Jumaat, Mei 23, 2008

KIPAS PENGAPIT



Masa Mimah di wad, aku tidak sempat melawatnya. Tentu dia kata aku tidak peduli. Mak Long kata Mimah merayu-rayu dengan doktor agar dibenarkan keluar dari hospital.

"Kakak saya kahwin. Kalau saya tidak ada, siapa nak teman kakak saya khatam Quran? Baca berzanji?" rayu Mimah.

Dah seminggu dia di wad. Demam denggi yang dihidapi semakin kebah tetapi belum pulih sepenuhnya. Apa pun, doktor tutup mata sebelah dan benarkan Mimah pulang jadi pengapit kakaknya

::

Di Selatan, menjadi tugas pengapit pengantin adalah untuk membayar tol ke atas sekatan-sekatan perjalanan menuju ke pelamin. Duit boleh menyelesaikan banyak perkara. Perkataan tol itu cuma euphemism kepada perkataan rasuah.

Adat zaman dulu lebih pelik. Ada orang cerita, pengapit lelaki kena ikut temankan pengantin lelaki di rumah mentuanya. Sebelum subuh, pengantin lelaki kena cabut lari keluar ikut tingkap dan pulang ke rumah sendiri. Tugas pengapit adalah membantu pengantin cabut lari. Dan tunggulah giliran kenduri kahwin di rumah pengantin lelaki pula.

Di rumah pengantin lelaki, tugas pengapit perempuan adalah temankan pengantin perempuan tidur di bilik pengantin selama tiga malam. Pengantin lelaki kena ikhtiar untuk tidur dengan isterinya. Di sinilah amalan rasuah diraikan lagi. Mengikut cerita, pengantin akan bagi duit kepada pengapit untuk main jauh-jauh. (Aku tahu ada alternatif lain selain rasuah tapi aku tidak mahu layan fantasi liar kalian. Ha! Ha! Ha!)

::

Masa Mimah di wad, aku tidak sempat melawatnya. Tentu dia kata aku tidak peduli. Aku kena tunjuk aku peduli.

"Mak Long, mana Mimah?"

"Tuuuu! Tengah nyanyi karaoke."

Di Selatan, kenduri kahwin tanpa karaoke macam tidak sah. Pakkal je aku tidak tahu nyanyi.


............

SELAMAT PENGANTIN BARU


Jangan lupa malam ini: Saluran Astro Prima. Jumaat. 10 malam. Apa Cerita Nabil. Kalau tidak keluar juga gambar aku, aku akan keluar dari UMNO. Let's Gone!*


*(Ungrammatical)
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Buku berrak-rak. Rak buku.

20 ulasan:

A t i Q a h berkata...

Baru start nak baca entri, saya terpitam kejap tengok gambar kat atas. Aiyak.

"Sebelum subuh, pengantin lelaki kena cabut lari keluar ikut tingkap dan pulang ke rumah sendiri."
~peraturan yang sangat Pelik bin Takjub.

Layla Haq berkata...

Pengapit ditugaskan lap-lap peluh pengantin yang gemuruh. kipas-kipas bagi sejuk.

Cari pengapit yang lebih huduh dari pengantin. Nanti ada orang kecik hati bila tetamu yang datang meluru pada pengapit, ucap tahniah.

Percayalah, pengapit sebenarnya jahat! Ada agenda mahu mendapatkan perhatian lebih dari pengantin sendiri.

ha ha ha

Rajuna berkata...

kalau di kawasan pontian aku perhatikan banyak yang suka berghazal. Layan. Jarang jumpa ghazal live.

batu pahat? kalau tak berkaraoke, berkugiran lah pada waktu malamnya (ini yg aku tak suka sbb ada kejadian2 spt memegang benda2 yg tak sepatutnya.aku pun malas melayan fantasi liar, tok haha.)

kudang kepang (yg sampai stok mabuk2)pun aku kurang berkenan.

macam mana majlis nak berkat?

tasekM berkata...

teringat seorg sahabat.. masa dia kahwin, pengapit dia arni nazira (bekas bini awie)... ada ke patut org ramai kata... weehhhh... pengapit lagi lawa dr pengantin!.. kecik hati kawan aku tuh....

tok... gambo sape tu tok?

rasso berkata...

hoho...

saya dah takde jodoh di sini... selamat dah duit tol... ha ha ha...


wkakakkaa...

azie berkata...

ye ke rasso? cuba u cek senarai KG u,haha

tok,
TAKKANLAH ade orang nak tok jadi pengapit lagi kan,harharhar

Danielle_Corleone berkata...

haha! Tok apa dia fantasi-fantasi liar yang kami fikirkan? saya tak tahu... saya naif :P

cik puan daun berkata...

arghhh... pengapit aku nida.. sure kisah kawan si tasik tu jadi kat aku karang..

arghh!!

famia berkata...

ala tok.
takde ulangan ke cerita nabil edisi siat-siat ada tok tu.
alahai tak dapat tengoklah.
dah macam nak sedih pule.

yusrihashim berkata...

gua tak tau lak bab-bab yang kena teman sampai pagi tu..karaoke tak best..gua rindu live band bawah khemah..

DeeN berkata...

Wooooooo...
Itu macammmm kaaaa..
Ramai jugak nak kena rasuah niii..
Bermakna banyak duit nak kena keluar ni...
Errr...ada kaedah lain ke selain duit? Haha

Yana Ismail berkata...

Bayan kata pengapit jahat?btolkah?aiyok!uhuhu.
Wah,kalau begitu, pengantin lelaki kena bagi duit kat princess la ahad ni. Kalau tidak, princess akan temankan pengantin perempuan tidur selama 3 hari.haha:p
Kecian pengantin lelaki. Takkannla pengapit sampai hati kot:p

Let's gone!walaupun ungrammatical, tp bunyi cm best!haha

Amiene Rev berkata...

Nasi kapit pun enak juga dimakan.

::sYieQo:: berkata...

tu ke gambar pengantin nya tok??
hehe...penah tgk amalan ni masa makcik kahwin dulu...xtau laa kalau skrg masih d amal kn lg...

pengapit biasa nya org yg masih belum bkahwin kn?? ehehe...*hint hint*

Tanpa Nama berkata...

nak tengok, apa kaitan tok rimau ngn nabil?

saudagar gaRAM.. berkata...

dah lepas nikah pon kena lari ikut tingkap ya??


ingatkan..


opssss.....takde apa apa.

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Bro, ko ada recording x program tu? aku td mlm tgh drive gi KL...
Waaaaaaa!!! x dpt tgk kemunculan diriku yg hensem ni :(

musafir berkata...

kita nampak!
kita nampak!
kita nampak kepala licin tok dalam astro..

astig berkata...

keja menjaga tol tu bukan keja samy velu saja, sy lagilah gemar menjaga tol di kaw. johor ni.. Rm50 pun pernah dapat taw... (salah envolope gaknyer)

musafir,
bukan sahaja berkepala licin, baju yg merah tu pung menyilaukan mata - menambahkan tahap astigmatism... wah! terlebih sudah!

Tok Rimau berkata...

astig,
Fotografer buat kerja fotografer, apahal pulak nak jaga Tol?!

musafir,
licin licin pun masuk TV. apa guna hensem kalau tak masuk TV?

lah,
Saksikan ulangan. Youtube pun ada. Keyword Apa Cerita Nabil 4.

garam,
Itu dulu maa. Jgn lari tak balik-balik udah.

amirah,
nabil minat kat tok rimau.

syikin,
Sori la syikin, Tok dah berpunya.

amin,
kat Batu Pahat aku makan tapai pulut dalam daun getah di kenduri kahwin.

Liy,
sekurang-kurangnya claim la duit baju pengapit.

Deen,
Ada la tapi pengapit kena pakai badge JANGAN RASUAH.

Radio,
Gua suka gambus.

Famia,
Search dlm youtube.

Daun,
Pengapit lelaki cari yang kecil cam Nida agar balance pelamin kau.

Dan,
Baguslah naif. Jgn campur budak-budak jahat.

Azie,
kau suka lagu Hell Amir n Uji Rashid? makan Nasik Minyak. Otai betul kau ni.

Rasso,
Terlalu awal untuk cakap pasal benda jodoh ni.

Tasik,
gambo kawan Tok.

Juna,
Kahwin koboi ringkas je la. Itu pun dikata orang gak.

Bayan,
tak best jadi pengapit. Baik jadi penaggah. dapat jumpa ramai orang. Network.

Atiqah,
Mungkin kau pitam keracunan bayak makan ikan masin.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...