Isnin, Januari 28, 2008

KUNCI UNIVERSAL UNTUK PERODUA


"Aku tertinggal kunci dalam boot Z4," Vee mengeluh rungsing.

BMW Z4 bukan kereta sebarangan. Engkau tidak boleh panggil mekanik Ah Chong dan kopak begitu sahaja. Mahal tu.

Vee terpaksa zoom ke Kuala Lumpur untuk ambil kunci rizab dan bedesup semula ke Johor Bahru sebelum apa-apa terjadi kepada kereta itu. Z4 menarik perhatian walaupun di tempat letak kereta yang gelap.

"Ini pernah terjadi kepada aku," kata aku dalam cubaan mengendurkan suasana yang tegang dengan empati. "Aku ambil pelepah daun kelapa dan cucuk-cucuk celah pintu. Klak! Pintu tak terkunci lagi."

"Magik. Engkau pakai kereta apa?"

"Kancil." aku tersengih.

Vee tidak ada mood mahu ketawa.

11 ulasan:

dugongsenyum berkata...

Tu sebab aku tak suka pakai Z4, bila hilang kunci leceh. Hehe

Amyz! berkata...

Nasib baik tak kena ketuk dengan kunci kereta.. :-p

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

nasib baik gua jalan kaki,abis kuat pun tersepak kunci khazanah..

Azhar Ahmad berkata...

Ahahahahah, mahal juga kos untuk BMW ni... nak ambik kunci spare pun kena g kl... Heshhhhh

rasso berkata...

tu lah pasal Z4 terlalu ayu...
gua lagi sayang basikal wa...
dulu ada awek jatuh chenta kat wa sebab basikal merah wa yang hampir-hampir jadi pink...

sekarang sebab kuncilah juga... basikal wa hilang... awek pun sudah tak jatuh chenta....

Tok Rimau berkata...

Dugong,
Pakai kereta proton, siapa ada pembaris plastik pasti boleh buka.

Amyz,
Dia nak ketuk dgn kunci kereta tapi kunci kereta dlm boot.

Pipi,
"kau kunci cinta ku di dalam hati mu" - Ramlah ram

Azhar,
Ada kawan aku, motor dia boleh di start dgn duit 20 sen.

Rasso,
Naik basikal kena pakai seluar spandex. Awek suka tengok tu.

elmi berkata...

Kita beli kereta utk menyenangkan kita bukan utk menyusahkan kita.

A t i Q a h berkata...

nashib badan...makin mahal kereta, makin susah nak jaga ya?

Shai Arif berkata...

miahahaha.... nasib baik tak kena tendang... kekeke.... betul-betul mengendurkan keadaan....

hakim dirani berkata...

Ha, ha, memang patut pun dia tak ketawa, kalau ketawa memang hebat lah.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Itu satu penghargaan buat Kancil, atau apa tok?

Hehehe!

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...