Rabu, September 30, 2009
RECYCLE A BICYCLE
Basikal kuning Sarahmon sudah kecil. Mmm... Sarahmon yang sudah besar sebenarnya. Bila dia kayuh, lutut dia sangkut di handle. Sudah dua tahun basikal itu mengarat di dinding. Dua-dua tayarnya pun dah pancit.
Datang sekumpulan kanak-kanak beraya. Salah seorang itu datang dengan basikal bercat hitam. Cat sendiri. Pandai budak ni bela basikal. Aku pun tanya, "adik nak basikal?"
"Tidak mahu. Saya dah ada, tapi adik saya nak."
....
Semalam sekumpulan ibu-ibu datang bertandang. Maklum la hari raya. Rupanya ibu kepada budak yang dapat basikal itu. Justeru, dia bercerita tentang kasih sayangnya anaknya kepada basikal buruk itu. Basikal itu sekarang dah dibela elok. Tayarnya pun dah kembong. Dah jauh pun budak itu mengayuh.
...
Petang-petang, aku nampak budak itu wheelie basikal. Basikal itu gembira sekarang dapat tuan yang bawa dia berjalan dan bermain.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
76 JAMBORI SARANG MEMERANG
Untuk Otternest MTB Jambori, Akak Kau tidak ikut. Dia baru sahaja menerima suntikan di lutut. Dia tidak boleh terlalu lasak. Otternest Cam...
-
Untuk mengelakkan kecederaan kaki seorang pemain bola keranjang perlu memiliki kasut yang selamat. Nike AIR FLIGHT SKOOL: Upper full-grain...
-
Pembikin filem indie tidak mampu sewa kereta. Semua prop guna barang sendiri. "Cantik kereta abang," kata aktres muda yang mel...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
2 ulasan:
mountain bike yang dah tak guna lagi, ada tak tok?nak. :P
mmg sesuai dijadikan cerita pendek...
apa lagi, tok mmg suka cerita begini kan...
nak lihat dilayar suatu hari nanti...
Catat Ulasan