Khamis, Mac 02, 2006

AMBIGUITI ANTARA KURSUS

Semangat asabiah pelajar terhadap kursus masing-masing amat kuat. Penyedari hakikat ini, satu kelab dalam kolej akan menganjurkan sukan antara kursus. Bagi mendapatkan penyertaan ramai, satu kain rentang digantung di depan fakulti di kawasan sesaknya trafik. Tajuk besar atas kain rentang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Tajuk ini menarik perhatian ramai.

INTERCOURSE SPORT FIESTA


Kelab itu tidak tahu kesilapan mereka sehinggalah aku suruh seorang pelajar dari kursus TESL menelefon nombor penganjur yang tertera. Sambil menahan ketawa, pelajar TESL itu menyatakan bahawa dia amat berminat untuk ambil bahagian dalam pesta sukan yang diiklankan.
................

Main Entry: in·ter·course
Pronunciation: 'int-&r-"kO(&)rs, -"ko(&)rs
Function: noun
1 : connection or dealings between persons or groups
2 : physical sexual contact between individuals that involves the genitalia of at least one person

Merriam-Webster's Medical Dictionary,

................

LAWATAN BELAJAR
1. Murid-murid Akademi Juring sudah mula bersilat.
2. Senarai panjang Designers who Blog.

9 ulasan:

Sayuti berkata...

haha. mengujakan. sungguh mengujakan.

dan memalukan fakulti. dan kaum pelajar.

jiGOMorrison berkata...

Oit! Aku boleh turut serta tak? Macam memberahikan sahaja bunyinya! Ha ha ha!

Ah! Aku dan fantasi aku yang nakal!!

Tanpa Nama berkata...

fiesta??
wow.. ini lebih hebat dari parti buih
:-)

NORDIN ABD RASID berkata...

kah kah dan kah. Di iktiraf juga sukan jenis ni.

Pegawai Khalwat berkata...

Memang sukan.

Kan ke perlu berpeluh. Kira sukan le tu.

Kalau tak sempat berpeluh macam mana?

Tanpa Nama berkata...

salam..
ahaks, memula baca tajuk dier tu...
dah terfikir ini acara sosial berpasangan...
ahaks...
pasangan disediakan tak kalau nak join...

heheheh...

Tanpa Nama berkata...

tiba2 aku teringat boss aku ckp bbrp minggu lepas :
"tahu sikit2 itu lebih bahaya drpd tak tau langsung..."

Jimmy Ang berkata...

aku nampak tu. terciut hati aku.

yang aku nampak

"bukan intercouse sport fiesta" di fakulti.

tapi

"Inter-Course II"

sejak bila ada "Inter-Course I"?

Angah berkata...

ignorance is s bless don't ypu think so tok?

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...