Khamis, April 20, 2006

Dunia Buku: Ayah Kita Bos

Dari Berita Harian 20/4/2006

BUKU-Blog, Ayah Kita Bos, karya bersama Ghazali Bunari dan Azalan Hussain, menghimpunkan petikan tulisan dalam blog mereka seputar pengalaman hidup dan pandangan kritis terhadap tingkah laku masyarakat dengan nada humor lagi sinis.

Hijau Pucuk Pisang menghimpunkan catatan Sinaganaga mengenai kisah anak setinggan manakala Merah Jambu pula mengenai keluarga Miyuki yang menjadi keluarga angkat di Jepun, mampu menggeletek hati pembaca.

Taring yang ditulis Ghazali Bunari atau lebih dikenali sebagai Tok Rimau, berbentuk kritikan sinis, menceritakan pengalaman di perumahan flat kos rendah dan pandangan sepintas lalu mengenai politik serta sosial manakala Misai pula menampilkan kisah perhubungan bapa-anak dengan menyelitkan unsur psikologi yang menggelikan hati.

Buku setebal 160 halaman dan berharga RM20 senaskhah ini yang turut diwarnai dengan komik romantik komedi pasangan Ajan dan Rima, boleh dibeli dengan melayari harimauj@yahoo.com.
(Ralat. Sebenarnya Layar SINI jika nak beli.)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Berita Harian Online (Jika kalian tidak beli yang kertas)
Kerusi Berbuku

7 ulasan:

Ron97 berkata...

tahniah.

satu lagi frame perlu dibeli hari ini

http://RON97.mygj.net

Pegawai Khalwat berkata...

Tok, tak lama lagi harapnya buku tu boleh masuk komen sastera bahagian kritikan atau analisis.

Mesti menarik....

Rie berkata...

tabik lagi!

blackpurple @ jowopinter berkata...

Tahniah. Kagum. Anda sememangnya hebat !!!

BooK berkata...

tokr:
aku kesian ngn tok. jadi penculik menahan tebusan. tok beri lah pada siapa yang sudi bayar duit tebus. aku beli dari kak nisah lah. ok ka tok?

OP Zaharin berkata...

laminate lagi tok! hehe.

aik kat sini dah kena login blogger baru bley komen. aiya!
ini semua *tut* punya pasal la ni hehehe.

Korakora berkata...

ralat: sila baca: ... boleh dibeli dengan menghantar e-mel kepada harimauj@yahoo.com

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...