Rabu, Mac 01, 2006

PELANCARAN BUKU-BLOG

Pelancaran Buku Blog


9 pagi - 5 petang.
1 April 2006*. Sabtu.
Laman Seni Kuala Lumpur.

(Jika tidak dapat hadir, sila tempah secara online di SINI. )




AYAH KITA BOS oleh Tok Rimau dan Sinaganaga
Prakata oleh Mat Jan + Entri-entri Naga & Tok Rimau + 10 halaman karya blog berkomik sumbangan kartunis tanahair termasuk ZUNAR dan Isterinya.

JONGKANG JONGKET oleh Mat Jan

ZINE SABOTAJ oleh Op, Jigo dan kawan baru mereka.



AYAH KITA BOS (AKB): RM20.00(Harga biasa) RM17.00 (Promosi 1 April. JIMAT RM3.00)
JONGKANG JONGKET (JJ): RM23.00(Harga Biasa) RM20.00 (Promosi 1 April. JIMAT RM3.00)
ZINE SABOTAJ: RM5.00

Lagi Promosi 1 April-
AKB + SABOTAJ: RM20.00 (JIMAT RM5.00)
JJ + SABOTAJ: RM23.00 (JIMAT RM5.00)
AKB + JJ: RM35.00 (JIMAT RM8.00)
JJ + AKB + SABOTAJ: RM38.00 (JIMAT RM10.00)
Beg plastik percuma untuk setiap pembelian.

Kaedah pembelian secara online akan dimaklumkan kemudian= Harga biasa + Kos Penghantaran.





Tentatif:
8.00 pagi: Buka Gerai
9.00 pagi: Sesi Tandatangan
10.00 pagi: Baca Entri (Rebet RM1 kepada pembeli AKB yang membaca entri)
11.00 pagi: Tayangan Video Air Tangan Geng Jurnal

02.00 petang: Sesi Tandatangan
03.00 petang: Baca Entri (Rebet RM1 kepada pembeli AKB yang membaca entri)
04.00 petang: Forum Perdana: Soal-Jawab bersama penulis
05.00 petang: Kemas Gerai

(Aktiviti akan dijalankan serentak jika perlu)

Pantau Entri ini. Lebih banyak tawaran hebat akan dimaklumkan nanti.
*Jangan risau. Kami tidak sambut April Fool.


Juga dijual. Tanpa Diskaun & Tanpa Beg Plastik. Rm5. Zine Gangguan Teksual 5.

11 ulasan:

sinaganaga berkata...

05:01 petang: KIRA UNTUNG. Ha ha.

Tanpa Nama berkata...

jumpa di balai!

Tanpa Nama berkata...

Tok, kite nak mntk gambau buku ni. kite nak letak kat blog kite, nak promote jgk.

boleh ker, Tok?

-CikMaz-

Tanpa Nama berkata...

insyaAllah aku gi. perghhh.. berkoba-koba.. ta'alaaa!

Tok Rimau berkata...

Bear yang gagah,
Kalau datang bawa video-video kau sekali.

CikMaz yang comel,
Silakan. Right-Click + save Picture.

Tembakau yang jawa,
Balai polis atau balai bomba?

Naga yang berasap,
Satu untuk kau. Satu dua untuk aku.

June berkata...

ooo... kalu gitu tak boleh le sy datang kul 4.40.
emmm... sy cuba keluar keje awal utk rebet dan tanya-tanya soalan.

Puan Ainon Mohd. berkata...

Tahniah! Tahniah!

(sapu air mata dengan hujung tudung).... sedih.... sedih... sdr-sdr tidak perlukan penerbit profesional macam PTS... tak dapatlah PTS tumpang buat untung dengan menerbitkan buku sdr-sdr... sedih... sedih...

Harap-harap penulis lain tidak ikut langkah sdr-sdr....

Tanpa Nama berkata...

puan ainon mohd.
pts maneler nak terbitkan buku-buku macam diorang tuh kan? tatau ler biler penerbit-penerbit profesional nak buke mate....

Tanpa Nama berkata...

balai raya kg wadi hana, tok...

kamalariffin berkata...

interesting

kamalariffin berkata...

interesting

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...