Isnin, Jun 08, 2009
KARGO
Masa di jeti Mersing, ketika menunggu feri ke Tioman, rokok aku tinggal 7 batang sahaja. Aku tidak beli kotak rokok baru. Aku fikir, bila bekalan rokok habis, aku akan hirup udara segar dari laut sebagai pengganti. Begitu cekal sekali semangat aku membuang tabiat buruk ini.
Di Tioman, jika aku tidak snokeling (Apa perkataan Melayunya? Sno-keling?) atau bina istana pasir di pantai, aku akan lepak di jeti Kampung Salang sambil memerhatikan ikan-ikan mencari makan di dalam air laut yang bening. Sehari sekali, kapal kargo kayu akan membunyikan semboyan beberapa kali sebelum merapat dan menambat tali di jeti. Beberapa wakil peniaga yang berniaga sepanjang pantai akan berkumpul di jeti. Mereka membuat barisan di tangga jeti bagi memudahkan proses memunggah barang. Barang akan bergerak dari satu manusia ke satu manusia sehingga diletak di atas lantai jeti. Sesudah usai gotong royong itu, baru masing-masing memilih barang sendiri untuk di sorong ke kedai. Kos kargo dari darat membuat barangan di Tioman harganya lebih mahal dari tanah besar. Contohnya air tin berharga RM2 - RM3 di sini.
Pun begitu, ada juga yang murah. Seperti zon bebas cukai yang lain, Tioman juga padang arak dan rokok. Bukan padang jarak padang tekukur. 20 batang rokok di Tioman sama harganya dengan 14 batang di tanah besar. Untung 6 batang tu. Kalau aku tak beli rokok barang sekarton, rugi la kan?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
-
Banyak yang tidak dicatatkan. Kenapa? Adakah aku rasa hidup ini tidak penting lagi untuk dicatatkan? Mmm... tidak. I suka hidup dan menjalan...
9 ulasan:
perghhh.... rokok takde tax tak sodap... ha ha ha....
ermm... apa maksud tekek kat header tu? alahai~
haha org kt ats tu mcmla tau rokok tu sodap ke tak..ahaks..
tok, i dh ckp, jgn merokok. membahayakan kesihatan, huhu. sekian pesanan dr i.. ;P
Ada orang tak boleh panjat gunung sebab tertinggal kicap Jalen.
Tok ?
kata mahu ganti dengan udara pantai??apa dah jadi???
Sejak umur berapa tahun hisap rokok tok?
rugi kalau tak li toq... kalau beli sekarton, nanti jual sebatang-sebatang ahh...
info: ayat kat atas maaf jika ada yang anggap ia lucah..
Lan,
Tekek = nama kampung di Tioman.
Liyana,
Kerajaan M'sia pun kata benda yg sama.
Nizam,
Tok kalau tak makan majun, tak boleh panjat bukit.
Jo,
Beli je. Hisap kat darat nanti.
Black,
Sejak Dunhill taja Piala Malaysia dulu.
Dila,
Tok jual rokok batang online. Sila emel tok kalau nak. Masukkan duit via CIMB / maybank online.
apa pasai tak beli plak?
hentam ajeh.
hehehe.
kat plkn dulu,
budak2 nih seludup bawak masuk,
letak dlaam roti gardenia.
pastu jual 1.50 untuk sebatang dunhill.
snokeling = selam skuba
Catat Ulasan