Rabu, Mei 20, 2009

SINDIKET SOL-JAH KE KELANTAN

 Sol-jah dan kawan-kawan yang kita suka menjaja di Kota Bharu

"Sepatutnya, kalau dah namanya Serambi Mekah, sejuk dingin la tempat ni," aku merungut tentang iklim di Kota Bharu yang berbahang. Bahang Kota Bharu ini rasanya macam panas sebelum hujan lebat. Tetapi di Kota Bharu tidak hujan pun.

Kami dibawa ke tempat majlis Bekwoh Maskara Shorties bakal dijalankan oleh penganjur. Ianya adalah lot tempat letak kereta sebuah Tokong. Tokong Mek namanya. Sebelum ini janji Padang Perdana, kemudian tukar ke Gelanggang Seni, akhirnya ke sebuah Tokong. Macam mengimarahkan Tokong la pula.

Mulanya rasa seriau juga melihat anjing-anjing berkeliaran. Bila teringatkan dua dari banyak filem yang bakal ditayangkan ada suara takbir, terubat juga hati. Bukan senang nak kumandang takbir di laman Tokong.

"Kota Bharu ini mungkin sejuk. Kita pendosa yang rasa panas agaknya. Maklum la, di Serambi Mekah," balas Vovin.

 
Vovin menangkap gambar aku ketika kami melencong ke "Hong Kong".

9 ulasan:

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Melihat tahap Vovin mengeluh itu hari rasanya dia lebih menghadapi suhu yang tinggi berbanding gua.

adie berkata...

belah pantai timur mmg tgh panas menggiler skan ni. msa blk kg itu hari aku berlenggeng je kat umah.huhu

lizz berkata...

jgn lah cakap camtu. risau aku. sbb, next month akan ke KB gak dan aku pembawa dosa terbanyak!!! muahaha.

terrarosa berkata...

sori tok,
saya ni taraf empat pupu pipi ja, cakap dgn dia pun tak pernah.
kalaulah saya ada sedikit keberanian,
Tok boleh tumpang sejuk dengan aircond myVi saya :)



p/s saya tengah edit ulasan Bekwoh Maskara KB, banyak pula perkataan gilo b*b* dalamnya !

Chika Chika berkata...

phewwit.

DeanSham berkata...

Bila aku baca tokong, ingat kecil punya tokong.

Bila tengok gambar, betul punya tokong tu! Hahahaha

Itu semua Tuhan bagi petunjuk tu...

HAHAHAHAHA!!!

Tok Rimau berkata...

PP,
Betul la. Gua nampak baju dia terbakar.

Penyu,
Jual eskrem laku ni.

Lizz,
Jgn lupa bawa aircond ke KB.

Terra,
Thanks for the kopok n pauh.

Chika,
Yeay!

Dean,
Orang gi KB nak lawat masjid Tok Guru, kita gi KB, ke tokong la pulak. Nak buat film dakwah la pulak.

Tanpa Nama berkata...

Ciss.. lama tak bukak blog. Terlepas.. Kalau tak boleh PY bawak masuk Siam. PP nak kena sekeh nih, pesal tak remind.. Huh.

Dhani berkata...

lawak lah bila ingat ingat balik program bekwoh maskara ni. hehe. apa pun, oraite gak, dapat masuk tokong. kalo tak, komfom tak jejak kaki kat tokong tu. huhu. :p

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...