Rabu, Mac 08, 2006

AMPAI FLAT BUKIT CHAGAR

Ampai Flat Bukit Chagar
Emak jemur kain tidak kering-kering. Air dari kain-kain basah dari ampai tingkat 10 hingga 16 menitik-nitik atas kain kami.

Kadang-kadang ada orang dari tingkat atas ketuk pintu. Dia mahu ambil kain batik dia yang jatuh dan tersangkut atas ampai kami.

Ayah pasang soyok zing atas ampai kami. Kini kain kami tidak kena air dari atas lagi.

Kadang-kadang batik orang atas jatuh atas soyok kami. Dia kena pergi tingkat 10 untuk kait kain batik dia. Itu pun kalau dia sedar itu kain batik dia.

Ada orang buang puntung rokok dari tingkap. Jatuh atas kain batik kering di atas soyok zing kami. Soyok kami bocor di sana-sini dimamah haba dan karat.

Emak jemur kain tidak kering-kering. Air dari kain-kain basah dari ampai tingkat 10 hingga 16 menitik-nitik atas kain kami.

9 ulasan:

Unsunghero berkata...

...senario lazim duduk di flat

Tanpa Nama berkata...

sekali sekala.
ambil paip air. sebur air ke atas pulak.

Tanpa Nama berkata...

aku masa bujang tinggal di flat jugak.

kat atas ada awek-awek cantik kerja kilang.

kadang-kadang bra-bra mereka jatuh. ah! mana aku nak cari pemandangan indah sebegitu kini?

-basri

sinaganaga berkata...

Rimau,
Kau tulis. Macam Sinaganaga tulis.
Ha ha.

Tok Rimau berkata...

Naga,
Di mana tumpahnya kuah. ha ha ha.

Aku nak kerap-kerap tulis begini sehingga orang kata, eh Naga tulis macam Tok Rimau la. ha ha ha.

Bas,
Pasti awek tu dah nampak g-string kau.

Ron,
Pancut atas, jatuh bawah juga.

Hero,
Lagi lazim adalah main roket kertas dari tingkat 16. Buat sampah untuk orang di bawah.

Sayuti berkata...

pindah rumah. rumah yang ada sewakan.

aci tak?

Tanpa Nama berkata...

rimau nie org bukti chagar ke?
mesti kenal dgn ramai budak BC?
nanti jumpa bleh citer panajang nie, BC juga tmpt aku bermain main...

Tanpa Nama berkata...

naga bawak virus!

Pegawai Khalwat berkata...

Tok pernah terpakai tak kain batik orang yang jatuh tu?

Eh.... Tok tak pakai kain batik, lupa pulak.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...