Mesyuarat dimulakan dengan taklimat dari bos. Berdesing telinga bila bos mula membebel tentang kehadiran dalam mesyuarat. Pot pet pot pet pot pet pot pet. Ahli mesyuarat memandang sesama sendiri selepas 45 minit berlalu.
Seorang staf memberanikan diri untuk angkat tangan. Bos berhenti pot-pet untuk ambil nafas dan beri laluan kepada staf itu.
"Bos, kami yang hadir ini sentiasa tepat pada masa. Tidak pernah ponteng. Orang yang bos marahkan tidak hadir hari ini."
Bos menggaru kepala. "Okay la. Tanpa membuang masa, kita pergi ke agenda pertama."
p.s.
Bukan bos aku. Bos orang lain.
Jumaat, Mac 03, 2006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
12 ulasan:
Yes, Tepat pada sasaran.
10 Markah!
Aku kalau bos pot pet pot pet macam tu, lagi banyak idea datang.
Sempat la aku berkarya.
Terima kasih bos.
Orang yang ingatkan suruhan Allah selalunya tidak 'tuang' solat Jumaat. Tetapi orang-orang inilah selalunya diseru untuk bertaqwa kepada Allah.
Orang yang tidak atau kurang taqwa selalunya tidak hadir solat Jumaat. Kena juga disampaikan tarbiah kepada gulungan ini.
TV selalu menayangkan kesan dari penyalahan guna dadah. Tetapi penagih dadah mana ada masa untuk tengok TV.
Hello bos! Apsal mesyuarat ni tak ada karipap dan teh o? Bos lupa nak suruh Cik Mary order kat kantin ke?
Ha ha.
ya betul. meeting kena ada karipap dengan donut atau kuih lapis. lepas tu teh tarik atau nescafe panas. kena ada tu!
Lerrr.. apa punya bos la...
Tok, aku dah merasa dah jadi 'boss' dlm meeting.
Dorang suka kalau aku buat meeting lepas tu dorang kena belanja aku minum sebab kat sini tiada kudapan dihidangkan walaupun meeting sampai 4 jam
***Errrkk..tau napa aku tak da dlm TV hari tu???tanya Spyz...lepas sms br aku ngadap TV ..betapa bangganya aku melihat w/pun aku tidak berada di bumi Johor lagi.
one for all, all for one lar....
jadi, lain kali, sebelum pegi meeting, tarik rakan rakan sekerja yg slalu lambat tu....
har.... itu baru bermuafakat namanya.....
"Oi Abu, cepatlah! Dah, takmu layan customer lagi. Meeting dah nak start. Nanti lambat, telinga aku yang kena trompet, bukannya kau!"
bos kamu itu mahukan kamu saling ingat kot
one for all, all for one!
ops bukan bos kamu. bos orang lain!
tok,
Dr D (cikgu IR sy), Dr W K (spvisor sy), en A-IT manager (yg ganti tok, referee sy)...
tok ckp pasal mereka ke? sbbnya... sy tiap2 tahun, masih antar kad ry kat mereka bertiga...
Mol,
Kan Tok dah kata, bukan bos tok.
bos kena pandang ke bawah so apa yang dia nampak lain.
staff bos kena pandang ke atas so apa yang dia nampak x sama ngan apa yang bos nampak.
kalao bos n staf bos boleh duduk sama level makanya boleh la melihat pemandangan yang sama.
x gitteewww..?
Catat Ulasan