"Apa yang paling menakutkan kamu?" tanya satu soalan dalam sebuah kajian ilmiah.
Dapatan kajian itu menunjukkan berucap di depan khalayak di tangga pertama. Dan ini diikuti oleh menghadapi maut.
Ini bermakna orang lebih rela mati dari berucap di depan khalayak.
..................
Tarik nafas dan sebut: Host, Hose, Horse, House - of course, of course.
..................
Aku sudah angkat tangan kanan secara sukarela menjadi hos anda malam ini untuk Maskara 6. Aku mesti buat kerja rumah agar kalian tidak menyaksikan acara bunuh diri atau harakiri atau kamikaze, secara langsung oleh aku.
...............................
Berikut adalah senarai mereka yang akan naik pentas:
NURAS
NURAS: two brothers called Mie nuras a.k.a Nur Azmi (cartoonist,painter,writter and illustrator) and Asmawi Mohter. NURAS first Demo Repacked "Songs From The River Banks". (link)
ZAKI ZAINOL
a.k.a Kangaq. Penulis Fantasi. Siri Takluk Jagat. (link)
SUFIAN ABAS
Penulis. Jurugambar. Penerbit Neohikayat. Wilayah Kutu. Short: My Chicken Story. Makalah Elarti. Buku terbaru Kasut Biru Rubina: Koleksi Fiksyen Pop Untuk Jiwa2 Hadhari. (link)
DEAN SHAM
Cubaan Berani Mati Jenaka Berdiri. Majoring in minor things. Ahak! Pembikin filem pendek. Pengarah Kiri (BMW 2007 Shorties Honorable Mention) dan Bumbung Aku Lantai Orang. (link)
ALIFF FIRDAUS & ISMAIL
Novelis, kartunis dan ahli silap mata. Buku Aliff: Orang Kuat, Untuk Syampoo, Bergaduh & Menari, Rahsia Firdaus, Hantu Silap Mata, (link)
PIPIYAPONG
Asal Kuala Lipis, Penulis Zine Hilang Punca, Pemuzik, Mekanik. Terlibat dlam projek buku Goblog. Bassist Band Modern Rock: Fury. Get ready to rumbleeee! ( link )
KOMIKOO
Kumpulan komik aura tersendiri. Komikoo juga berbeza kerana kartunis diberikan hak ke atas semua karya mereka yang diterbitkan. ( link )
ELIZABETH JOTHI & SHASI REKHA
Bacaan puisi epik mahabharata dalam bahasa Tamil. Penterjemah bahasa isyarat. Kroni cap ayam. (Tak ada link)
OPEN MIC SESSION
Korang la, apa lagi. Tengok gugup tak gugup. Mengeletar ke tidak. Berdiri bulu ketiak ke tidak. Keluar peluh jantan ke tidak. Gua cabar lu!
......
P.S.
Nanti aku tambah maklumat lagi jika ada perkhabaran dari burung hud-hud.
Selasa, Januari 29, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
18 ulasan:
Tok,
aku tanpa segan silu mengaku memang takut tahap cipan naik ke pentas kerana zaman anak-anakku di luar pentas pun aku sering diejek-ejek. Itu cerita dulu-dulu tok. Sekarang jika ada penaja aku ingin ke pentas lagi dengan caraku - ya -caraku memang berbeza.
Kirim salam sama iti pipi. Ehhh, pipi itu juga menulis dalam Goblog...
yatta!! saya dah jumpa cara mau ke planet pena..hoho
ish lu buat gua makin berdebor le tok..
dvd2 lu gua cop dulu boleh..
saya suke public speaking, its something im good at. *^^* mati. hm. saya rase saya paling takut neraka, hukuman Allah SWT. sbb mcm mane negotiate pun mmg takkan dpt lari, kan?
im just nervous... tapi rasanya lepas 2-3 kali buat ok dah kot...
Lily,
Gigil tetap gigil. The show must go on!
Azhar,
Pipi yang Goblog tu. Ya. ha ha ha. Lain macam pulak bunyinya.
Atiqah,
Jumpa di sana di Planet Pena. Jangan lupa bawa duit untuk beli buku.
Pipi,
DVD gua rizab untuk lu. Dan Azhar kirim salam sayang kat lu. Ahak!
Max,
Betul! Tok percaya kepada neraka jahanam. Itu pasal Tok kurang nakal.
Sha,
Are readyyyyyyyyyyyyyyyy? Are you ready to rumblllllllllllllllle? Mmm Tok akan jadi hos bukan macam Aznil tapi macam hos wrestling.
gua tengah cari capel cun untuk bersama wa malam itu.. hahaha....
Rasso,
Lu ingat ini pesta tari menari ke?
Tok. Bawak zine boleh ka? kena buat surat permohonan ka? Zine saya tak lepas KDN la Tok. lucah pulak tu.
Kalau gwa dapat pelepasan, gwa turun beb. Huhuhu... Takut gwa kena tambat je.
untuk info hos anda malam ini,
Shashi Rekha, 29, merupakan generasi ketiga daripada keluarga yang berasal daripada Kerala, India. Shashi adalah penggemar muzik. Shashi merupakan graduan dalam bidang kerja sosial.
Elizabeth Jothi, 21, adalah generasi kedua daripada keluarga yang berhijrah daripada Sri Lanka. Elizabeth juga penggemar muzik dan terlibat dalam kumpulan koir bahasa isyarat.
Mereka akan mempersembahkan Kanmani Anbodu, petikan daripada filem Guna yang dibintangi oleh idola mereka Kamal Hassan dan Jayanti.
a'kum, memang, dan sungguh-sungguh, saya melihat saudara sebagai blogger yang amat prolifik, erm, saya berfikir lama dulu kala menemukan blog saudara, betapa saya mahu juga jadi blogger seperti saudara.. Humor itu satu yang sukar untuk dibuat semua orang, tapi kamu bisa saja buat humor itu jadi sprt intelek.
Tok, malam itu nanti jangan salahkan KEKKWA saja jika jalan banyak tutup terutama hadapan Dataran.
Salahkan juga Kementerian Wilayah & DBKL kerana nanti ada sambutan Hari Wilayah selama 3 hari 2 malam.
Waterlily - one day lu baca entri kat rumah PENA hah! He he. Tak kira - wa paksa gak!
Yapong - jangan rasa berdebor - wa ada, wa boleh pegang tangan lu, "Pushhh! Pushhhh! Pussshhhh!" Ha ha.
Psssttttt! Samurai Darah Gemuruh tak dapat hadir, kena balik kampung, hantar bini berurut, ha ha (itu alasan dia laaa).
Icesoul,
Penulis buku bertanggungjawab atas kandungan mereka. Anda adalah apa yang anda tulis. Penganjur Maskara tidak menapis.
Ah Tok,
Kalau lu kena tambat bergari ke sofa rumah, lu bawak sekali sofa tu datang Planet Pena. Mesti!
Jumanji,
Gua pasti nombor telefon V.K. Linggam juga tiada dalam henpon mereka.
Faizal,
Damn! Jeans aku tertetas koyak bahagian punggung. Aku jadi incredible hulk bila dipuji. hi hi hi. (Intelek tak humor ni? Cam tak senonoh je.)
Honeybee,
Kuala Lumpur jahat. Tahu aje bila aku nak datang. Tiap kali tok datang je, pasti depa sibuk sekat jalan sana-sini. Nak sambut hari wilayah ke apa ke, tunggu la aku tak ada kat KL.
Naga,
Gua dah beli helmet untuk lu. Nanti gua pinjam helmet tu okay. Just in case, orang baling batu kat gua masa gua jadi hos.
akan nantikan humor tokr..
Catat Ulasan