Khamis, Mac 30, 2006

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Pepatah India mengatakan undang-undang itu seperti kamar gelap. Jika engkau sudah biasa dengan bilik itu, engkau akan tahu selok-belok laluan dalam kamar itu. Jika engkau tidak biasa, selalulah engkau terlanggar tiang atau tersandung bendul. Benjol-benjol jadinya.

Kita. Engkau dan aku. Terima saman majlis bandaran kerana salah letak kereta sahaja sudah mengelabah. Tauke restoran sewenang-wenangnya letak kerusi meja di tempat letak kereta tanpa takut dengan undang-undang. Itu belum cerita jenayah besar seperti membuang bahan berjadual dan memotong balak di hutan simpan. Macam mana mereka boleh terlepas dari undang-undang? Adakah mereka tahu selok-belok laluan dalam kamar gelap itu? Di mana mereka belajar?

Anak saudara aku kata dia tamat belajar undang-undang di Pontian.

"Aku tidak tahu ada sekolah undang-undang di Pontian." Aku

"Ada. Kat Sekolah Memandu Pontian. Undang-undang jalanraya." Dia.

Terkena aku. Mati-mati aku ingat dia sudah boleh jadi majistret tadi.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Seminar Pencinta Buku- Percuma

10 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

"ayam golek itik panggang, ada duit penguasa sayang"

BooK berkata...

"korek-korek tahi gigi, alahai lesen aku P lagi"
(kene wat pantun gak ke?)

Sir Mute Key Chicks berkata...

tok.kalu xpert undang-undang jalanraya pun leh lepas dari tangan jpj n polih terapit.haha.

"ayam golek itik panggang,
korek-korek si tahi gigi,
kalau berduit penguasa sayang,
kenapa lesen aku P lagi,"

jawab tok ek..

Tanpa Nama berkata...

pontian?
ermm.. tempat aku tuh..
rindunya pontian...

Tanpa Nama berkata...

melanggar undang-undang sudah jadi seperti bukan lagi kesalahan kan?

BooK berkata...

bta:
oit. kau mengintegrasikan pantun aku dan blackpurple! aha.

Sir Mute Key Chicks berkata...

bta tuh pernah jadi naib johan pesta pantun sekolah tuh.nama jer dok kat kelas akaun, habis semua bebudak kelas sastera kena.betul.

Pegawai Khalwat berkata...

Justice maybe blind.

But you can still see it in the dark.....

Tanpa Nama berkata...

Loyar buruk jugak anak buah kor tu yek tok. Hheheheh

Tanpa Nama berkata...

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan...

Di mana ada salah undang-undang di situ manusia sibuk bertandang...

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...