"Sempat lagi ni. Baru pukul 3.10 (p.m.). Mesti dia main iklan dulu sebelum tayang filem," Syafiq cuba meyakinkan Mobius.
"Gua bukan nak tengok wayang je. Gua nak tengok gezek juga," Mobius menegaskan tertib kepertontonannya.
"Gezek tu apa?"
::
Orang-orang macam Syafiq tidak tahu perkataan 'gezek.' Ia sangat jarang digunakan dewasa ini. Kalau dia cuba cari dalam kamus tebal hijau pun tidak jumpa. Hairan.
Gezek (kata nama) : Tayangan promosi wayang yang akan datang ke pawagam. Biasanya, ia disunting dari sedutan-sedutan menarik filem dan dihiasi dengan muzik dan kesan bunyi khas. Gezek kini merupakan gabungan satu seni persembahan dan taktik pemasaran. (Definisi Ghazali Bunari).
Perkataan Bahasa Inggeris untuk gezek adalah trailer. Hollywood purba (Sejak 1919) mempromosi tayangan mendatang selepas tayangan filem. Dalam kata lain iklan itu mengekori (trail) tayangan, maka disebutlah sebagai trailer.
Bila amalan promosi wayang bertukar, ditunjukkan promosi sebelum tayangan bermula, tidak pula perkataan trailer itu bertukar kepada header. Masih lagi iklan promosi itu diterima pakai sebagai trailer. Kekallah ia sebagai trailer hingga sekarang.
::
"Julia habis kerja jam berapa?" tanya Mobius kepada gadis penjual tiket yang memakai tag nama Julia.
"Box office tutup jam 12.00," kata Julia yang memakai tag nama Julia.
"Jam 12 nanti, I tunggu you kat depan ni ya?"
Julia membalas dengan jelingan dan senyuman sahaja, sambil menggulung hujung rambutnya yang perang dengan jari telunjuk.
::
Sebaik sahaja mengutip tiket dan meninggalkan kaunter box office, Syafiq pun menegur, "Power ayat lu!"
"Itu baru gezek," sahut Mobius.
25 ulasan:
ahahaha...ini cerita sudah start ka baru gezek jer?
radio,
untuk cerita penuh, kenalah bayar tiket. ha ha ha.
"bipedal primates dari species homosapien..."
halus sungguh tok... keh keh keh...
gayzet ker gayzek?
ermm... ejaan tu kene perbetulkan kot... ha ha ha..
Gezek... hahaha.. lagi satu program tv yang dah pupus, Intisari Rancangan! Apa daaa dulu baca intisari rancangan macam baca berita. Tapi klasik!
hahaha... bagus definisi 'gezek' by mobius...
dah apply?
Syafiq dapat tok guru yang bagus untuk ajar segala ilmu bahasa filem dan chenta
such the great apes!
hahaha
Hikhikhik.
Dah lama tak dengar orang sebut gezek lagi.
Selalu untuk lebih nampak updated, orang cakap, trailer~
;-)
haha. macam2 tempat boleh guna istilah ni ek. :P
aku panggil gezet... ahahahaha
gerek langsung.
gezek ialah trailer. wow. didnt know that.
ceteknya ilmu aku..
lamaaaaaa tak tengok wayang huhuhu
tasik,
seeloknya beratur beli tiket tu berdua tau seorang sahaja?
rasso,
Keduanya pun tiada dalam kamus hijau.
deo,
Jangan lupa layan Bacaan Al Quran dan Negaraku.
Headlights,
Edit reference tu. Ghazali la. Bukan mobius.
Kemat,
daftar la ke Kolej Chenta.
Dugong,
pandai kau cakap omputeh.
Amyz,
kau lebih klasik oldskool jika pakai gezek.
Dan,
Dah tengok gezek Iron Man? Cam Robo Cop je.
daun,
Jawa selangor dan jawa johor ada lain sikit nahu dia.
famia,
aku tak suka la makan popcorn dlm panggung.
syaz,
Banyakkan berkawan dgn otai. Banyak timba ilmu.
angah,
jom ngah. Tengok industan.
org IC pangkal 6 & 7 aje yg penah guna perkataan gezek ni agaknya
aku rasa kata asalnya ialah 'gazette'...
"Itu baru gezek " sahut Mobius. --> ini ayat sangatlah bukan johorean.
johorean akan kata "ini gezek baruuuuuu..." (songsang).
ha ha..
Julia memang suka gulung2 rambutnya ek:p hehe.
huhu. asal ada bunyi sudah. gezek ek. gazette ke. gayzek ke:p
dasar. apa-apa istilah pun, mesti mobius tujukan untuk aweks. hahahaha
haha. ini betul ke kisah mobius nih? :P
Spyz,
Proud to be otai.
Liyana,
Bukan gazette. Itu ertinya "mewartakan".
Atiqah,
Mobius jahat. kalau jumpa ular dan dia. Ketuk kepala dia dulu. Ular kemudian.
zati,
Betul. Buat apa I main wayang?
Gezek? hehe, terimaksih kerana meghidupkan kembali perkataan ini dalam kamus 'purba' aku.. Perkataan gezek ni tak penah sampai kat aku, maybe bapa dulu tgk movie sembunyi2 jadi budaya wayang tak pernah dibibirkan,
laaaa mati-mati aku ingat it's 'gezet' dari omputeh 'gazette' (publication or announcements with official news).
Rupa-rupanya, it's 'gezek'??!!!
Baru aku tawuuuuu.
alaaa.. kadang-kadang gezek je lebih..
laaaaaa..gezek tu bahasa melayu ke...ya salam..
Catat Ulasan