Jumaat, Januari 04, 2008

BERSAMA MU

Menteri Pertanian menjerit slogan, Pertanian Adalah Perniagaan. Aku terfikir bahawa negara kita ini menuju ke arah negara kapitalis tulin.

Ya, seperti kalian lihat, aku pun turut serta terbabit. Sekarang sudah ada tertanam iklan di sisi kiri blog ini.

Jika kalian juga mahu jadi blogger beriklan, klik sahaja iklan di sisi kiri itu. Bolehlah tampung duit Cyber Cafe atau Streamyx.

Harga barang dan servis semua sudah melonjak. Nak masuk bilik air pun kena bayar RM0.50. Itu belum cerita pasal harga benda-benda asas lain seperti minyak, susu, gula, tepung dan rokok berfilter bukan seludup.

Kalau kalian tonton rancangan Bersama Mu di Tivi 3. Kasihan tahu. Kalian lihat orang miskin bertambah miskin.

"Sazali lihat ada rumah terbakar. Kasihan Sazali tengok. Sazali ambil duit dan bagi kepada mereka." -Filem Anakku Sazali


Tetapi ada satu keluarga dalam Bersama Mu itu, aku dikenalkan. Mereka diberita-anginkan sebagai miskin kerana mereka pilih untuk miskin. Mereka malas. Nak daftar surat beranak anak pun malas. Mmm.

Aku tidak malas. Jika kalian ini dermawan budiman, rajin-rajinlah klik iklan di sisi kiri itu. Sumbangkan kepada aku yang rajin. Sungguh ni. Aku rajin menulis blog.

Jerit bersama ku, Blogging adalah perniagaan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. Projek penerbitan Offline + Online: Fray

2. Lan, tip pertama untuk jadi lelaki romantik adalah gunting botak kepala kamu. Awek zaman sekarang kata lelaki botak itu seksi. Tips selebihnya engkau klik ini: Tips untuk menjadi Romantik.

9 ulasan:

rasso berkata...

Akhirnya.... Terjerumus juga tok ke gelombang kapitalis talian.... ha ha ha...

Tok, gadis yang saya kenal tak suke saya botak... (tak tahulah yang mendatang)

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kapitalis atau neo-feudal tok?

Kepala kalau bulat cantik kalau botak, tapi kalau lonjong, leper atau banyak parut [bekas kena baling tin semasa budak-budak dulu, misalnya] tak cantik kalau botak.

Hehehe

dugongsenyum berkata...

Entri2 blog tu pilih mana2 yang besh lepas tu compile jadikan buku lepas tu jual buku tu. Itu pun perniagaan jugak kan tok kan.

Pasal botak tu aku rasa fantasi saja tu. Haha

jagoan berkata...

Ya, blog itu satu medium untuk perniagaan dalam buku "Marketing Through Internet." Tapi, saya tak baca lagilah...

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

ini tak boleh jadi..kalau tok boleh,apahat gua tak boleh?esok gua masuk iklan dumex satu..

JBM8141 berkata...

roko berfilter bukan seludup dah jadi bahan asas eh tok? anyway, seksi ke tak, botak is freedom!!!

Amyz! berkata...

terpengaruh juga akhirnya. :-p

فيصل berkata...

haha..tok sudah dipengaruhi.. aku juga tak dapat menahan godaan ideologi kapitalis ini..

Angah berkata...

Tapi tok... laki aaku memang romantik sebelum dia botak lagi..

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...