Blog hibudidik (edutainment) ini mahu mengajar kalian satu petua meningkatkan hits blog secara keji. Buat ayat dari 10 perkataan yang tersenarai seperti di bawah.
Jawatan kosong
Lebih ramai orang dapat kerja melalui kenalan berbanding dari iklan jawatan kosong di akhbar.
Resepi
Mak aku suka menyalin resepi dalam buku catatan dalam tulisan jawi.
Akademi Fantasia
Lufya dari akademi fantasia boleh memulihkan imejnya yang tercemar lewat insiden ketiak basah dengan cara menjadi model untuk produk deodoran.
Mat Rempit
Penunggang-penunggang basikal nyamuk adalah mat rempit masa hadapan.
Cuti-cuti Malaysia
Aku suka bawa minah aku cuti-cuti malaysia di pulau-pulau kecil kerana di sana tiada pusat membeli belah.
Kamus
Tag boleh diterjemahkan ke perkataan 'sep' tetapi perkataan itu tiada dalam kamus hijau.
Lagu
Apa pun lagu yang aku nyanyikan, orang akan ketawa.
Lirik
Hampir semua lirik lagu berkisah tentang cinta.
Portal Pendidikan
Portal pendidikan mestilah memberi petua kepada pelayar untuk mendidik diri sendiri.
Cerita
Masalah filem Malaysia bukanlah tentang cerita tetapi tentang penceritaan.
............
Menurut laporan Google yang dikeluarkan pada Januari 2008, perkataan-perkataan yang ditonjolkan di atas adalah perkataan Melayu yang sering digoogle pada 2007. Sekian.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Cerita Hindustan di sebalik perkataan Inggeris/Melayu
The Star-Popular Readers Choice Awards 2008.
Rabu, Mei 28, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
19 ulasan:
perkataan yg tok sering google pulak ape dia?
hmm..idea yg bernas tu tok. tak sia² tok makan nasi keluaran bernas.hehe..
hahaha... fetish ke arah hit sekarang nampaknya...
bukan ke 'awek bertudung' hits terbaru dari Malaysia. Sekarang ramai lelaki Melayu cari calon isteri pakai tudung melalui Google. :D
Ya.
Memang keji.
Hits-whore.
Ha ha..
Famia,
Senarai top queries Tok last year.
1. gtalk
2. link:http://tokrimau.blogspot.com/
3. gmail
4. berita harian
5. youtube
6. trailers
7. sinaganaga
8. gazelle
9. faustian hero
10. daratt
Penyu,
Tok makan kismis 3 biji selepas makan.
Rasso,
X ada la gila hits sangat. Tok mengajar ni. Jiwa tok pendidik.
Wes,
Wes mangan? Perempuan pula google "lelaki botak yang menulis blook." Ish.
Spyz,
Bahasa melayunya "jalang pukulan." Boleh gitu?
Orang yang google horoskop, anuar zain selalu ke blog saya. Saya harap mereka maafkan saya kerana tidak jumpa apa yang mereka cari..
nampaknya jawatan kosong setiap tahun jadi pilihan ya tok... hehe
tok..gua googlekan perkataan lain tadi..
tapi tetap..
gua sampai ke page nih..
apa cerita??
Dude... way too deep for me man...
eerrr tok, bukan ke perkataan lain seperti bogel, s3x, vcd lucah juga popular di google pada masa kini?
ha ha ha
Amyz,
Anuar Zain ke blog anda? Lelaki Itu stalker kot.
Dan,
Bersahabat dengan Jawatan Kosong adalah resume dan borang permohonan kerja.
Garam,
Sebagai mahaguru, Tok tidak boleh cerita semua rahsia kepada engkau. nanti engkau lawan tauke.
Abdullah,
IIni semua perkara keji. Tidak sesuai untuk engkau yang suci. Sungguh.
Madu,
Zarina Ann tidak berparti dengan Tok.
Lepas nih kalau orang google Raja Lawak sebab mencari Nabil, mesti sampai ke blog Tok jugak, kan, kan ..
letak 'awek cun' jugak lah yang best...
Setuju, kebanyakan lirik lagu semuanya berunsurkan cinta..:p
Ada penulis lirik yg nak try buat lirik lain cikit?
Saya gugel "lipas mati" pun sampai ke blog tok jugak.
Cam mana ni? :)
tok,
kalau saya google [ . ] pun bleh sampai kat blog tok tau. hahaha fofular tuuuu
tok terlupa
3gp <-- antara keyword yg selalu sampai blog aku haha
Juna,
Tok ikut laporan Google.
Husni,
Pembetulan dah dibuat cikgu. saya padam papan hitam pulak.
Esis,
Apahal kau gi gugel [.] tu? Muskil.
Lily,
Maklumat Lipas Mati pun ada kat sini. Memang gedung informasi la blog ni.
Liyana,
Nanti tok tuliskan.
Ayares,
Awek cun. Balak hensem.
Deen,
Terer betul kau dgn dtrategi ni. Dah khatam dah.
Catat Ulasan