Jumaat, Januari 25, 2008

JANGAN RASUAH SAYA

Ada dua jenis polis atas jalanraya.

Satu, yang melancarkan lalulintas. Saya suka.

Dua, yang menyesakkan lalulintas. Saya tidak suka.

Kalau iya pun nak buat road block, jangan la buat sesak trafik sampai 2 KM panjang.

"Encik salah kerana memotong barisan."

"Kalau tiada road block ni, tiada la barisan yang merangkak ni."

"Mmmm."

"Kalau tiada barisan yang merangkak, tiada la saya memotong barisan."

"Kami hanya menjalankan tugas."

Ini bukan perangkap laju, ini perangkap kesabaran. Bukan polis Malaysia la, takkan la polis Malaysia buat perangkap kesabaran. Kan?

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

1. Klinik Filem percuma dan boleh muat turun filem yang menang tahun lepas. Filem apa ntah: BMW Shorties 2008

2. Salah guna atau betul guna yang unik: The Life Hackery.

3. Tips menjaga bayi untuk pekerja taska: Do's and Dont's

9 ulasan:

Pa'chik berkata...

tok, tugas polis adalah saman orang buat silap...
mereka memang sekali keluar ada target, berapa banyak nak disaman,dan, setiap bulan.. jumlah saman yang dikeluarkan pun harus mencapai target.. buat orang tak buat kesalahan trafik... memang naya lah kat pulis tuh... [ada satu episod dalam roda-roda kelumpo rasanya; polis kena marah pasal saman yang dikeluarkan tak mencapai sasaran...] dan memang ada sorang enchek polis yang sedang buat speed trap mengaku, setiap kali turun, ada target berapa nak, kalau dapat cepat, buleh balik awal, kalau tak.. tunggu sampai petang lah...


hehehe.. panjang gila komen aku neh...

Azhar Ahmad berkata...

Eishhhh, tok kena saman ke?

blackpurple @ jowopinter berkata...

Ala la la latok!
Ala la la latok!
Jangan saman!

fajar berkata...

wah, tak sangka lak smp mcm tu sekali bila baca komen pa'chik. tok kena saman ke?

satu perkara yg sy belajar kat UK ni, jarang betul polis nak saman org. polis kat sini mmg profesional. kalau buat ksalahan lalulintas, dorang bkn saman terus. mula2 dorang akan bg nasihat. then amaran. lps tu, baru la saman. takde la rasa terancam ke apa ke.

bkn la nk banggakan polis kat sini. cuma, lbh suka dgn profesionalisme mereka. ada integriti

Deo berkata...

untuk mengurangkan kesesakan ketika road block, sila sediakan wang besar secukupnya.

ehemmm ehemmm...
cctv yang akan dipasang merata-rata nanti untuk pantau polis juga kan?

Lily Abdullah berkata...

Best la lagu tu Purp. Lama tak dengar.

Tok,
Terima kasih atas tip do n don't tu. Saya sedang belajar program tu. Tak pulak berhajat nak jadi pekerja taska. Kenapa la saya ambik program tu saya pun tak tau.

Saman - aku belum pernah kena sb tak pernah bawa sebarang kenderaan. Dimaki dan dihalau turun dari kenderaan yang membawa aku pernah la. Kan warga Malaya ni ramai yang prihatin OKU dan bersopan santun gitu.

A t i Q a h berkata...

sy rasa bukan polis aja ada target, pak guard di kampus ni pun ada target utk dicapai. gerammm!!

tok mau bukak taska kah?

musafir berkata...

Kan polis-polis tu masih sibuk cari penyebar DVD dan banyak lagi tugas-tugas lain. Kalau nak jimat masa capai target saman tu kena la road block tempat-tempat ramai orang.

Megat berkata...

Sudah lama rasanya tak kemari. Apa khabar tok rimau!?

Kena saman ker!?

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...