Menjadi lelaki sejati bukanlah semudah lahir dengan organ pembiakan terjulur. Lelaki yang betul-betul lelaki mestilah mempunyai 5 kemahiran berikut:-
1. Boleh mengelakkan pergaduhan dengan cara berdiam diri. Lelaki sebenar menganggap, tumbukannya amat mulia, justeru tidak semua musuh layak bertumbuk dengan dia.
2. Boleh membuat seorang wanita tidak berhenti tersenyum. Dan kadang-kadang ketawa. (Dan aku tahu membaca ayat ini sahaja, ramai yang sudah tersenyum.)
3. Boleh melipat baju-baju yang baru diangkat dari jemuran sebelum bahang mentari hilang hangatnya dari kain.
4. Boleh dengan nekadnya membakar jambatan antara dia dan perempuan yang menghinanya. Tidak kira secantik mana pun perempuan itu. Isi lebih penting dari kulit.
5. Boleh membaca dan suka blook Gangguan Teksual dan Soljah 3. Dan jika dia terlibat secara langsung sebagai penulis, markah bonus 1 hun lagi.
Pembaca yang dihormati sekalian, silalah kemaskini azam 2008 kalian dengan memasukkan kemahiran di atas sebagai perkara yang mesti dimahiri. Dan kepada para wanita, merajuklah sepuasnya jika lelaki anda tidak punya ciri-ciri di atas.
Kemudian, dia SMS aku bertalu-talu. Aku diam sahaja. SMS terakhirnya berbunyi,
"Baiklah. Hari ini hari engkau. Engkau menang. Tapi ingat, esok lusa akan adalah hari aku."
Sampai sekarang. Esok lusa yang dijanjikan tidak datang-datang.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Blogger Widget: Ketahuilah peminat nombor satu anda.
25 ulasan:
:-)
:D (komen time blank). Pa'chik ajar
Amyz,
kau masih tersenyum?
Lily,
Ku ketawa ketawa atau tersengih?
...........
Kadang-kadang entri Tok buat pembaca speechless. Nak kena ajar juga: Sila tambah senarai ciri-ciri lelaki sebenar mengikut pandangan anda. Jangan cliche.
haha. tok tak suruh senyum pun kami senyum je. takpe. sedekah. tak perlu diskaun.
p/s: kepingin juga menunggu gangguan teksual sampai ke tangan. hai sabarlah saya.
Ya Tok. Masih tersenyum.
Lelaki yang bukakan pintu kereta untuk wanitanya?
Action speak lauder than word. :-)
tok,
lelaki juga kena tau masak kari kepala ikan dan rendang ayam... jgn tau makan jer.. :)
famia,
GT kamu lewat sampai kerana jalan ke rumah kamu jem. dan posman baca dulu buku tu. kan ke senang kalau kamu ambil by hand dulu.
amyz,
:-) (Giliran Tok pula speechless)
tasik,
jgn kan kari kepala ikan, amik ni resepi kari ayam mango.
rimau..
gangguan tekstual ada lagi tak?
nak email..
Wah nombor 5 itu? Markah bonus 1 hun lagi? Kalau begitu, saya pun mahu menjadi penulis GT dan S3!
AkULaH LeLaKi TeRsEbUt!!HaHaHa!!
aku lelaki gay, so bagaimana?
hik hik
Tok,
Saya tersengih dan ketawa-ketawa dan tersenyum-senyum.
Ni nak tambah ciri-ciri lelaki sebenar
1. Pandai memasak dan mencuci
2. Lurus tetapi bukan bendul
3. Tidak menyepah pakaian busuk mereta-rata.
4. Tidak tunjuk terorr yang melampau
5. Tidak tunjuk kuasa walau berkuasa.
--------------------------
(Saya terima dia seadanya)
aku akan updatekan azam utk tahun depan..
gosh!
who am i then?
laki-laki sebenar mesti kaki lagi panjang dari badan.
Tok, bagaimana dengan lelaki yang benarkan perempuan belek handphone nya?
ha ha ha..
(agaknya saya mencari 10 ciri?)
>>>4. Boleh dengan nekadnya membakar jambatan antara dia dan perempuan yang menghinanya. Tidak kira secantik mana pun perempuan itu. Isi lebih penting dari kulit.
Mau,
Akhirnya kau dengar juga nasihat aku. :)
You make me smile:)
A real man is special in his own way:)
Owh!
Baru aku tau.
Tp bukankah lelaki semacam itu sudah semakin pupus?
Haha~
aku pernah dapat panggilan macam tu..
aku jwb dengan riang jer..
aku memperbudakkan dia..
lagi bagus dari mengapikan-apikan dia.
kan?
gua egois, jadi gua menafikannya..amacam?
ya...
berdiam diri itu lebih baik... (termenung)
gua nk tmbh jugak la tok ciri2 lain, pandai buat dan minum cendol! haha! :P
lelaki itu... :-" lalalalala
Cinta,
Wanita ini.
Daniel,
Tinggi sangat piawai kau.
Rasso,
Diam itu senipis-nipis iman. kan?! Aku cuma menasihati diri sendiri.
Pipi,
Sejak jadi bahan pujaan wanita ni, kau selalu dalam penafian.
Amer,
Aku ada terfikir strategi tu tapi I don't think he's worth it.
Nur,
Tak la pupus. Cuma berkurangan dan susah dijuampai. macam bigfoot.
Princess,
Careful. I can also make you cry. :-)
Naga,
Engkau makan garam dulu dari aku.
Madu,
Kau tidak tahu dia ada dua henpon. Dia benarkan satu sahaja utk kau belek.
Pengkau,
Apa yang lebih panjang? Ulang sekali lagi. Ha h aha.
Radio,
Jangan tunggu lama2. Nanti dikebas orang.
Lily,
Kita nak minta banyak2 pun. Kita pun banyak kurang.
Art,
Tidak salah menjadi lelaki yang gembira.
Kimie,
Syabas.
Amin,
Tunggu projek akan datang. Sila datang audition.
Jat,
Gt ada lagi. Nanti mail.
s0kong! tp mungkin ada beberapa ciri lg yg perlu di tambah =)
Catat Ulasan