Ahad, Jun 21, 2009

PANDUAN JADI WAKIL MEMINANG BAGI PIHAK LELAKI


Yana & Lan engagement
Originally uploaded by sabariah.noor.


Bukan nak tunjuk handal tetapi cuma nak memastikan sebuah majlis yang cantik dari sudut visual, adab dan seni katanya. E-mel 12 rangkap pantun yang bakal digunakan kepada pihak wanita agar ianya bukan kejutan. Biar mereka sedia jawapan. Bila sulaman kata-kata prosa dan pantun itu lebih macam duet berbanding saingan, majlis akan lebih berseri.


1. Kenalkan Diri
Sebiji kuini setangkai pauh
Dibeli orang dari Dengkil
Rombongan ini datangnya jauh
Saya diminta menjadi wakil

Sutera cina dilukis orang
Dilukis cantik dengan dakwat
Laut Cina kami seberang
Sampai di sini membawa hajat

2. Bertanya status
Sudah lama langsatnya condong,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
baru sekarang diizinkan Allah.

Besi sauh ditarik nyonya
Ditarik mari bersama kawan
Sebelum jauh, saya bertanya
Bunga di taman sudah bertuan?

3. Nyatakan hajat
Limau manis dimakan manis
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis, dipandang manis
Manis sekali hati budinya

Anak murid rajin bertanya
Guru pula memberi jawapan
Kalau sugguh belum berpunya
Jika sudi hendak berbesan

4. Cadangan/ Usul
Beratur landak mencari makan
Pohon pegaga di depan pintu
Masjid hendak kami dirikan
Dua keluarga hendak disatu

Susun di dinding kertas kajang
Kajang disampul lalu diikat
Hendak dirunding tidak panjang
Elok disimpul lalu diikat

5. Penutup
Orang membelat di tepi pantai,
banyak dapat ikan tembakul.
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan sudah terkabul.

Renang lentang renang tiarap
Terbang menyusur terbang naik
Kita berdoa kita berharap
Mulanya baik akhirnya pun baik

6. Terimakasih
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke hulu
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik sebut dahulu

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Jika ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati

Kalian boleh gunakan pantun-pantun di atas. Bukan aku cipta asli pun. Kereta German Engineering pun orang ubahsuai, inikan pula pantun.

13 ulasan:

ezham berkata...

pehh.. boleh tahan tok.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Tok..
camni mau tempah Tok untuk majlis saya pulak bleh?
hehehe~

Unknown berkata...

huh...not bad,tok.

adie berkata...

nnt nak tempah toq tuk bukak cawangan baru nnt bleh? hik3..

Nizam.Ariff berkata...

Tok, buat pantun dlm bahasa inggeris Tok...

Yana Ismail berkata...

Tok, thank you so much kerana sudi menjadi wakil..family i tergelak2 dgr u nak habiskan jgk pantun u..smpai tak terbalas dek pakcik i..ekeke..papepun, you're the best;)

pst: hope you kenyang bangatt mkn lauk pure n9;)huhu...

And Afimon tiba2 mau menjadi transformer...huhu.. comeelll!;)

Papepun, lega majlis dah selesai..;)huhu

Unknown berkata...

perghh..bergaya~

Meooo Comicore Club berkata...

tolong pinangkan saya Fasha sANDHA....

cahaya berkata...

MMg kena berPantun mcm TU ker?
daSat..daSat...

Tiesha Chan berkata...

wah, sgt hebat.. ;))

OP Zaharin berkata...

kau bukak la kampeni servis jadi wakil ni, ramai customer haha.

Unknown berkata...

Kalau tidak kerana air..
bubu mana di masuk ikan..
kalau tidak kerana fikir ..
ilmu mana masuk ke badan..
yeah

annoury80 berkata...

Minta dikongsikan & digunakan...tq

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...