Selasa, Januari 08, 2008

BUKAN LELAKI SUBPRIMA

Seel ternampak kami duduk di meja bahagian tepi kafe. Dia menghampiri meja kami.

"Kenapa duduk di sini?" tegur Seel. "Kenapa tidak di sana?" Seel menambah soalan sambil menunjukkan meja di depan gerai minuman.

Aku dan Deen memandang meja yang dikatakan itu. Ia laluan trafik. Meja itu amat strategik jika tujuan pengunjung datang ke kafe adalah untuk mencuci mata.

"Meja itu," jawab aku "adalah untuk mereka yang melihat orang."

"Meja ini," sambung Deen, "untuk mereka yang dilihat."

Aku dan Deen ketawa besar.

Dan seperti yang dijangka, orang melihat kami.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Wishlist hadiah harijadi aku: GADGETS & INNOVATIONS.

9 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Isk! Tak rimas ke jadi focal point!

Hehehe!

rasso berkata...

Hahaha...

aktiviti 'people watching' ni hanya baik dilakukan oleh teruna sunti macam saya... wkakaka

Tok Rimau berkata...

Black,
Tok tidak pandai menyanyi. Suara tok bukan halwa telinga. Tapi jadi Halwa Mata pun okay la. Eyecandy.

Rasso,
"Apa jeling-jeling, juling biji mata kang." Petikan Filem Azura.

A t i Q a h berkata...

agaknya dlm hati mereka..
"ada penyakit berjangkit gamaknya orang2 ni. sebab tu duduk di pinggiran.." huhuhu

Amyz! berkata...

Meja di hadapan gerai minuman itu kan, haaa.. meja favorite Lan Rasso tu.

Haha.

Tu sebab dia perasankan saya tadi. Haha.

Azhar Ahmad berkata...

Kami Gerilya Tanah Selatan memang suka mengadap ke arah kedai... Ya seperti puan Amyz katakan....

Tanpa Nama berkata...

Phuying pernah di pau di kedai itu. Masakan milo ais sampai RM3.80. ish, tak suke kedai ittewww!!

Lan,

Miss siluet blom bagi lagi baki pakcik air ittew.

Tok Rimau berkata...

Atiqah,
Mereka yang sakit. sakit hati tengok kami. Ha ha ha.

Amyz,
Kalau jalan depan kedai air tu jangan gabra. Control ayu anda. Catwalk sikit. Anda diperhatikan.

Azhar,
kau memerhatikan belakang pelanggan yang sedang buat order? Ha ha ha.

PY,
Sedekah je la atau Lain kali minum lagi dah pura-pura lupa bayar.

Haizir berkata...

Wah, tok punya wishlist memang mengancam. Ada jual kat Malaysia ke benda tu?

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...