"Apa yang emak cakap ni?" sahut aku yang sedang melayan Astro Awani.
"Ini hah. Surat khabar ni tulis, "Menteri Penerangan mahu jumpa blogger."
::
......................
Shabery Cheek mahu jumpa penulis blog
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek akan mengadakan pertemuan dengan penulis blog dalam tempoh terdekat bagi mendengar pandangan dan persepsi mereka mengenai pelbagai isu semasa...
(Berita Harian, 22 Mac 2008)
...........
Kalau mahu tahu pandangan dan persepsi penulis blog, bacalah blog mereka. Jika tidak jelas, tanya soalan lanjut dalam ruang komen. Pak Menteri kena savvy. Tak gitu?
Pak Menteri Mahu panggil mereka bercakap, tidak semua pandai bercakap depan mikrofon. Gugup. Mereka bukannya menteri yang pandai bercakap. Tak gitu?
Dulu, BN berkempen agar rakyat tidak membaca blog. Polisi propaganda dulu melabel penulis blog ini penipu, penghasut dan penabur fitnah. Selepas piliharaya 2008, BN tersedar bahawa rakyat tidak percayakan mereka lagi. Rakyat terus membaca blog. Tak gitu?
Maaf Pak Menteri jika saya berbunyi sinis. Inilah masa untuk saya pulang paku buah keras setelah bertahun-tahun di pandang serong oleh pihak kementerian. Tak gitu?
Syukorlah Pak Menteri telah sedar bahawa blog ini bukan medium picisan. Pun begitu, berhenti di takat blog sahaja adalah rabun jauh bagi pihak kementerian. Pak Menteri perlu memahami keseluruhan Web 2.0 itu sendiri. Pak Menteri mesti mahu RTM dan Jabatan Penerangan sentiasa terkehadapan dalam psy-war. Tak gitu?
Web 2.0 is a trend in World Wide Web technology, and web design, a second generation of web-based communities and hosted services such as social-networking sites, wikis, blogs, and folksonomies, which aim to facilitate creativity, information sharing, collaboration, and sharing among users.
Pak Menteri kena faham kuasa Youtube, Friendster, Facebook, Myspace, Web Forum, mailinglist dan seumpamanya. Google kata kunci "Web 2.0, " pastinya Pak Menteri akan dapat banyak maklumat yang boleh memberi penerangan kepada kementerian penerangan yang kegelapan terhadap kuasa Internet. Tak gitu?
Pun begitu, saya ingin mencadangan cara untuk Pak Menteri memahami penulis blog. Kementerian perlu menganjurkan:
1. Persidangan Blogger - Jemput pemain-pemain penting dari blogsphere untuk berucap. Bukan blogger politik sahaja (saya tahu menteri tahu url mereka semua), jemput juga blogger pendidikan, sastera, hiburan, dan lain-lain. Rujuk juga senarai pemenang-pemenang anugerah blog terbaik Geng Jurnal untuk tahu siapa adalah siapa. Dan bila penulis blog ini berucap, suruh orang kementerian dengar dan belajar. Kita bertukar-tukar pendapat secara ilmiah dan objektif. Tak gitu?
2. Anugerah Blog - Kementerian boleh habiskan wang untuk anugerah mengarut seri itu-ini, maka tibalah masanya untuk anugerah untuk penulis blog. Bagi kami anugerah kerana kami pandai mengarut? Ha ha ha ha! Bukan begitu. Anugerah seperti ini menunjukkan keikhlasan Kementerian menghargai blog yang menyumbang kepada pembangunan aktivis media akar umbi yang bebas lagi non-partisan. Cover la sikit motif politik kementerian. Tak gitu?
Saya sebenarnya banyak idea lagi tetapi saya masih meragui keikhlasan pihak kementerian. Al maklumlah, orang politik, cakapnya mestilah bermotifkan politik. Tak gitu?
::
Aku bangun dan berjalan ke gerobok. Aku buka gerobok. Jari telunjuk aku mengetuk dagu. Berfikir.
"Apa kau buat buka gerobok abah engkau tu?" tanya emak.
"Orang nak cari baju batik abah. Nanti kat angkasapuri masuk TV. Orang nampak hensem sikit," balas aku. "Dan penonton akan kata, anak siapa yang hensem tu?"
"Ye la tu. Jangan kembor gerobok tu. Mak baru je lipat kain."
ISU YANG SAMA
Siasah daily
Rocky Bru
Maria Samad
Tarmizi Mohd jam
Chan Lilian
Iskandar Zulkarnain
Roslan SMS
.........................
IKLAN:
Tok Rimau akan buat persembahan di:
Konsert KAMI TAK LALAI
11 Pagi:: 29 Mac 2008
Plaza Larkin, Johor Bahru
Masuk PERCUMA. Maklumat Lanjut>>
15 ulasan:
Yes!! aku setuju dengan pandangan tok. Aku pun lagi-lagi la tidak bercakap.
huhu. btol cakap tok tu. memang patut ada anugerah untuk bloggers. Bukan tulis sebarangan. Semuanya informational. hihi.
Selain pakai baju batik, pakai coat pun ok apa. Nampak lagi handsome and smart=).hihi. Sure semua menteri tu tergamam tgk tok.
~ngeeeeee~
tok pakai macam slalu pon dah kacak pe..takut they all tak dgr ckp tok, asik tgk baju liplap2 tok je...
awal-awal nie semangat lah.... dulu PM sendiri tentang... hahaha...
Wahahahahha, kita unggu dan lihat tok... Akankah terlaksana. Mana tahu, dengan buat blog, dapat subsidi baja ke hapa. Ahahahha, subisid sungguh...
Hahaha, yalah, kalau cakap kat Pak Menteri apa yang saya tulis kat blog, gerenti masuk ISA terus.
Tks for the link. (lilian aka 5xmom)
Hati2 melipat kain. Orang sekarang pandai 'menyelak' kain orang lain. Heh.
kopiah dorang bagi pakai tak? dulu tak bagi...
P/s: kopia tu bukan simbol mana2 pati, cuma nak cover kepala yg bersinar-sinar
Haha
'kembor', dah lama sungguh aku tak dengor pekataan ni..
p/s 'gobok' lah..
Lily,
Komunikasi itu lebih dari tutur kata-kata.
Husni,
Propaganda mereka yang outdated. Tidak berjaya berlari selari pemikiran rakyat.
Princess,
Aku bagai manequin di depan kaca kedai. Pakai apa pun cantik.
Azie,
Kau memang Jauhari. Aku pula manikam. Jauhari sahaja mengenal manikam.
Rasso,
Dulu lain. Sekarang lain. Jangan tidur untuk saya. Tidurlah bersama saya.
Azhar,
Mungkin blogger dapat tender kemaskini kandungan laman kerajaan.
5xmom,
Mungkin di perjumpaan diangkasapuri nanti, yang menyambut adalah Black Maria.
Azzam,
Tidak kisah jaga tepi kain selebriti.
Dugong,
Cheh! Aku hantar nama kau dulu ke Bukit Aman.
Spyz,
Jangan kembor gebar tu. Lipat simpan bawah kaus.
Gitu tok.
maknanya gathering lain kali bole la buat kat tempat grand2 macam PWTC ka, putrajaya ka?
Orang tu hayun keris, blogger hayun apa? keybod n mouse mungkin? tak gitu?
p/s: Tok, gimana mau kontek? Tentang novela grafikus tu.
woi apa barang pakai baju batik..
Ice,
Gathering GJ akan dibuat di angkasapuri. Siaran langsung. Siti n Mawi akan buat persembahan.
Nanti Tok datang KL. Tok contact. Kita bincang pasal Grafik Novel tu. Tok akan bawa samples.
Pipi,
Batik abah aku ada motif bunga labu, skulls and guns.
After all,Shabery should look into this matter from the bloggers perspectives. It is good to have such a so called scholarly "bloggers conference". From here, government can improve their communication with grassroot bloggers from all area of rakyat's interest such what was mentioned by our fellow Tok Rimau...
hihi.Princess tahu tu. Pakai apa pun cantik:)
Catat Ulasan