Selasa, Januari 15, 2008

JIKA ENGKAU TERPUKAU PANDANGLAH KE LAIN


Awas Spoiler!
...........

Aku memang suka filem Mamat Khalid. Aku harap kalian sokong dia. Tengok filem dia agar dia boleh terus bikin genre filem Mamatism Khalidism. Filem terbarunya adalah Kala Malam Bulan Mengambang.

Aku belum berkesempatan masuk panggung lagi, jadi aku tanya Mobius. Dia dah tonton malam minggu lepas. Oleh itu, hari ini aku nak mengulas sebuah filem noir yang belum pernah aku tonton berdasarkan cerita dari Mobius.

Kala Malam Bulan Mengambang menyingkap semangat Melayu yang cenderung makan gaji. Sebulan sekali baru dapat gaji. Macam bulan yang mengambang sekali sebulan. Kualiti ISO macam mana pun kerja watak wartawan dalam filem ini, tetap dia mengharapkan berkerja bawah orang lain. Makan gaji sebulan sekali. Bonus setahun sekali.

Apakah signifikannya keris tujuh inci dalam filem ini dari sudut semiotik. Keris itu bertukar tangan ahli sihir kepada wartawan kepada harimau jadian kepada Doktor Rushdi. Keris itu adalah UMNO. UMNO dalam pimpinan orang baik, jadilah dia sesuatu yang baik. Dalam pimpinan orang jahat, jadilah dia sesuatu yang jahat.

Watak antagonis dalam filem ini adalah golongan komunis berbahasa Jerman. Sinis sekali Mamat Khalid menempelak orang kita yang mengagungkan produk Jerman. Contohnya, kita lihat ramai gadis-gadis suka pemandu kereta BMW (dan Mercedes). Pemandu kereta BMW (dan penumpangnya) juga suka dilihat dengan kereta seksinya. Kereta Kancil? Tiada siapa yang mahu lihat.

Watak wartawan protagonis naskah filem ini telah jatuh cinta dengan seorang (seekor?)pontianak. Ini merupakan dekonstruksi kepada taksubnya masyarakat kepada kecantikan yang berkala-kala. Bila memikat dia cantik dan bila mahu cekik, dia hodoh macam neraka. Tetapi pontianak ini pontianak baik. Dia cintakan pengamal media, wartawan. Kesimpulannya, tidak semua hantu itu jahat. Bukanlah masalah moral yang besar bercinta dengan hantu.

Abang kepada pontianak adalah seekor (seorang?) harimau jadian. Mungkin abang angkat kot. Mana mungkin harimau adik beradik dengan pontianak. Lain species. Apa yang Mamat Khalid mahu kupas di sini adalah peri pentingnya membaca blog Tok Rimau untuk mendapat maklumat terkini tentang kehidupan yang penuh pancaroba. Sesuai untuk lebai yang bukan lebai. Humornya segar seperti ikan yang masih dalam bot nelayan baru sampai darat. Tidak hanyir.

Sungguh ganjil Mobius menganalisa lapisan-lapisan makna kritikan sosial wacana Kala Malam Bulan Mengambang.

Aku tanya Mobius, "Kenapa ulasan dan cerita engkau tentang Kala Malam Bulan Mengambang ini unik? Lain dari ulasan blogger wayang lain dan juga ulasan dari surat khabar."

Mobius jawab, "Aku sebenarnya tak boleh fokus sangat kat panggung wayang tu. Aircond wayang itu sejuk sangat. Aku sibuk memanaskan awek aku. Awek aku sibuk memanaskan aku. Hi! Hi! Hi!"

Kurang asam! Mobius ini bukan boleh diharap sangat. Ini macam terpaksalah kita pergi panggung dan tonton sendiri Kala Malam Bulan Mengambang. Jom! (Tapi jangan ajak awek kalian.)


ORANG LAIN YANG MABUKKAN MAMAT KHALID. ORANG MELAYU KALAU MABUK MEMANG BURUK!




14 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Cisss tok, pi tgk tatkala malam bulan mengambang, tak ajak urang....

Lily Abdullah berkata...

Tok,
Mobius menonton pelem sambil melakonkan pelemnya sendiri ya. Dia lagi hebat dari Mamat Khalid. Dia pengarah,pelakun,penulis lakon layar...Filem Mobius ada skri[p tak? Kalau ada pun....tok rimau buat berfantasi yang bukan2 lagi.LOL

fadz berkata...

ya, aku dah agak orang akan tulis tentang kenegaraan fasal tu aku saja tak letak, hehehe.. anw, yeap, itu yg aku dapat baca dari segi kenegaraan (patriotisme dan hubung kaitnya)..

fadz berkata...

apa-apa pun, menarik seh.. ko mmg bagus..!

u l t r a b a e berkata...

arrgghh..tringin sesangat nak tengok cite nih..but what to do..daerah kulai nak wat MSSD awal which means training rumah sukan awal which means i'm not free in the evening n malam2 tido awal..

tidak!!! mamat khalid i love u!!!

abdullahjones berkata...

ya tuan-tuan, apabila tidak mahu mengarah filim sendiri, adalah lebih baik kita mengulas filim orang.

ayobkelubi berkata...

aduh tok,bunyinya macam tok yang pergi tengok filem tu kat panggung lepas tu soh mobius ulas depan tok sambil tok tulis ala-ala macam wartawan dalam filem tu lah... :)

Tok Rimau berkata...

Azhar,
Kamu suka sangat speed reading entri aku. Kalau aku pergi, memang aku ajak engkau. Kalau tidak, siapa nak bayarkan tiket?

Lily,
Ini bukan fantasi yang bukan-bukan.

Fadz,
Dlm banyak masa, Penonton pentafsir naskah mengikut pandangan sendiri. Bukan pandangan pengarah.

Kau memang pandai. Aku mmg memancing pujian dari engkau.

Bae,
Takkan la hari minggu pun you kerja. Patut la Mobius keluar dgn awek lain.

Jones,
Gua mengulas ulasan orang.

Ayob,
Aku nak ikut Mobius tapi, Mobius tak bagi. Kacau daun katanya.

DeanSham berkata...

saya tetap mengagungkan BMW hahahah!

babe magnet tuh!!!!!!!

Hahahahaha!!!!

Tok Rimau berkata...

Dean,
I am too sexy for my car...
That's why I tumpang your car. Ha ha ha.

Samurai berkata...

Masa tonton filem ni, 4 org duduk belakang kerusi aku jenis suka mengulas semasa menonton.

"Eh..tayar bocor."
"Ada keris."
"Jongkidin!"

Filem kita selalunya tak ramai penonton. Dapat jugak aku tukar kerusi lain.

Pa'chik berkata...

yang mabuk ngan mamat khalid ada sorang lagi.. kat sini!!

rasso berkata...

Kuar ngan awek!

ha ha ha... nasib tak jadi pergi...
tapi why not kan?

lebih fokus lepas nie...

p.s. Mencari burung wak wak!

Amyz! berkata...

Rasa macam nak tengok lagi sekali. Ada scene saya missed, sebab pergi toilet. Duh! Wayang sejuk sangat..

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...