Engkau tahu tak? (Jangan jawab soalan ini. Ini soalan retorik.)
Matlamat gezek adalah menarik minat penonton untuk datang ke panggung dan membayar tiket.
Gezek yang baik menumpukan kepada tiga perkara utama.
Satu. Menyatakan narratif tayangan tanpa mendedahkan penyudah kepada cerita. Penonton akan datang untuk menikmati penceritaan dan penyudah kepada cerita.
Dua. Memaparkan wajah pemegang-pemegang peranan yang popular lagi glamer. Penonton yang meminati artis tertentu akan datang tanpa banyak soal.
Tiga. Menjelaskan genre (cintan/komedi/drama/aksi) cerita. Ini memudahkan pasangan yang bercinta memilih filem mana harus mereka tonton.
Untuk mencapai matlamatnya, gezek yang seminit memaparkan sedutan babak-babak menarik dari keseluruhan cerita 120 minit. Biasa kita dengar komen, gezek je lebih tetapi ceritanya mengecewakan. Biasalah. Masalah filem di Malaysia- gezek pun kurang, cerita sebenar apatah lagi.
Lagi. Engkau tahu tak? Blog hanya gezek kepada petualangan penulisnya.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Apa terjadi bila otak kiri dan kanan bertembung. Klik SINI.
Khamis, Mei 29, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
22 ulasan:
mana tok google kertas exam tu?
lawak siyot wakakaka
Saya hanya menulis. Dan, menghidangkannya kepada umum, kemudian. Untuk mempercayainya atau tidak mempercayainya (yakni, apa yang saya ceritakan) adalah tanggungjawab pembaca. Jadi, jika dikatakan blog adalah gezet daripada kehidupan sebenar penulis - saya serahkan persoalan ini juga kepada pembaca-pembaca budiman. *wink* Oh, sebelum terlupa, saya bukan Tok Rimau. HA HA HA HA HA.
Tulisan saya adalah rententan hidup saya. Namun saya tetap punya kod penapisan. Ngak boleh terlalu peribadi.
ps: Tok, genius la budak tu. Result exam tok yang dulu ek?
Hai enche Naga. NaGA mana sama ngan RIMAU. Hatta ejaannya pun :)
life aku sangat yupie dan berwarna-warni.
takmau la tulis kat blog.
nanti tiba-tiba pulak kena undang ke majalah yg berjenama "buah-buahan" utk bergambar tepi kolam renang bercerita pasal bekas kekasih. tak koserr.
aku: 50% gezek kehidupan sendiri. 30% gezek kehidupan org lain. 20% gezek ntah hape hape...
sependapat dgn kak lily pasal penapis teh itu.... :)
Saya bercerita seada dan sepatutnya diceritakan. Cuma 27% dari apa yang sebenarnya berlaku dalam hidup.
Semuanya terpulang kepada setiap individu yg menonton mahupun yg membaca. Baik buruk sesebuah filem/drama bergantung kepada penilaian para penonton, best atau hampehnya sesebuah penulisan dlm blog semuanya mengikut tafsiran para pembaca yg membacanya. Tiada betul, tiada juga silap/salah.
Er..Maaf. Aku bukan Tok Rimau apatah lagi Naga. Nama aku DeeN! Wakakaka!!
Dug,
Selalunya aku dapat gak kertas jawapan begitu. Ada tambahan, "Encik, bagilah markah bonus kepada saya."
Naga,
Blog itu terlalu individualistik. Kalau engkau tidak guna gantinama "aku" sekali pun. Pembaca (yang bijak) boleh tahu pandangan ENGKAU terhadap rumah setinggan, politik semasa dan juga wanita-wanita berkulit licin.
Lily,
Seperti gezek, entri blog hanya percikan kecil dari pengalaman individu yang luas.
Juna,
Engkau ni, gezek je lebih. :-)
Tasik,
Kehidupan orang lain dari sudut pandangan sendiri. Kan?
Blck,
27% dari apa yg kau pilih utk cerita. Bukan 27% dari kehidupan engkau. Sikit tu. Lebih sikit dari 1 minit dari 120 minit.
Deen,
Aku anggap blog adalah fiksyen berdasarkan cerita benar kerana bias perspektif penulis.
Dan aku, "I am Spatacus!"
gezek.
hidup ni gezek jugak. cerita penuh bermula selepas tamatnya kehidupan. aik? lain macam ja.
blog ? ehem...be yourself aa kot.
tapi biasa aa..wa edit2, kasi nampak heroic sikit.
hahaha....
haha. oke tok, soalan rambang.
berapa orang je penulis blog yang menulis kisahnya dengan jujur dan ikhlas tanpa menambah rencah perisa ajinomoto dan kisah heroic/humor/sadis dalam blognya?
angkat tangan.
masing-masing.. gezek je lebih.
ye tak. :p
(sama dengan)
mestilah tambah rencah..
macam gua.kalolah nak difilemkan kisah idup saudagar garam..
pelakon utama paling kurang kena amek Brad Pitt..
btol tak?
menambah rencah kepada Saudagar Garam..
tok,gua buat review sabotaj..
tok tak autograph sabotaj gua..
takut gua tiru sign tok untuk curi segala wang sindiket kot..
Apa yang ditulis, kebanyakannya mengenai diri sendiri:)
kadang2 watak di dlm cerita itu dirahsiakan. Terlalu personal.
Errk, tok, pasangan yg bercinta suka genre yang mana ek?:p. Dulu2, tok tgk genre yg mana...hahaha
Tok nak tanya, kalau di Malaysia agak-agak ada peluang tak untuk dikembangkan filem-filem berunsur sejarah yang adil dan tidak berat sebelah? sebab melalui filem bagi saya dapat meningkatkan minat manusia terhadap sejarah yang tepat dan bukan sejarah yang telah dipatenkan macam sekarang ni.
Dan, Tok,
Saya pun mahu gezek kan rasa jiwa saya. Apa kata Tok pi endos kat blog saya ...
sebab Tok telah di TAG oleh saya ..
Jangan mara aaa ...
ohoho..gezek u buat awek2 tertawan:)
Azie,
Ouch! you buat I perasantan sahaja.
Fisha,
Bila ada masa nanti, Tok karang kehendak tag tu.
Dan,
Sejarah adalah milik mereka yang menang.
Liyana,
Pasangan bercinta? Filem seram la. Hi hi hi.
Garam,
Wa nak jadi jahat dalam filem lu. Boleh?
Famia,
Macam Utusan, RTM dan TV3, blog juga menium yang bias.
Gunx,
Tambah sikit lu ada power ke apa. Baru lebih heroic.
Ustazah Chika,
Deep. Tok jadi insaf.
Kalo blog adalah gezek kepada idup anda..
apa pula blook?
gezek kepada blog anda??
orang sekarang,semua nak di simplify kan..
hahahaaaaa....
ada satu papan tanda,
"kawasan ini digazetkan kawasan bebas tembakau"
Sama ka maksud dia?
wah, petualangan kepada penulisnya..huhu, deep man, very deep..!
gezek?
hmm... What a coincidence name ek...
kebetulan sungguh
Catat Ulasan