Sabtu, Jun 24, 2006

SENYUMAN DI TANGGA

Aku dapat mesin masa ini dari aku yang masa hadapan. Dia tidak cerita langsung tentang sains dan teknologi di sebalik mesin ini. Kalau dia terangkan pun, mungkin aku tidak faham. Yang pasti ketepatan masa mesin ini amat mengagum. Jika aku tekan 7. 15 pagi. 24 Jun 1985. Mesin masa akan berdesup pantas.

Ringgggggggggggggg! Ringggggggggggggg! Tepat pada masanya seperti
biasa.

Lonceng waktu mula kelas berbunyi. Biasanya junior akan beratur kemas di
hadapan kelas, manakala senior akan bermalas-malas menyeret kaki ke kelas.

Kelas Lina di tingkat bawah. Kelas Syibli di tingkat atas. Kelas mereka
berada dalam blok yang sama.

Syibli akan bergerak perlahan bila memanjat tangga. Matanya akan ke
kelas Lina. Lina akan beratur di hadapan sekali. Matanya ke
tangga.

Syibli memandang Lina dari tangga.

Lina memandang Syibli dari kelasnya.

Mata bertentang mata. Senyum paling manis bertukar tangan.

Setiap pagi. Inilah rutin Syibli dan Lina.

Ali, tukang urut merangkap posmen untuk Syibli juga senyum. Kiah, kawan baik Lina, juga senyum. Mereka berkongsi kebahagiaan Syibli dan Lina.



Untuk Syibli, ini adalah kemuncak cinta. Dalam masa satu tahun, Syibli akan dapat tahu bahawa untuk Lina ini bukan kemuncak cinta. Cinta adalah lebih dari bertukar senyuman. Perempuan memang cepat matang berbanding lelaki.

23 ulasan:

ontahsapo berkata...

ulat bulu dah naik daun....

kingbinjai berkata...

ontahsapo : hahahhaha

Lan Rambai berkata...

anti klimaks ahh tok ni.. ku kira lina pun suka sama syibli tadikkkk...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

tinggalkan saya ditahun ini. syibli perlukan seseorang untuk mencabar dan dicabar.

Rie berkata...

cinta zaman sekolah mmg camtu masa tu.

sms xde lagi. dating pun xpandai. hehe

blackpurple @ jowopinter berkata...

Di mana Syibli dan Lina sekarang Tok ?

rasso berkata...

teringat tiap kali lonceng berbunyi untuk waktu pertama; bile je duduk di meja akan ku terima warkah chenta yang tak terbalas sehingga kini...

namun e-surat juga pernah ku abaikan... mungkin chenta lum ada lagi masa itu... sekarang ianya hanya kenangan manis belaka.... windu sangat dengan detik itu tok... ahahhhahahah

Sir Mute Key Chicks berkata...

ya.ya. perempuan memang camtuh,darjah tiga pon dah ada yang menggatal.hehe

Tok Rimau berkata...

Ontah,
Rumah pakcik mana ada ulat bulu. Ulat gonggok ada la.

King,
Baca kat atas.

Lan Rambai,
Begitulah hidup. Pahit macam tongkat Ali.

Nizam,
Bagus juga kau tinggal kat sini. Kat sini tiada cikgu muzik.

Esis,
Syibli memang tak pandai. Tiada cikgu yang nak ajar.

Black,
Mesin masa ini tidak boleh mengesan orang yang hilang. Ia cuma boleh menghilangkan orang sahaja.

Rasso,
Detik detik di mana cinta itu suci. Ikhlas.

Semut,
Perempuan baligh 9 tahun. Lelaki 15 tahun. Beza kematangan itu 6 tahun jaraknya.

Puas jadi lelaki. Zaman kanak-kanaknya panjang.

BooK berkata...

tok:
aku rasa sampai sekarang aku kanak-kanak lagi. ha ha.

Tanpa Nama berkata...

Tok! ni dah kira cikgu skodeng murid nih...aaaa tok ni cikgu disiplin ke?

pasal prm lebih cpt matang dr lelaki tu... tau x pe.

Tok Rimau berkata...

Book,
Dalam diri setiap lelaki ada kanak-kanak. Itu pasal ada "Big Boys' Toys."

Halo,
Tok bukan cikgu disiplin. Tok tak pandai nak marah-marah.

Roti Kacang Merah berkata...

...jangan jangannnnn...? Tok adalah Syibli, kotttt...!

ahhhh tak mungkin...

wasabe berkata...

Tok, sewakan saya mesin tu, saya pun nak balik ke zaman saya jadi pelajar. Nak bawa camcoder dan buktikan pada pelajar-pelajar saya, saya pun pernah jadi pelajar sekolah dan taktik yang mereka guna saya dah puas guna dulu.

adadia berkata...

dalam senyum ada rahsia..haha

Pegawai Khalwat berkata...

Hoh... cerita cinta jugak ka?

Cinta....

Sejenis jenama sardin tin dalam sos tomato di wilayah Utara.

Ron97 berkata...

aku dulu adalah Ali

dugongsenyum berkata...

Ron, aku pulak adalah Farouk (rujuk buku Jiwa Kacau) hahahahahahahha

loppiess berkata...

wahh..romantika di amor nampak!

artisticklytouch berkata...

eh, ia seperti deja vu

Tanpa Nama berkata...

TOK! i've changed my blog address. pls update. thx

Amanitium Cho berkata...

tok = syibli?

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...