Selasa, Mac 18, 2008

HANYA DI RADIO

Lampu trafik merah. Aku tekan brek. Kemudian aku menyanyikan lagu keroncong Bengawan Solo bagi membuang bosan menunggu lampu untuk hijau.

Bengawan Solo
Riwayatmu ini
Sedari dulu jadi...
Perhatian insani

"Bang! Buka radio bang," kata gadis manis.

Apabila aku mula menyanyi sahaja, mesti penumpang mahukan radio. Tidak hormat langsung pada bakat dan kesungguhan aku.

"Radio rosak. Masuk virus kot. Tak pun kerasukan," kata aku.

Dia memuncung. Boleh sidai baju atas muncungnya. Barangkali. Seeloknya aku kucup sahaja muncung itu tetapi malu ah dengan penumpang-penumpang bas Transit Link yang berhenti di sebelah kereta aku. Justeru, aku tidak buat perkara yang seeloknya itu.

"Tak percaya? Dengar ni," aku tekan punat menghidupkan radio kereta.

Bunyi radio meloncat-loncat dari stesen ke stesen. Tidak mahu duduk diam.


94.6 Lite FM

To all the girls I've loved before
Who travelled in and out my door (Willie Nelson)

88.9 BBC

...Chinese Premier Wen Jiabao says exiled Tibetan leader, the Dalai Lama, organised recent unrest in Lhasa...

90.1 Hot FM

Kamu ketahuan pacaran lagi
Dengan dirinya, teman baikku (Matta)

87.8 ERA

Kini anda boleh mengetahui lokasi Skuad ERA Avanza ... (Iklan. Biasa la ERA.)

"Ya lah bang. Saya percaya," kata dia mengaku kalah. Dia tekan punat mematikan radio.

Aku tersenyum dan berdendang semula.

Musim kemarau, tak seberapa airmu ...
Di musim hujan air meluap sampai jauh...

20 ulasan:

sinaganaga berkata...

Dollah Jones kata kereta kau besar macam bas mini!

Unknown berkata...

jln-jln. nice blog. u singer ke?

Tok Rimau berkata...

Naga,
Aku buat part time hantar budak gi sekolah dan minah gi kilang. Kereta mesti besar.

AE,
Camna u tahu I singer? I part time nyanyi kelab malam dangdut. Kumpul duit untuk Umrah.

Amyz! berkata...

Nyanyi lagu Ebiet G la Tok.. Baru kewl~

Lily Abdullah berkata...

Tok,
Aku mau dengar tok nyanyi lagu Padi. Best wooo. Tok lelaki urban nan kacak. Apa barang nyanyi dangdut..

ps: apasal aku suka lagu Indonesia...yang pasti best bangat.

goJiRa berkata...

patot le petang 18hb johor bahru dilanda hujan pantas....

ponek den pakai baju hujan...

Yana Ismail berkata...

Tok,
nak dengar tok nyanyi lagu Gil, it's your love bley?hehe.bestla lagu tu.=)

A t i Q a h berkata...

hoho..tok ni Jawa eh?

Tanpa Nama berkata...

He he.

azie berkata...

selera tok macam selera i..lagu2 oldies,hahaha..but i look youngerlah than u..

Amiene Rev berkata...

Tok Rimau kalau menyanyi lagu-lagu Bob Marley, tentu sesuai dengan keadaan di negara kita, ketika ini.

:)

Mutawwifah Maisarah berkata...

agaknya berdiri bulu tengkuk dia dgr tok nyanyi. haha.

tok kena tag ok.

leez berkata...

ya, lampu trafik(merah) kat M'sia lama, boleh habis satu lagu keroncong.

..hanya di radio ku mendengar suara mu, dgn setiap kata ku menghayatinya..KepalaAngin

jiGOMorrison berkata...

Heii, berapa kali orang nak kena ingatkan kau, suara kau tak sedap!! Dan, kau nyanyi lari tune.

. berkata...

masa tu..

hujan tak?

Tok Rimau berkata...

Amyz,
Tunggu. Nanti kalau kita berdua dalam kereta, Tok nyanyi lagu Rindu Kehadiran Mu O.A. Ebiet.

Lily,
Pilihan lagu Tok adalah global.

Gojira,
Sebenar Tok sedang training jadi bomoh hujan.

Princess,
Nanti kita nyanyi bersama.

Atiqah,
Tok mixed blood. Jawa + Banjar.

Azzam,
Hu Hu.

Azie,
Yes. You look younger. Macam budak-budak.

Amiene,
Mesti pekena ganja baru boleh raggae.

Mango,
Bukan bulu tengkuk je berdiri. Bulu ketiak pun meremang.

Leez,
Tok memang minat Headwind.

Jigo,
Aku nyanyi dah betul lirik. Muzik yang tak pandai ikut aku.

Neezie,
Hujan panas renyai-renyai. Ada orang nak mati tu.

Unknown berkata...

boleh meh, part time dangdut? u full-time ape?

Tok Rimau berkata...

Full time Blogger.

Tanpa Nama berkata...

malang betul itu gadis...haha

ButterFly berkata...

Shut up and drive.

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...