Isnin, Januari 14, 2008

BERUS GIGI BERMOTOR

Pintu bilik air dibiarkan terbuka. Mereka sudah terbiasa begitu.

"Orang Malaysia dah sampai ke angkasa, you masih lagi pakai berus gigi manual," kata Mobius sambil menayangkan berus gigi elektriknya.

"Pagi-pagi lagi dah nak bagi lecture," kata Farah. "Cepat la gosok gigi tu. I pulak nak guna sinki."

Farah mengetatkan kembannya yang longgar.

Mobius mengetuk berus giginya di kepala pili.

"I tak boleh gosok gigi la. Bateri berus gigi I habis."

"Gross! Jangan cium I hari ni."

............

Dan kalian pun berfantasi. Yang bukan-bukan. Ha! Ha! Ha!

.................


Trivia:
"CHERITA PALING NAKAL DARIPADA SEGALA KENAKALAN YANG PERNAH DI-NAKAL-NAKALKAN"
Tagline untuk filem Tiga Abdul seperti yang tertulis atas poster filem itu.

14 ulasan:

Chech berkata...

The fantasy is what a civil servant needs on a Monday :D

Lily Abdullah berkata...

Tok,
Berus gigi bermotor....ya aku hanya berfantasi tentang berus gigi itu. Bukan yang lain-lain. Dan tiada yang lain-lain he..he..:D

dugongsenyum berkata...

pinjam berus gigi Nurul.

Tok Rimau berkata...

Chech,
I totally agree with you. The same goes for Tues, Wed, Thur and Fri.

Lily,
Bukan yang lain-lain. Tiada yang lain-lain. Melainkan yang lain-lain.

Dugong,
Pembetulan. Ralat. Farah namanya. Mobius kata, susah nak ingat nama girlfren yg ramai.

Yuck! Kongsi berus gigi.

Amyz! berkata...

Guna berus gigi manual tak perlu habis bateri. Tapi kena susah2 la menggosok.

Hmmmm...

rasso berkata...

Uhuhu....
Tu lah.... orang dah pakai berus gigi solar... hahahhaha!

blackpurple @ jowopinter berkata...

Bersih ke gosok gigi pakai berus gigi berbateri?

Azhar Ahmad berkata...

Biasalah Monday Blues... Saya tak pakai bermotor, tapu motor berberus gigi... AHahahha

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

nasib baik gua pakai berus gigi semi auto..orang beruskan..

jagoan berkata...

berus gg elektrik mahal!

A t i Q a h berkata...

Mobius pergi kerja x berus gigi?eeeeee...

Faisal Nordin berkata...

Mobius patut guna berus gigi nanotech. letak saja dalam mulut dan ia akan tolong beruskan hingga ke ruang antara gigi.

Tok Rimau berkata...

Amyz,
Hantar sms by hand tak habis bateri. Tapi kena susah-susah berjalan jauh.

Rasso,
Berus gigi solar tak boleh menggosok waktu malam.

Black,
Bersih! Butang penalaan boleh set kepada Slow, Fast, Superfast.

Azhar,
Aku nampak kau menunggang motor berberus gigi menuju ke kafe.

Pipi,
Lepas makan, jgn lupa berus gigi. Itu pun kalau tukang berus tu ada la.

Ah Tok,
Tak mahal. Berus gigi Osim elektrik dapat free setelah berbelanja RM4K sebulan selama setahun dgn mastercard.

Atiqah,
Mobius tak perlu cium sesiapa di tempat kerja.

Icesoul,
Apa susah-susah, cuci je gigi dengan nasi lemak sarapan pagi.

spyz berkata...

bateri habis?

kemban longgar?

cium??

errr.. berus gigi tu 'bergetar' kan?

ha ha..

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...