Rabu, Mac 26, 2008

KEJUTAN DEMI KEJUTAN

Tahun lepas, aku amat benci kepada iklan kopi Lasinda yang menaja Akademi Fantasia. Tidak disangka-sangka tahun ini ada iklan yang lebih bangsat. Iklan Mayfirst yang menaja Akademi Fantasia. Dah sebulan dia menceroboh ruang udara aku, masih aku tidak tahu apa yang dia jual sebenarnya.

Inilah kejutan terbesar dalam Akademi Fantasia 6.

Dalam iklan Mayfirst, AC Mizal dan Jalaluddin Hassan menumbuk angin di atas pentas sambil menerajui ribuan pengikut untuk menyanyikan lagu motivasi. Motivasi apa entah. Tidak jelas liriknya. Sekali pandang macam himpunan pengikut cult kerajaan langit sedang bermantra.

Nasib baik ada Lufya dalam Akademi Fantasia, terubat juga sakit mata aku setelah disembur oleh iklan Mayfirst.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Rejim baru Geng Jurnal menurunkan harga barang.

17 ulasan:

Max J. Potter berkata...

i dont really like iklan lasindah tu jugak..tak inviting pun.. and then cerita AF6 ni..ish, why do they keep on holding such shows, tak mendidik masyarakat pun.

i'd never been a supporter of AF, i dont see why i should, but they keep on showing the same thing; talentless group of people who aren't even capable of being a good person, let alone a role model.

i just hope things would change for the best. and AF isn't in it.

azie berkata...

tok,
iklan mayfirst tu buat saya rase nak dtg depan muka dua2 model n bagi penumbuk sorang sebijik,haha.

Tok Rimau berkata...

Dari meja presiden kepada Lufya Fan Club:


Lufya,
Hannah cemburukan kita. Jangan layan Dia. You nyanyi betul-betul okay.

Lufya,
Azie tu juara tinju. You jangan dekat dengan dia. Nanti patah pula hidung mancung you ditumbuk.

Azhar Ahmad berkata...

Rasanya, takde pong eklan MayFirst tuh kat Era.fm

rasso berkata...

azie,

behave sikit... nanti i tak sayang u... iskkk... baru rujuk semalam... ni nak tumbuk orang plak... ikhsss2...

Yana Ismail berkata...

Nak join cik azie tumbuk bleh tak?hihi. Napela AC yg jadi host, pakai baju pink la tu. Tok tak mau jadi host ke?Chewah2. minat Lufya ek, ni yang kna tgk dia nyanyi sedap ke tak ni.

azie berkata...

owh rasso,
maafkan i..i janji tak tumbuk sape2
lagi..

Tiesha Chan berkata...

hye tok..
ct chan here..
hurm..
best sgt ke AF tok? n sapakah Lufya itu? gadiskah? atau sama jantina seperti tok juge?

tasekM berkata...

tok, peserta paling muda rina tak minat ker?

Tok Rimau berkata...

Lufya,
Azhar tidak ada Astro TV kat rumah. Kasihan dia tidak dapat tonton you perform.

Lufya,
Rasso dan Azie bergaduh. Biarkan. yang penting kita berdua damai.

Lufya,
Arelang CT tidak kenal you. Tidak apa. yang penting I kenal.

Lufya,
Tasik merah tu peminat Rina. Ada ke dia suruh I afundi Rina. I dah beli banyak topap nak undi u seorang sahaja.

cik puan daun berkata...

aku tak pasti nak sokong sapa.. tapi tok agaknya dah terkena gelek saktik si lufya tuuu.. ahahaha..

Tok.. kalau tok pernah join cult MLM.. mmg mcm tu laaa rutinnyaa.. ahaha

el-Maaniq berkata...

Confirm Lufya takkan juara! Entah-entah hujung minggu ni Lufya akan terkeluar.

Sebabnya? Sebab Tok Rimau sokong dia (sokong aja tapi tak SMS puuunn). Apa saja yang Tok Rimau sokong mesti kalah. Begitulah selalunya.

tasekM berkata...

tok, kalau lutfya kluar minggu ni satu jer conclusionnya.. tok sebenarnya sengkek.. huhu...

Max J. Potter berkata...

eh...? kena tuduh cemburu pulak.

Tok Rimau berkata...

Lufya,
Cik daun kata gelek you sakti. Sebenarnya, Cikgu Linda lagi power. Tapi tak pe. You masih muda.

Lufya,
Elmaniq dan tasik predict you cepat keluar. I suka you cepat keluar. I pun rindu sangat nak jumpa you. Ahak! Orang JB mesti sokong orang JB.

Tiesha Chan berkata...

Lufya,
u better jgn kuar cpt.. Tok itu menakutkan... cpt2lah lari jika dia dtg mendekatimu..

Deo berkata...

mayfirst tu jual apa ye? tapi aku suka lasinda tu... "HAAAA???? APEEEE????? LASINDA LA CAFE LASINDA.... KUAT LAAA PULLOKKKK!!!" Hahahahaha

Tapi tak pernah pun minum Lasinda Cafe sebab macam tak confident je hero dia punya kekuatan.

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...