Rabu, Januari 02, 2008

INI RINDU

"Our next song is an old song entitled Ini Rindu which was made famous by Farid Hardja," umum vokalis kugiran dari Filipina berbaju rambu-rambu berkilat.

Kami pun bertepuk tangan meriuhkan dewan minum "The Ship" yang tidak cukup cahaya itu.

Sebelum aku tahu akan artinya cinta
Terlena ku dibawa nya ke sana

Setelah dia pergi baru aku mengerti
Kutelah jatuh cinta kepadanya


Aku separuh menjerit kepada Mobius, "Semua ahli politik berlumba-lumba buat statement. Mereka mahu Ah Lek resign kerana perbuatannya amat tidak bermoral."

Mobius merenggangkan gelas besar dari bibirnya. Dia berfikir sejenak.

Mobius berkata, "Ahli politik. Kenyataan mereka mestilah politically motivated." Dia minum sedikit dan merenggangkan lagi gelas itu dari bibirnya. "Semuanya hipokrit."

"Kenapa pulak?"

"Dalam hati mereka, kesalahan Ah Lek cuma satu. Satu sahaja. Ah Lek terkantol."

"Fuh! Dalam mabuk-mabuk pun ayat engkau ini ada benarnya," aku tersihir dengan analisanya. "Aku quote kata-kata engkau ini dalam blog aku nanti."

Mobius merenggangkan gelas besar dari bibirnya. Dia berfikir sejenak.

"Blogger. Tulisan engkau mestilah blogly motivated. Engkau pun hipokrit."

"Kenapa pulak?"

"Motif keji engkau adalah satu, hits dari kata kunci: chua soi lek, tape, skandal, sex, video, menteri, MCA dan DVD."

Mobius angkat tangan menarik perhatian pelayan. Dia pesan satu botol lagi.

Ooooo…aku rindu
katakan pada nya aku rindu

Ooo burung nyanyikan lah
katakan pada nya aku rindu


Vokalis itu berlagu sambil berjoget. Mula-mula dia buat aksi burung berkepak dengan tangannya. Kemudian, kedua-dua jari telunjuknya menunjuk ke arah bawah.

Ke arah burungnya.


..............
GLOSSARI:
BLOGLY MOTIVATED: Strategi yang dilancarkan dengan tujuan meningkatkan hits atau bilangan kunjungan ke blog.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. Logo Trend For Designers
2. Youtube: Ini Rindu by Farid and Lucky

16 ulasan:

rasso berkata...

Tok marilah dapat hit untuk jana wang di jaman tok sedang belajar nie... hahaha...

cadangan tag yang menarik :P

dugongsenyum berkata...

bikin2 video ni aku ingat trend orang2 muda. rupa2nya orang2 tua lagi seru videonya. pak menteri pun ikut jugakkk

Mat Jan berkata...

tok, sokkabar kata video tu tersebar di Johor.

tok dapat ke? hehe...

sharing is caring.

Tok Rimau berkata...

Rasso,
Aku belum sedia jadi kapitalis.

Dugong,
60 tahun. 60 minit. Masih gagah. Sesuailah dia sebagai menteri kesihatan.

Mat Jan,
Aku saspek lanun dvd pun ada maruah. Mereka tidak akan menjual dvd skandal menteri Cina dan awek dia ni.

Ulang sekali lagi. TIDAK JUAL. Setakat ini DVD tu diedar free. Mungkin isu IP kot. ha ha ha.

sinaganaga berkata...

Mau,
Aaaa... kau ada ka... aaa... itu video TERkantoi? Boleh bagi aku dia punya copy ka?

Fakyew berkata...

burung apee? burung ape tu tok?

Tok Rimau berkata...

Naga,
Engkau ingat aku tokan DVD ke? Aiyooh! You people.

Lagi pun polis serius bagi amaran. Sesiapa yg memiliki bahan lucah boleh dipenjara 3 tahun.
(mesej ini taja oleh Filem Negara Malaysia)

Tim,
Muraiiii. Burung muraiiiii. Berapa kali aku nak ulang ni. Pura-pura tidak dengar ya?

Amyz! berkata...

Ntahnya Tok. Diorang ingat Tok tokan VCD/DVD ke? Kan? Kan?

Hahaha.

Dulu.. pernah sekali nyanyi lagu tu waktu karoke. Haha. Kejilah!

musafir berkata...

Ada orang rakam tak aksi vokalis tu tunjuk ke rah dia punya burung? Nanti dia pun kena letak jawatan...Lucahhh tuuuu..

irdhi_hayati berkata...

tetibe aku terfikir, chua soi lek ni terkantol atau dikantolkan? hmmm politik..mcm2 blh berlaku..

Tok Rimau berkata...

Amyz,
Teringin juga aku dengar kau dendang rap dangdut gagap tu.

Musafir,
Lucah itu subjektif.

Yati,
Politik. Hiburan untuk mereka yang tiada TV untuk melihat drama samarinda.

Amiene Rev berkata...

Rosak akhlak.

Alan berkata...

Baik sungguh tukang sebar dvd tu..kalau jual kat cnn boleh dapat ribu ribu hahahaha

OP Zaharin berkata...

tok. kalau ada stok, nanti bawak naik kl ya.

hehe.

Tok Rimau berkata...

Amin,
Dari sudut pandangan kita, dia buat atau tidak, dia masuk neraka. Dia bukan Muslim.

Alan,
X baik mengaibkan orang, dari pandangan Hadhari.

Op,
Tok nak cari VCD Ust. Ismail Kamus. Bercakap dengan jin. Mahu?

dugongsenyum berkata...

Yeyeye nak harapkan yuran sekolah free memang takde, tapi DVD free adalah! Haha

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...