Isnin, Jun 19, 2006

PUNAT-PUNAT MESIN MASA

Aku di hari yang muka datang semalam. Dia bawa mesin masa model baru untuk gantikan yang lama. Mesin lama tu cepat panas. Selalu terbakar fius.

Mesin lama bentuknya macam jam tangan tetapi ada antenna panjang macam telinga arnab. Guna bateri AA dan solar. Yang baru ni lebih padat. Comel bentuknya sebesar rantai kunci penggera kereta.

Aku di hari yang muka menasihatkan aku supaya jangan gunakan mesin masa ini untuk maksiat. Aku angguk. Kemudian aku di hari yang muka hilang. Mungkin kembali ke hadapan dan mungkin juga ke semalam. Mungkin juga dia ada di sini, mengintai apa yang bakal aku buat dengan mesin ini.

Tanpa berlenggah lagi jom aku bawa kalian ke 1985. Hi hi hi. Aku dah lama nak bawa kalian ke sana.

[Aku baca manual mesin masa]

Okay. Siap. Jom.

[Aku melambaikan tangan seperti hos, Jalan-jalan Cari Makan]
...................



1985. Asrama Sekolah Teknik.

Syibli sedang makan bersama rakan-rakan
asrama di dewan apabila gadis itu lalu. Dia berjalan melintasi pintu besar dewan
makan.

Cahaya lembut matahari jatuh ke muka gadis dengan pinafore biru
putih. Angin bertiup-tiup mengerakkan hujung halus rambut pendeknya. Dia
berjalan bersama rakannya sambil ketawa-ketawa kecil penuh keremajaan.


Aku tekan punat fungsi ulang.



Cahaya lembut matahari jatuh ke muka gadis dengan pinafore biru putih. Angin
bertiup-tiup mengerakkan hujung halus rambut pendeknya. Dia berjalan bersama
rakannya sambil ketawa-ketawa kecil penuh keremajaan.


Aku tekan fungsi punat ulang lagi.



Cahaya lembut matahari jatuh ke muka gadis dengan pinafore biru putih. Angin
bertiup-tiup mengerakkan rambut hujung halus pendeknya. Dia berjalan bersama
rakannya sambil ketawa-ketawa kecil penuh keremajaan.


Aku tekan punat "Ulang" mesin masa berkali-kali. Kalian pasti bosan jika aku ceritakan lagi dan lagi.



Syibli tanya tukang urutnya, "Siapa tu Ali?"

Ali berhenti mengunyah ikan
jaket.

Ali kata, "Yang mana satu?"

"Rambut pendek. Pakai cermin
mata. Putih-putih."

"Lina. Classmate Ali. Sebelah dia tu, yang hitam
manis, Kiah."

"Ali, kau kirim salam dengan dia."

"Okay bos."

Syibli tersenyum angau dipanah asmara buat kali pertama. Matanya terus
mengekori Lina hingga hilang dari pandangan.


Aku tekan punat ulang dan gerak perlahan serentak.



Cahaya lembut matahari jatuh ke muka gadis dengan pinafore biru putih. Angin
bertiup-tiup mengerakkan hujung halus rambut pendeknya. Dia berjalan bersama
rakannya sambil ketawa-ketawa kecil penuh keremajaan.

Kemudian. Aku tekan punat "pause."



IKLAN
CERITERA BERSAMA KARYAWAN SASTERA SIRI 5/06:
NAZIM MOHD. SUBARI- GENRE PUISI)
Pengerusi: SM Zakir
pada : 1 Julai 2006 (Sabtu) masa : 9.00 pagi - 10.30 pagi
tempat : Balai Seminar DBP Wilayah Selatan, Larkin Perdana, Johor Bahru.

10 ulasan:

ontahsapo berkata...

tok rimau, kau layan cerita sembilu kasih ker semalam....?

blackpurple @ jowopinter berkata...

1985 aku baru nak belajar2 pakai seluar panjang berwarna hijau. He he he.

sinaganaga berkata...

Limau,
Kau x-teknikkan? Ajar aku buat Molotov Cocktail, dude!

Unknown berkata...

Kenapa tetiba tok teringat kisah lama.Tapi seronok juga yer.

Unknown berkata...

saya teringat pada.. balada minah.. haha!

spyz berkata...

budak aspuri.
tak pakai tudung.
musti glamer.
rare species
:-)

Tok Rimau berkata...

Ontah,
Mat rock pun punya perasaan.

BlackP,
1982. Undang2 Sekolah. Kemeja putih + seluar pendek hijau. Macam supervisor estate.

Samurai,
Jika aku sampai ke zaman kau nanti. Aku lapkan hingus hijau itu.

Naga,
Aku bukan e-pengganas.

Chevy,
Sebelum aku nyanyuk dan lupa, elok aku tulis.

Nizam,
Aku pun teringat Balada Minah. Aku kira tak lulus penapisan agaknya. Sampai sekarang lagu itu tak keluar radio.

Spyz,
Apa yang lebih rare adalah aku terima. Beauty and the beast.

sis_aflah berkata...

assalamualaikum tok...
sy nak baca ayah kami bos.. tp apa kata tok bg free kt sy dulu.. boleh? :)

ayobkelubi berkata...

bukan ler.aku rasa tok tgk citer doraemon dan robot kingdom the movie minggu lepas kat ntv7!.hahahaha.

mesin masa tok dah elok,bilalah aku nak repair mesin masa aku nie ek?.ehehe

Lan Rambai berkata...

Kalaulah mesin masa Tok ni punya imej yang dipaparkan di sini.. sudah tentu aku tak kisah kalau punat fungsi ulang itu ditekan berulang kali...

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...