Khamis, November 19, 2009

ANAK KECIL MAIN API

Dulu orang nak mohon masuk MRSM susah. Beratur panjang minta borang, tiba-tiba borang habis.

Sekarang, memohon masuk MRSM sudah canggih. Mula-mula fotokopi surat beranak budak dan slip keputusan UPSR dia. Jumpa mana-mana pegawai kerajaan dan minta sahkan benar. Masa ni la pegawai boleh buat duit kopi (kalau jahat la).

Hantar dokumen yang telah dicop ke pejabat MARA. Pegawai MARA akan masukkan maklumat ke dalam talian.

Mmmm... belum habis lagi. Beliau kemudian akan cetak password untuk anda. Anda pergi mana-mana cybercafe, masuk ke laman web MARA untuk isi borang online. Tekan submit

Mmmm... belum habis lagi.  Cetak borang itu. Rasanya, masukkan mana-mana lagi dokumen lain yang dipinta. Pastikan disahkan juga. Masa ni la pegawai boleh buat duit kopi (kalau jahat la. Macam deja vu la ayat ni.). Akhir sekali pos ke alamat yang diarahkan guna pejabat pos.

Baru selesai. Canggih tak? Angguk cepat. Kalau kau tak mahu angguk dengan red-tape ni, daftar je budak tu ke pesantren.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

erk..

Aishah Nur Hakim berkata...

ha...setuju pun dengan cadangan den..poie pesantren~

Bukan Sepet berkata...

Ada lagi 1 cara.

Rasuah pak guard MRSM.
Pun boleh masuk MRSM juga. Pilih aja MRSM mana. Ikut selera.

Masa ni la pak guard boleh buat duit kopi (kalau jahat la).

Tapi
itu untuk masuk sekejap ajalah ...

Unknown berkata...

gua hangguk la ni...

patungcendana berkata...

anak aku takde pulak apply MRSM.

Rajuna berkata...

nak jadik cikgu mrsm yg susah.
penemuduga mulut celupar.
pernah tuduh aku lelaki lembut.
jadahnya lelaki lembut jalan mengengkang!

Darkkadabra berkata...

Canggih gila. Letak Perkataan "Print" pun orang kata dah canggih.

Masy berkata...

apepon, congrates utk sarahmon yg dpt 5A tu tok :)

Mak Su berkata...

anak kecil main api?
anak besar minum kopi?

salam kenal ya tokrimau :)

Unknown berkata...

lagi ekspress kalau ada cable...zzzapp!

adie berkata...

canggih giler. err.. lepas antar borang tu nnt,dapat password lagi ka? hehe..

sitinurulhawa berkata...

sapela yg cadangkan flow mcm tu. mmg nak kena sumpah. baik upload je borang PDF format kat website, sesapa bleh print, isi dan pos.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...