

Lelong! Lelong! Lelong!

Tetapi. Hari ini gua nak lelong sahaja zine Hilang Punca #4 Mei 2003 (Lihat gambar. Rokok dan Pipiyapong macam isi dengan kuku). Setelah buat dy/dx, kenaikan harga RM1 setahun, maka nilai Zine ini adalah RM7. Maka bida (bidding) bermula dengan RM7. Sesiapa yang menawarkan harga paling tinggi maka dia akan memiliki sebahagian dari sejarah sastera negara ini. Silakan tawaran harga.

Lelong! Lelong! Lelong!

Fakta: Hilang Punca #4 Mei 2003. Harga Asal RM1 + stem. 28 mukasurat termasuk kulit. Kualiti original zine fotostat. Bukan tujuan alat bantu mengajar di sekolah. Bida bermula RM7.

31 ulasan:

Tok Rimau berkata...

Ada orang tanpa internet call gua, dia tawarkan RM7.10. Gua letak kat sini agar semua tawaran telus.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Hahaha. Cilakak. Kalau naik sampai 7 ratus baru gua panggil peguam.

Bungo Lale berkata...

salam... tok.

pandai tok nak buat duit ye... hehehe... RM10 buleh tok ?

adie berkata...

tawaran harga? kalu tawaran harga bukan lagi rendah ke? saya tawar 2 hinggit + setem. hehe

terrarosa berkata...

tok ni memang saja nak buat kami berdebor dan histeria diluar ni hahaha...

tapi nanti saya tanya Dhani www.papakerma.com , berapa dia nak kasi...entah2 dapat free :P

budakbarublaja berkata...

sedekah je lar.. bukan kah itu amalan mulia lagi berpahala...

addyaholix berkata...

pp dapat royalti? kalau dapat, saya cancel beli. dari kacip saja dia dah dapat banyak. haha!

dila raden berkata...

RM30

tak termasuk kos penghantaran

Tok Rimau berkata...

Tawaran tertinggi setakat ini adalah Dila Raden dengan harga RM30. Urusan penghantaran ditanggung oleh Tok.

Boleh Tok makan sate dengan RM30 ni.

test berkata...

tok, tu salinan asli ke fotostat?

PP aku nak beli salinan asli dgn harga bidaan seperti yang tok tawarkan, boleh?

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey berkata...

wow! boleh tahan selebriti jugak ye si Pipi ni. saya perasaan banyak blogger yang menulis ikut gaya dia.

oranglidi berkata...

cis.. menatang betul 30 ringgit..

mihwar89@gmail.com

walaupun wa belum beli 'kacip' berharga 20 ringgit,

wa nak bid 50 ringgit.. dah tutup bid! serious ni.. tolong antar secepat mungkin.. bile wa boleh bayar ni?

oranglidi berkata...

ada apa2 info tolong bagitau kat emel yang wa bagi..

oranglidi berkata...

lagipun wa memang dah lama nak beli ni.. wa tak kisah duit habis.. asalkan dapat! kalau ade orang bid lagi tinggi, tolong bagitau wa!

Tok Rimau berkata...

Orang Lidi mendahuli bidding dengan RM50. Bidding masih terbuka. Jeng jeng jeng.

Dhani berkata...

tok. wa bit rm100.

oranglidi berkata...

woi! woi! dhani OAG! lu betul2 ke?

Dhani berkata...

haha.

aku memain jek.

aku dah ada beb.

tak kacip lah kalo takdek zine hilang punca.

betul tak tok.

:).

Dhani berkata...

"selama ini, zine hanya popular dikalangan komunitas punk/hardcore, tapi tidak di publik yang lebih luas, sementara sebenarnya secara karakteristik, tak ada beza antara zine yang biasa diedarkan oleh anak-anak punk/hardcore dgn buletin-buletin Jumaat di masjid-masjid"

oranglidi berkata...

cis lu dhani

Tok Rimau berkata...

LELONGAN TUTUP. TAHNIAH
Pemenang: Orang Lidi
Harga Bida: RM50
Sila Deposit RM50 ke CIMB
0104 00 5959 6526
saving account Ghazali Bunari
kemudian emel alamat ke tokrimau(at)gmail.com.

Sementara menunggu, Tok akan peluk zine ni dan bawa tidur. Sedih mahu berpisah.

Dhani berkata...

pergh giler ah. ada yang sanggup beli dengan harga rm50!

agaknya kalau saya lelong saya punya zine Hilang Punca complete set semua isu, termasuk isu Hilang Punca split dengan zine Jurnal (zine kumprinx) rasanya ada orang nak beli tak?

lagi rare, kalau saya lelong zine REUNITE ada orang nak beli tak?

huhu. :p

oranglidi berkata...

tok rimau miao > time kasih.. insyaallah wa masukkan secepat mungkin.. haha! hati berbunga
jangan peluk sampai koyak pulak.. cis.

dhani> ade je orang mau beli..

terrarosa berkata...

double cis burger !
menyesal saya tak curi apa yg patut dari rumah pipi dulu , kalau tak hari2 bleh buat duit :P

dhani ,
aik lu jgn berubah angin fulak !

oranglidi berkata...

ok tok rimau miao: wa dah bayar.. cube chek.. nasib bek lu pakai bank cimb.. sonang..

wa antor alamat lmbat skit barangkali.. ok?

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Dhani..!! pos gua zine Reunite. Gua sendiri pun takde. Hahaha.

Tok Rimau berkata...

Dulu wa ada combo kumprinx + pipi tapi mana hilang ntah. Toyol kebas kot.

oranglidi berkata...

okes.. segala urusaan wa da dah selesaikan.. kalau dah dapat emel tu, tolong buzz wa..

Dhani berkata...

pipi. lu nak REUNITE ke? berapa lu berani bayar? hahahahahahha. :p

Rahimin Idris berkata...

ada sape2 nak aedes #6? dalam b.i penuh. ada interview dgn band wordbug, cerita pasal poll tax, cerita pasal kapitalis, interview band side effect, interview dengan lee rator interview dengan bird brain dll. gua beli rm4 je dulu. sekarang gua nak lelong rm4000. nak? kehkehekeh

Unknown berkata...

This site is one of the best I have found.
Cara herbal mengobati penyakit kutil kelamin

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...