Selasa, September 15, 2009

CINTA TANPA DESTINASI


Semuanya mula dengan sebatang pensil patah. Entah apa simboliknya imej ini, aku pun tak tahu. Aku ada konsep tapi belum ada cerita.

Aku nak buat cerita cinta yang juga sebuah road movie. Cerita cinta tanpa destinasi. Ada babak trafik jem. Babak sesat. Babak isi minyak. Bab servis kereta. Babak tukar kereta. Babak tukar giliran memandu. Macam trafik hari-hari. Semua biasa-biasa je, tiada cliche rempit. Aku nak bila audien memandu pulang dari menonton, mereka akan ingat cerita aku.

Mungkin yang perempuan akan berkata kepada lelaki, "ini (berkereta berdua) lebih bagus dari menonton wayang (cerita aku)."

Aku nak heroin tu tak cantik macam cantik-cantik biasa. Aku nak dia cantik personaliti. Cantik hati. Cantik dalaman. cantik yang hanya boleh rasa dengan jiwa tapi tak boleh sentuh secara fizikal. Huh! Susah gila nak cari bakat. Tapi itulah kehendak sang sutradara.

Sepanjang cerita, couple tu berbual kemudian diam. Mostly, sembang tentang apa yang mereka lihat sepanjang perjalanan. Berbual lagi, kemudian diam. Tapi mereka tidak pernah gaduh. Sweet kan?

Heronya pula aku nak seorang anti-hero. Tidak sempurna.  Muka tak siap. Perangai pun tak mithali. Sinikal tapi budiman. Sepanjang jalan asyik kutuk orang itu, orang ini. Yang paling dia suka kutuk adalah kerajaan. Bukan semua orang pun begitu kan?

Tapi dia tak pernah kutuk orang sebelah dia.

"Sampai bila mesti begini?"  Begini itu maksudnya tanpa destinasi.

Mmm.. aku sudah ada watak. Aku dah ada setting. Konflik aku tidak ada. Setiap cerita perlu konflik. Aku tak ada konflik lagi. Bukan senang jadi tukang cerita.

Babak ending dia. Ada dua buah kereta atas lebuhraya. Kemudian, satu belok ke kiri dan satu lagi belok ke kanan. Mata hero akan ekori kereta lagi satu itu sehingga ia hilang dari pandangan.

20 ulasan:

Bani Boroi berkata...

bunyinya macam filem- filem pendek 10 minit kat hallmark channel yang selalu ditayang sebelum cerita the nanny nak mula.

seniman jalanan berkata...

konflik kalau dah ada, kena masukkan resolusi sekali tok...

keseluruhannya, single line idea "i can't erase you" yang tok pitch ni sungguh menarik...

aku doa ia termakbul...
nak aku DP kan ke?

azie berkata...

nice one.

bila nak tunjuk draf kat ai?hihihi

azie berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
iamstradust berkata...

SANGAT MENARIK

saya rasa teruja lah tok. sbb road movie dan cinta ni topik yg i loike

:D

jom bikin!

Tok Rimau berkata...

Nanti Tok develop script dulu. Mmm kalau ada siapa2 nak cadang jalan cerita yang lengkap Act 1, Act2, Act 3. Intro, Conflict, Resolution... Silakan. Tok pertimbangkan.

ayobkelubi berkata...

tok

aku ada idea untuk konflik.

sbb dlm keter kan?. hero dan heroin berebut nak dgr siaran radio.macam mana?.signifikasi berebut siaran radio ialah tak semua orang boleh puaskan hati orang lain.

aku, tok jemput jadi radio pun dah cukup bangga.

Tok Rimau berkata...

Bani,
Tok jarang tengok Hallmark. Selalu layan ceria je. Hikayat Putera Shazlan. Fevret.

Seniman,
Okay boleh jadi DOP. Pandai-panddai la kau bergayut cari angle masa kereta berdesup 110km/j.

Azie,
Nanti Tok hantar. You check ejaan okay.

Dust,
Kau jadi editor dan clapperboard. Senang la editor tahu konti.

Ayob,
Best idea kau. Memang selalu tak setuju siaran. Ada yang suka sinar.fm dan ada yang suka Hot.fm. Bila depa lalu kat kawasan kubur waktu malam, baru dua2 setuju tune in to Ikim.

aishah_conteng_je berkata...

suka!

aishah jadi ape? =D

emm...kenapa hero pandang kereta lagi satu sampai sudah?mungkinkah hati dia melihat pilihan lain dari sebelah dia?

Amy Z! berkata...

Cerita yang simple-simple selalu dekat di hati.

Anyway, tak sabar nak tonton. :-)

Princess Liyana berkata...

Memangla tak pernah kutuk, kata syg..tk pernah bgaduh bagai ;P

Anyway, tk sbr nk tgk..ahaks..;D..huhuhu..

terrarosa berkata...

Bagaimana dengan adegan si lelaki cuba menahan perasaan tak keruan sebab tak boleh merokok dlm kereta ?

hahahaaaaa....

iYda Juhar berkata...

"i cant erase u" but "no destination".

so,dua org yg bercinta.saling cinta. pompuan tak cantek pon.biase je. laki plak ok ok. tak romantik juga tidak budiman tapi bertanggungjawab.

mereka ni suke lagi dok dalam kereta,drive la kemana2 pon tanpa destinasi. tanpa pasang radio. kekadang borak kekadang senyap. kekadang bicara tanpa suara. senyum2 je. sambil lihat pemandangan. sambil tonton lagak manusia dijalanan. pergi je ke mana pon. habeskan mase begitu. lebih bagus begitu daru nonton wayang.

sampai bila harus begini?? apa lagi nak dikejar??

uncle apis berkata...

saya tok. saya anti-hero. Tidak sempurna. Muka tak hensem sangat. Perangai kool je. Sinikal tapi budiman. saya tok, saya.

BuRuuj berkata...

nk buat crite cinta ek tok? hmm...ape kate tok amk dari crita tok dan perempuan yg mengorat tok tue. modify je sikit2.

tok, crite buaya tue tok xbg pun? kene beli ek?

hakimhh berkata...

perbuatan hero itu tepat ke hidung ku..
cis..

Kareem Mohammed berkata...

jangan lupa bagi aku jadi pengkritik..hehehe

balqissy berkata...

konflik terjadi bila dua manusia yang mungkin biasa ini sampai sudah tak bukak mulut. jadi, tak tau destinasi mereka pun. pompuan tunggu laki, laki plak harap gal. common, kan? tapi, itulah cerita yang biasa untuk orang biasa. *sob*

hana rose berkata...

cintaku tidak berdestinasi..

T_T

reramarama berkata...

wahhh... tok! mcm benarik! de keje kosong x? :)

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin