Jumaat, Mac 17, 2006

PERINGATAN

"Lama tidak nampak? Ingatkan dah pindah rumah."
 
Bisa. Bisa. Bisa.
 
Ish. Kalau orang lain menegur aku seperti ini, tidak mengapa. Kalau dia... jangan. Kalau esok aku pejam, dialah yang di hadapan sekali berdiri tegak di kepala aku.
 
Aku tersipu-sipu mencari alasan.
 
"Tak ke mana-mana Pak Imam. Saya ada sini. Belum pindah lagi. Cuma balik kerja lambat." 

22 ulasan:

sinaganaga berkata...

>>>"Lama tidak nampak? Ingatkan dah pindah rumah."

Kau bayangkan, kalau soalan tu, bini aku yang tanya aku... Kau bayangkan!

“Hah, susah2 sangat, kahwin sajalah dengan Tok Rimau tu!” Bini aku.

Ha ha.

Pegawai Khalwat berkata...

Pak Imam? Maka pangkat dia masih rendah. Bolehlah kita memaki dia balik kerana soalan yang sarkastik itu.

Tapi kalau Tok Imam? Tak boleh! Sebab sama pangkat dengan Tok Rimau!

Tanpa Nama berkata...

awal awal,
saya ingatkan soklan tu, awek yang ngorat tok yang tanyakan
hahaha


TOKRIMAU DIDAPATI BERSALAH http://ron97.mygj.net

Tok Rimau berkata...

Naga yang berasap,
Orang perempuan bila dah kahwin, dia buang kawan-kawan dia. Dia harap kau temankan dia kat rumah.

Pegawai yg tegas,
Imam itu tegur mesra. Tak niat perli. Aku je yang terasa. Sebab aku besarkan TV dari jemaah di surau.

Ron yang budiman,
Saya ngaku salah.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Aku pun ikut terasa jugak ni...... dah lama tak solat jemaah kat surau..... aku memang TAKDE ALASAN...hehehe...

cerebrator berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

straight to the point...
teringat satu qasidah...
nostalgia di surau bukit tiram...
nanti aku post kat blog aku...

NORDIN ABD RASID berkata...

kihkihki...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.. ni baru nak jengah tok rimau.

takpe pak imam faham. jangan salah masuk rumah dah la..

Sir Mute Key Chicks berkata...

Hehe. aku pon dah lama tak pegi jemaah. tap kenal ker tok imam tu ngan aku nih?

Sir Mute Key Chicks berkata...

erk..atok, jemput ke blos saya ek.mekaceh..saya dah link atok nyer address

abdullahjones berkata...

hidup pak imam!

Tanpa Nama berkata...

ouch!

-seripah-

Tanpa Nama berkata...

Kalaupon Pak Imam perli, memang patut.

Dan sekurang-kurangnya, dia masih kenal lagi kat Tok Rimau.

Har, kalau dia katakan, "Apa khabar saudara? Baru pindah ke sini?"

har lagik nahas....

Unknown berkata...

Occay la tu. Zaman nabi dulu, nabi suruh sahat himpun kayu api keliling rumah. Bakar rumah orang tak pi masjid :P

Bagusla dapat tok imam macam tu, perihatin kat anak-anak kariah dia.

Tanpa Nama berkata...

emmm,

terima kasih atas peringatan pak imam,

Tok rimau tu bukannya cakap kat dia saja tu, sebagai peringatan utk semua pembaca blog dia. Jazakallah Tok.

ni yg suka kat entri tok ni, ada unsur dakwah tu:)

zizie ali berkata...

pak imam tu dah berhari-hari berfikir apakah ayat yang sesuai untuk diucapkan. sesudah diedit berkali-kali, itulah hasilnya. ternyata terkena tepat pada sasarannya. tahniah pak imam!

Tanpa Nama berkata...

ala..
tak bestlah gini,
dah mengaku salah.
hmm..


tok,
pengerakan anda telah dikesan polis.
hahaha

dinoor berkata...

tok rimau vs tok imam. ternyata tok imam lagi sarkastik.

err, tok rimau, kau cakap kat tok imam tu GJ masih sedia menerima ahli baru. tok imam ada bakat menulis blog. ;)

Tanpa Nama berkata...

Oit Tok, lama tak nampak. Masih kerja di tempat lama?

keh keh keh...

-Basri

adadia berkata...

hehe. bisa berbisa.

Lam Alif Pi berkata...

takut jugak gi masjid....
pengalaman ngeri, ada budak 3thn berlari keluar masa bapa dia tgh semayang...

kalau melayu senang cakap, "balik ke dalam", kalau Arab?

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...