Selasa, Jun 09, 2009

MELAYU KALAU MABUK, BURUK

Eh, abang ni Jason Mraz ke?- tanya seorang pelancong Sweden.

"Makan pagi jam 8.30, makan malam jam 7.00," kata Ah Chong chalet masa menyerahkan kunci bilik kepada aku. Aku buat muka curiga. Apa tidak curiganya, ini chalet Cina, restoran Cina. Halal ke?

"Lu jangan risau. Tidak ada babi. Ditanggung halal punya," Ah Chong chalet meyakinkan.

"Tidak ada tampal sijil halal pun," balas aku.

"Restoran Melayu pun tidak ada sijil halal ma. Tidak boleh dapat sijil kalau jual alkohol," jelas Ah Chong.

Di pulau bebas duti, harga setin bir sama dengan setin air gas biasa. Dan sangat laris. Tentunya berniaga bir lebih lumayan. Jarang peniaga mahu lepaskan peluang mendapat untung. Lagi pun mengikut undang-undang Malaysia, tidak salah orang Islam jual arak dan menghidang arak. Kalau salah, dah lama penuh lokap dengan pramugari MAS. Kan?

Sedap maaaa! Sepanjang aku di pulau, aku belasah Chinese Food (Urban sikit bunyinya kalau tulis dalam Bahasa Inggeris) yang ditanggung halal. Ditanggung halal oleh Ah Chong.

17 ulasan:

Nazri berkata...

first

azie berkata...

mesti carik bir harimau,ahaha

Rajuna berkata...

takde acara joget-joget ke tok?

una210 berkata...

haha,,dikira ker kalau ditanggung hala oleh chong?
hahahhahaha

DeanSham berkata...

takpe, seafood! hahahahaha!

Unknown berkata...

Sijil HARAM ada tak?

Aku Bukan Bidadari berkata...

kata Ah Chong dalam hati:
" MEMANG TAK ADA DAGING BABI..TAPI KAMI PAKAI MINYAK BABI"

hi hi hi

hati hati tok.. jgn smpai kena H1N1

A t i Q a h berkata...

Ah Chong baca Bismillah dulu sebelum masak kot. Tu yang dia confident tu. Heh.

Fiziy berkata...

gin dan tonik ada? (takde la bro)

bwk je la teh ais. haha

BuRuuj berkata...

melayu kalau mabuk buruk.

kedai makan kalau xde tanda halal juga nampak buruk!

Pegawai Khalwat berkata...

betoi, tok rimau kena cari bir rimau di bawah pokok nyiur.

ms. ana berkata...

ada tiga jenis halal;

1) halal..
2) halal kot..
3) halal lah!

selamat makan.. ;p

bakrihafizhisham berkata...

diaorang ingat takde babi jek,
halal.
hahhaa.
goodluck lah tok.
kata kata ah chong boleh percaya eh?
:P

Yana Ismail berkata...

heeee..jumpa tak bir rimau?ahaks;)

u pose tk boleh blah..haha;)

Tok Rimau berkata...

Naz,
Tahniah.

Azie,
cari hj bakil n tonik je.

Juna,
ada. tapi tak boleh letak gambar kat sini.

Una,
sejuk ati gak tengok pekerja dia Melayu. Mmm macam Melayu. Kat pulau ni, Cina pun nampak cam India. Panas.

Deansham.
Yg bagusnya, chinese food tak buat sakit perut kerna kurang sambal n rempah.

Annuar,
Sijil haram adalah sijil PHD yang dibeli.

Bukan Bidadari,
MacD pun restoran Cina.

Tiqah,
Dapur katup pulak tu. X boleh jenguk.

Fiziy,
setan and tonik ada la.

Ruj,
Kedai Melayu pun tak ada tanda halal. Camna?

Pegawai,
yamsenggggg!

Ana,
Kalau tak was-was, cukup la.

Bak,
Takkan ahchong nak tipu kot. Tipu dosa.

Princess,
Air minum coke je.

Amiene Rev berkata...

Sekarang, saya tidak ragu-ragu lagi...

Arda berkata...

aku mahu tinggalkan ulasan untuk tok di facebook...tapi aku tidak menepati piawaian untuk itu..jadi aku tinggalkan ulasan di sini saja..(apahal ada syarat kena seksi plak? hahaha)

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...